Syaari Ab Rahman Profile Banner
Syaari Ab Rahman Profile
Syaari Ab Rahman

@syaariabrahman

11,497
Followers
207
Following
1,123
Media
5,880
Statuses

Tadabbur Centre Sdn Bhd

Kajang, Selangor
Joined October 2009
Don't wanna be here? Send us removal request.
@syaariabrahman
Syaari Ab Rahman
3 years
Maaflah. Ini mazhab saya. Kalau mampu elak buat kelas malam, elakkanlah. Malam waktu bersama keluarga. Melainkan terdesak sangat. Waktu pagi lebih barakah, lebih efektif. Didik rakyat, didik mad’u, subjek berat seperti tadabbur, bukankah akal lebih cergas semasa fajar dan dhuha.
36
7K
15K
@syaariabrahman
Syaari Ab Rahman
2 years
Dahulunya, agak “susah” memahami makna ayat ini. Namun sejak melihat ramai manusia makan-makan sambil melayani apa yang menghiburkan di telefon pintar mereka, baru aku sedari seakan baru diturunkan ayat ini kepada diriku, peringatan buatku dan keluargaku.
Tweet media one
32
5K
9K
@syaariabrahman
Syaari Ab Rahman
2 years
Buat anak-anak ayah. Bacalah surah Yusuf yang diatur Allah untuk hidup di Mesir, agar engkau belajar berkawan walau bukan dengan bangsamu sendiri. Usah percaya mereka yang berkata “agamamu dalam bahaya” jika engkau sudah mendalami agama ini sebaiknya. 1/7
25
4K
6K
@syaariabrahman
Syaari Ab Rahman
3 years
Kalau anda menulis diari harian anda, biasakan naratif “hari ini Allah beri saya…” berbanding naratif “hari ini saya berjaya…”. Nampak kecil perkara ini namun itulah gambaran falsafah apa dalam pemikiran kita. Hidup ini ada Tuhan, Dia yang beri segala potensi dan idea pada kita
3
1K
4K
@syaariabrahman
Syaari Ab Rahman
3 years
Mengapa al Quran turun beransur-ansur selama 23 tahun dan tidak sekaligus sejak dari pertama ia turun ? Membuktikan Al Quran bukannya suatu teori kosong atau gagasan abstrak untuk kenikmatan intelektual sahaja tanpa menyelesaikan masalah manusia di hadapan mata. (Syed Qutb)
2
1K
3K
@syaariabrahman
Syaari Ab Rahman
3 years
Kawan-kawan, tahun 2022, target nak lebih faham surah apa dari al-Quran ? Kongsikan di sini kawan kawan 😊
84
572
3K
@syaariabrahman
Syaari Ab Rahman
3 years
Keajaiban al Quran bukanlah pada ia tidak disentuhi air banjir jika benar sekalipun dakwaan. Bahkan pada kesucian lafaz dan maknanya dari menerima sentuhan akal makhluk. Dikekalkan Allah kalam-Nya hingga hari Kiamat, agar makna-maknanya itulah yang mengubah perilaku manusia.
2
900
2K
@syaariabrahman
Syaari Ab Rahman
3 years
Bacalah al Quran perlahan lahan agar hak al-Quran iaitu disebut dengan betul dan difahami dengan baik berlaku. Al Bayhaqi dalam Shu’bal Iman dari Umar : “Pelajari al Quran dengan lima ayat, lima ayat kerana Jibril menurunkan al-Quran lima ayat demi lima ayat.”
1
741
2K
@syaariabrahman
Syaari Ab Rahman
3 years
Antara surah paling pendek dalam al-Quran, namun terdapat 22 keajaiban kebahasaan di dalamnya yang menyebabkan pakar-pakar bahasa Arab dahulu kala tercengang ketika kali pertama mendengarnya. Dr Bassam Saie
Tweet media one
9
704
2K
@syaariabrahman
Syaari Ab Rahman
11 months
Hanya kalimah مَعَ 😭😭😭 Surah yang benar-benar memberi aku sebab untuk tetap mengukir senyuman.
Tweet media one
0
970
2K
@syaariabrahman
Syaari Ab Rahman
2 years
Dengan barakah malam 27 Ramadhan, semoga Allah kurniakan pada kita nikmat menangis dengan al-Quran, lalu kita sedari tujuan sebenar kita berada di dunia ini, siapa sebenarnya Tuhan yang kita sembah selama ini, apakah kita selama ini berada di atas jalan yang benar menuju-Nya.
0
650
2K
@syaariabrahman
Syaari Ab Rahman
3 years
Rajin betul cari kalimah “Allah” pada daging korban. Masa lembu hidup, tak pula difikirkan apa kebesaran Allah pada lembu berkenaan. Kebesaran Allah bukanlah sekadar “tulisan” untuk dilihat mata kasar, tetapi proses berfikir hingga meresap “Allahu Akbar” dalam hati.
2
599
2K
@syaariabrahman
Syaari Ab Rahman
3 years
Sebelas orang anak dah. Tiga lagi akan menyusul. Alhamdulillah. Terima kasih semua kawan kawan atas sokongan dan kritikan
Tweet media one
10
228
1K
@syaariabrahman
Syaari Ab Rahman
2 years
Sempat layan “The Future Of” (2022, Netflix). Mampukah anak-anak aku “survive” di akhir zaman kelak😭 Ya Allah, pada-Mu kami berharap agar anak-anak kami kekal menunaikan “solat” dan “zakat”, bukan pada amalannya sahaja tetapi hikmah, falsafah dan pembentukan cara fikir mereka.
Tweet media one
4
403
1K
@syaariabrahman
Syaari Ab Rahman
3 years
Siapa pun pimpinan hari ini, kita rayu manfaat akhirnya ialah rakyat yang sedang hadapi “tujuh tahun kemarau”. Yusuf yang turun ke padang, bahagi sendiri gandum pada rakyat ( وَلَمَّا جَهَّزَهُم بِجَهَازِهِمْ ). Janganlah ia retorik di lidahmu, ia keperluan kritikal kami saat ini
2
569
1K
@syaariabrahman
Syaari Ab Rahman
3 years
Aku mewajibkan diri membaca doa salafus soleh ini sebelum dan selepas memulakan kuliah. Semoga Allah SWT menguatkan hatiku di jalan Tuhan anugerahkan kepadaku.
Tweet media one
3
478
1K
@syaariabrahman
Syaari Ab Rahman
2 years
Banyaknya kalam Tuhan telah kita dengar menghampiri separuh Ramadhan. Adakah tidak timbul keinginan untuk bertemu Tuhan itu sendiri ? Bersediakah kita untuk pulang kepada-Nya pada bila-bila masa ? Atau hati masih banyak tersangkut di dunia ? Lalu kita dengar apa sebenarnya ?
0
376
1K
@syaariabrahman
Syaari Ab Rahman
1 year
Kekadang kita solat Dhuha sebab nak murah rezeki. Kita lupa yang lebih utama dari menunaikan solat itu adalah mengingatkan diri apa tujuan sebenar hidup ini. Fahami betul-betul apa yang kita baca agar betul dan terpandu cara pandang kita pada rezeki, nikmat dan kekayaan.
0
529
1K
@syaariabrahman
Syaari Ab Rahman
2 years
Surah al-Kahfi bermula dengan tahmid. Memuji dan berterima kasih pada Tuhan atas nikmat dikurniakan al-Quran. Bagaimana menyebarkan nikmat ini ? Sebarkan kebaikan, keadilan dan kemanusiaan yang diperjuangkan al-Quran di mana sahaja anda berada. Bukankah itu sikap Zulqarnain ?
1
322
1K
@syaariabrahman
Syaari Ab Rahman
2 years
Bahagia sebenar hanya di syurga. Kerana kita berasal dari sana, kita ada naluri nak cari “syurga” di sini. Kita sangka popular atau harta atau kuasa itu bahagia, akhirnya ada yang derita. Bahagia sebenar hanya di sana. Jadikan segala di sini bekal berjalan ke sana.
2
546
1K
@syaariabrahman
Syaari Ab Rahman
2 years
Indahnya susunan surah 17, 18, 19. Sakit ialah makhluk Allah yang membawa Maryam ke pohon tamar yang diberkati ! Takut ialah makhluk Allah yang membawa pemuda al Kahfi ke gua yang diberkati ! Sedih ialah makhluk Allah yang membawa Rasul SAW ke tanah suci yang diberkati !
1
361
973
@syaariabrahman
Syaari Ab Rahman
3 years
Dua surah penting memasuki gerbang rumahtangga. Ramai menyangka ia isu hukum hakam perceraian, walhal di dalamnya juga ada psikologi dan komunikasi perkahwinan. Tadabburilah inshaallah
@n_azzurajafri
Teacher AZZURA | special needs education
3 years
@syaariabrahman At-Talaq dan At-Tahrim. Baru nak masuk 2 tahun kawin. Masih perlukan guidance untuk menempuh hari-hari mendatang
0
31
162
1
356
960
@syaariabrahman
Syaari Ab Rahman
2 years
Percayalah setiap yang kamu rasa kurang dari diri kamu dan LEBIH pada orang lain, sebenarnya Allah telah LEBIH pada kamu sesuatu yang kurang pada orang lain. Kamu sahaja tidak menemui apa yang LEBIH itu, atau belum menemui. (Tadabbur al-Nabulsi tidak pernah mengecewakan)
Tweet media one
1
617
957
@syaariabrahman
Syaari Ab Rahman
3 years
Hari terbaik bagi kita barangkali sambutan hari lahir atau hari ulangtahun perkahwinan. Namun bagi Kaab bin Malik RA, hari terbaik baginya ialah hari Allah menerima taubatnya. Bagaimanakah kita ? 😭😭😭
Tweet media one
0
210
895
@syaariabrahman
Syaari Ab Rahman
3 years
Kita tak tahu mana destinasi TERBAIK kita. Surah 17, Nabi ke bumi yang Nabi tidak duga. Surah 18, pemuda ke gua, yang tidak mereka jangka. Surah 19, Maryam menuju dataran tinggi, asing buatnya. Namun semua destinasi itulah, PILIHAN Allah, ada RAHMAT-Nya menunggu di sana. Kita ?
0
347
858
@syaariabrahman
Syaari Ab Rahman
2 years
Banyak yang kita perlu belajar dari surah al-Qamar. Surah ke 54 yang mengandungi 55 ayat dan diturunkan di Makkah sebelum hijrah. Ini antaranya
11
259
886
@syaariabrahman
Syaari Ab Rahman
3 years
Filem bagus bagi anak kau layan malam ini. Memahami makna kemerdekaan yang sebenar !
Tweet media one
2
234
840
@syaariabrahman
Syaari Ab Rahman
2 years
Aku nak kongsi sikit beberapa keistimewaan aku jumpa dalam surah al-Thur. Apapun guys, kena ingat al-Thur di sini maksudnya Thur Saina’ tempat Musa AS berkata-kata dengan Allah SWT dan menerima Taurat. Lihat bebenang inshaallah. Aku update satu persatu ok. Moga bermanfaat
12
338
861
@syaariabrahman
Syaari Ab Rahman
2 years
Betapa banyak cahaya bintang di langit, dahulu tidak pun kelihatan, kini ia jelas kelihatan. Namun ia hanyalah permulaan. Begitulah al-Quran kalam Tuhan. Semakin direnung dan difikirkan, ada sahaja cahaya baharu akan ditemukan. Al-Quran tidak pernah membosankan.
Tweet media one
0
195
859
@syaariabrahman
Syaari Ab Rahman
1 year
Semoga malam ini kita diampunkan seluruh dosa kita di masa lampau dan menjadilah kita menjelang fajar 27 Ramadhan nanti seumpama bayi yang baru dilahirkan, bersih dari noda dan dosa, memulakan kehidupan baru penuh hati yang rindukan pertemuan dengan Tuhannya.
0
426
831
@syaariabrahman
Syaari Ab Rahman
3 years
365 hari bermula hari ini. Sasarkan 365 ilmu baru dipelajari. Jangan biarkan seharipun berlalu tanpa ilmu baru. Setiap perkara baru dipelajari, catatkan, diarikan. Akan ada yang baca 10-20 tahun lagi. Jangan biarkan hari hari berlalu sama sahaja seperti sebelumnya. INSHAALLAH!
0
294
782
@syaariabrahman
Syaari Ab Rahman
3 years
Adab dengan Nabi SAW ialah tartil membaca surah al Masad, mengibrahi, menjauhi penyakit Abu Lahab dan isterinya. Bukannya meninggalkan surah al-Masad sedangkan ia adalah al-Quran yang diturun, dikekalkan Allah untuk kita. Maha Suci Allah dari surah al Masad hanya kisah sejarah.
0
223
719
@syaariabrahman
Syaari Ab Rahman
3 years
“Al Quran bukan sekadar untuk dibacakan. Jika itu sahaja, Malaikat boleh menjadi Rasul. Namun, al-Quran mesti mengubah kehidupan. Untuk mengubah kehidupan agar selari dengan al Quran yang dibacakan, itulah sebab manusia itu sendiri yang dipilih untuk menjadi Rasul.” Al-Maududi
2
258
669
@syaariabrahman
Syaari Ab Rahman
2 years
Didik anak kita dengan kisah pemuda al-Kahfi meminta utusan mereka beramanah dengan wang mereka bertujuh semasa mendapatkan makanan nanti. Didiklah anak kita dengan kisah Zulqarnain menolak wang dari penduduk hentian ketiga. Besar didikan sebegini jika anak diberi kuasa nanti.
1
237
676
@syaariabrahman
Syaari Ab Rahman
3 years
Mula mula nak bagi anak je nengoknya. Last last dengan ayah mak sekali sangkut. Masa kursus PSMB 10 tahun lepas, memang saya nampak keunikan setiap empat karakter dominan tu. Reflector, pragmatist, activist dan theorist memang perlu bergabung melawan “mind controller” 😂
Tweet media one
1
152
668
@syaariabrahman
Syaari Ab Rahman
3 years
Merebak bagaimana pun wabak itu, ia tetap tidak boleh menghalang hujan lebat itu turun membasahi bumi, melembutkan tanah dan menghidupkan pohonan yang mati. Pilihan di tanganmu. Bosan duduk rumah atau hidupkan hatimu dengan hujanan ayat-ayat wahyu memotivasikan dari Kitabullah.
1
197
634
@syaariabrahman
Syaari Ab Rahman
3 years
Makin kuat beragama, makin memelihara dasar berkeluarga. Ayat-ayat membimbing Nabi SAW, menegur cara Sahabat berkeluarga lebih banyak di fasa kuasa, selepas hijrah. Ali Imran, al-Nisa, al-Nur, al Mujadilah, al Tahrim. Mengapa ada yang makin “beragama”, makin kasar bicaranya ?
4
182
626
@syaariabrahman
Syaari Ab Rahman
2 years
Allah الرّزَّاق telah menyebut sifat-sifat mukmin yang akan dimurahkan rezeki dalam surah al-Zariyat. Jangan disempitkan makna rezeki hanya pada wang ringgit. Jangan pula beribadah dengan tujuan “murah rezeki”. Kita sembah Allah, jangan disembah rezeki itu sendiri. #fainniqarib
Tweet media one
1
317
636
@syaariabrahman
Syaari Ab Rahman
3 years
Jika 17 kali sehari “tunjukkan saya jalan yang lurus”, bermakna kita dididik untuk merasakan apa yang dilakukan sebelum solat itu, belum tentu perkara yang betul di sisi Allah. Ia rutin harian kita, tetapi rutin yang tergelincir. Maka lepas solat, kita pasti lebih berhati hati.
0
217
594
@syaariabrahman
Syaari Ab Rahman
3 years
(12:47) Cemas dengan mimpi raja Mesir, Nabi Yusuf tidak melengahkan masa, bergegas mentafsir mimpi musibah 7 tahun itu dalam bentuk pelan tindakan segera yang komprehensif. Tidak pula Yusuf menyalahkan rakyat Mesir kerana tidak beriman pada Allah. Bimbing, bukan “blaming game”.
0
341
612
@syaariabrahman
Syaari Ab Rahman
3 years
Jika rezeqi itu semudah angkat tangan mengadu pada Allah, untuk apakah Yaaqub AS memerintahkan anak-anaknya bermusafir ratusan kilometer ke Mesir ? Angkat tangan berdoa kepada Khaliq dan musabbab, angkat bendera putih meminta bantuan dari makhluq dan asbab.
3
241
569
@syaariabrahman
Syaari Ab Rahman
3 years
Pelbagai cara sudah al-Quran lakukan agar mesejnya sampai dan “terasa” di dalam hati kamu, seperti kisah-kisah umat terdahulu disampaikan dengan uslub yang menyentap dan menyentak kamu, namun sayang manusia masih merasakan mereka BUKAN pun sasaran al Quran itu 😭 (Tadabbur 17:89)
2
206
580
@syaariabrahman
Syaari Ab Rahman
3 years
Bacalah al-Kahfi. Duduk di posisi Musa. Musibah kematian sedang terjadi. Apakah semua ini ? Mengapakah ?Bertenanglah. Kita mesti terus berjalan. Kita belum sampai “destinasi”. Sampai destinasi nanti, “Khadir” akan berikan takwil yang menenangkan jiwa, menggembirakan. Inshaallah
Tweet media one
1
180
549
@syaariabrahman
Syaari Ab Rahman
2 years
Anak yang beriman, kalau kurang amalnya sekalipun di dunia, akan DISATUKAN dengan ibubapanya di Syurga yang lebih tinggi, tidak dipisahkan. Ibubapa yang beriman, kalau kurang amalnya sekalipun di dunia, akan DISATUKAN dengan anaknya di Syurga yang lebih tinggi, tidak dipisahkan
Tweet media one
0
199
552
@syaariabrahman
Syaari Ab Rahman
3 years
Kita beri masa pada (membaca kalam) Allah, Allah akan beri (barakah) masa kepada kita. (Sediakan masa khusus membaca al-Quran, jangan tunggu masa lapang baru al Quran dibaca)
1
211
534
@syaariabrahman
Syaari Ab Rahman
3 years
Surah al Ahqaf antara surah yang merawat duka ibubapa jika anak mereka tidak menunjukkan sikap keimanan kepada hari Pembalasan. Bacalah ayat 17-18 surah ini agar kita tidak berputus asa untuk terus mendidik dan mendoakan mereka. Hidayah di tangan Allah boleh jatuh bila bila masa.
Tweet media one
1
180
506
@syaariabrahman
Syaari Ab Rahman
1 year
😭😭😭 Bertemu ayat 12 hingga 14 surah al Insan malam ini, inshaallah
Tweet media one
1
137
487
@syaariabrahman
Syaari Ab Rahman
3 years
Ketahuilah, salah satu dari 10 frasa al-Quran ini, konteksnya pasti berlaku pada kita, setiap detik 24 jam sehari. Ayat-ayat yang merentas masa dan sempadan. Soalnya, adakah aku ada melafazkannya, sedangkan Tuhanku sudah mengingatkan aku agar tidak melupai-Nya ? Dr Bassam Saie
Tweet media one
2
148
437
@syaariabrahman
Syaari Ab Rahman
1 year
Antara mesej yang mahal-mahal dalam juzuk 2
6
275
471
@syaariabrahman
Syaari Ab Rahman
3 years
Tanpa ilmu, kita takkan kagum dengan fenomena bulatan ini tadi kerana tiada “kalimah” Allah. Dengan ilmu, fenomena sebegini sudah lebih dari cukup untuk “melihat” Tuhanmu. Pilihan di tanganmu
Tweet media one
0
98
428
@syaariabrahman
Syaari Ab Rahman
2 years
Dahsyat surah al-Fatihah ini bukan sekadar pada “isi” nya, bahkan pada “kulit” nya sudah mengkagumkan. Ia KHABAR GEMBIRA, namun kenapa kita tidak gembira ketika membacanya, bahkan terasa bosan mengulanginya setiap rakaat ? Ada sesuatu telah berlaku pada hati kita.
Tweet media one
1
178
424
@syaariabrahman
Syaari Ab Rahman
3 years
Al Quran banyak berbicara mengenai binatang sebagai metafora yang menegur manusia. Quran menyeru manusia agar benar benar menjadi “manusia”, bukan “himar”, “serigala”, “anjing”, “kera” dan seterusnya. Semakin cinta al-Quran, harusnya kita semakin menjadi “manusia”. Kemanusiaan!
0
125
396
@syaariabrahman
Syaari Ab Rahman
3 years
Hikmah al Quran turun kepada bangsa manusia yang majoriti buta huruf
Tweet media one
1
145
400
@syaariabrahman
Syaari Ab Rahman
1 year
Begitu indah dan menakjubkan bagaimana Surah al-Mulk ini menyingkap tirai kehambaan dan mencorak peribadi Muslim dalam diri setiap insan. "Al-Mulk : Total Submission" Jom ikuti video penuh di Facebook EQG @empowerquranglobal Moga beroleh manfaat.
Tweet media one
Tweet media two
Tweet media three
Tweet media four
1
222
432
@syaariabrahman
Syaari Ab Rahman
3 years
Esok, kebanyakan kita akan kembali merasai nikmat MUSAFIR, telah lama hilang dari diari kehidupan. Musafirlah untuk mantapkan iman (fityah al-Kahfi) atau memperbaik karakter (Musa dan Khadir) atau menyebar kebajikan (Zulqarnain). Itulah musafir diberkati dari tiga kisah al-Kahfi
0
123
384
@syaariabrahman
Syaari Ab Rahman
3 years
“Aneh. Mereka membuka majlis mereka dengan al-Quran. Tidak pula mereka buka hati mereka dengan al-Quran”.
Tweet media one
1
61
360
@syaariabrahman
Syaari Ab Rahman
2 years
Jatidiri keimananmu, takkan tergugat walau sedikit bila sumbermu ialah al-Quran dan sunnah Nabimu. Pegang teguh ajaran Nabi Yusuf dalam penjara, lalu berkawanlah dengan bangsa manapun, engkau akan lebih faham mengapa Tuhanmu menciptakan pelbagai bangsa dan bahasa. 2/7
0
170
387
@syaariabrahman
Syaari Ab Rahman
3 years
“Abi, bagilah Fatih kerja. Abi cakap ramai orang hilang kerja sekarang.” “Ok, Fatih nak kerja apa?” “Buat bangunan. Fatih suka bina bangunan sekarang.” “Kat mana?” “Minecraft!” 😂🤣
3
34
367
@syaariabrahman
Syaari Ab Rahman
3 years
Kekadang kita tertanya-tanya, mengapa panjang sangat babak Yusuf mentarbiah abang-abangnya ?
3
77
362
@syaariabrahman
Syaari Ab Rahman
3 years
Penulis ini menemui 58 keajaiban kebahasaan dalam surah al-Fatihah. Jika ada pakar bahasa dan sastera Arab yang seumur hidup tidak pernah mendengar al-Quran, tiba-tiba mendengar kali pertama surah al-Fatihah, sudah cukup untuk membuatkannya tercengang 😭
Tweet media one
4
65
341
@syaariabrahman
Syaari Ab Rahman
3 years
Di luar orang puji kita, balik rumah, anak 3 tahun arah itu ini pada kita. Di luar orang viralkan kita, balik rumah, anak 7 tahun suruh bantu kerja sekolah dia. Itulah kelebihan bila sudah berkeluarga. Pendakwah selalu diajar anak-anaknya sendiri untuk kekal merendah diri😊
0
46
362
@syaariabrahman
Syaari Ab Rahman
1 year
Khilaf hari raya hari apa mengajar kita hebat macamana pun perkembangan kajian manusia hingga buat kalender, hebat macamana pun sesebuah kerajaan nak umum tarikh raya, mereka tetap tidak akan mampu kawal pergerakan bulan. Semua ternanti nanti satu kuasa mengaturnya kelak. الله !
Tweet media one
0
187
352
@syaariabrahman
Syaari Ab Rahman
1 year
Wujudkan azam untuk berubah agar Ramadhan kali ini benar-benar cetus perubahan. Rasa diri sudah baik ialah musuh utama menjelang Ramadhan. Kemahuan ubah diri akan membawa kemahuan untuk ubah naratif, kaedah yang selama ini kita lalui Ramadhan namun tiada perubahan berpanjangan.
0
129
342
@syaariabrahman
Syaari Ab Rahman
3 years
Kita SAMA SAMA dicipta Tuhan yang Esa. Kita SAMA SAMA didatangi Rasul yang membawa risalah yang sama. Kita SAMA SAMA menuju ke hari Akhirat yang meresahkan. Bukankah dengan tiga faktor ini menyebabkan kita harusnya bersatu dan tidak berpecah ? Inilah semangat surah AL-SHURA.
2
84
305
@syaariabrahman
Syaari Ab Rahman
3 years
Kekadang musibah yang datang, kita bergegas memohon agar Tuhan hilangkan segera. Sedangkan yang lebih utama mohon dahulu agar diberi kekuatan menghadapinya, dikurniakan redha lalu mendapat pahala besar bersabar. Kesakitan di dunia, namun kesenangan di Akhirat.
Tweet media one
1
179
310
@syaariabrahman
Syaari Ab Rahman
2 years
Duhai anakanda, agama ini mengajar kita berkasih sayang, bukannya menyebar kebencian. Ingat, biar pilihan lima tahun sekali berbeza, namun kekal menyayangi semua ahli keluarga dan sanak saudara. Kita diajar membenci dosa, bukan pelaku dosa. 5/7
0
141
315
@syaariabrahman
Syaari Ab Rahman
2 years
Bila mahu tunjuk kaya, memang betul kau kata kayamu itu pemberian Tuhan. Tapi ayat itu belum penuh. Kau kena sebut juga bahawa kaya itu UJIAN berat dari Tuhan. Pemberian satu hal. UJIAN satu hal. Fikir bab UJIAN, pasti kau akan fikir semula dua tiga kali sebelum nak tunjuk kaya.
Tweet media one
1
116
318
@syaariabrahman
Syaari Ab Rahman
3 years
Di hadapan surah Yusuf, kita ada dua pilihan. Membacanya sebagai sebuah kisah sejarah sudah terjadi sekian lama. Atau membacanya sebagai sebuah kisah kehidupan kita. Al-Quran bukan buku sejarah, tetapi kitab Allah yang menggunakan sejarah untuk ibrah, menegur tingkahlaku kita.
0
73
300
@syaariabrahman
Syaari Ab Rahman
1 year
Antara mesej “deep” dari juzuk 4. Cara Allah memberi “komen” kepada perang Uhud luarbiasa. Sehingga bukan sekadar ia seperti berlaku di hadapan mata dan kita dihadirkan ke lokasi kejadian, namun sarat ibrah dan bukti bahawa sejarah sentiasa berulang dalam hidup kita sendiri.
8
89
320
@syaariabrahman
Syaari Ab Rahman
2 years
Inshaallah semoga surah al Insan menjadi surah pertama anda jatuh cinta mulai tahun 2023. Nanti pengumuman selanjutnya inshaallah
Tweet media one
Tweet media two
Tweet media three
1
86
306
@syaariabrahman
Syaari Ab Rahman
2 years
Mereka yang mengucapkan “alhamdulillah”, memahami dan menghayati kehebatan maknanya, mereka inilah yang berusaha menghadirkan perasaan ahli syurga ke dalam kehidupannya. Tiada ketakutan. Tiada kesedihan. Bersabar dengan kesabaran yang indah di hadapan musibah.
Tweet media one
0
125
303
@syaariabrahman
Syaari Ab Rahman
2 years
Dua ayat sahaja dikongsikan ustaz Nouman. Namun nilai dua ayat itu apabila ditadabbur, umpama oksigen pada hidup berkeluarga. Pertamanya dari surah al-Tahrim ayat 1. Keduanya surah al-Ahzab ayat 70. Semoga Allah memberkati #worldquranconvention #copingwithchallenges
Tweet media one
Tweet media two
Tweet media three
0
99
306
@syaariabrahman
Syaari Ab Rahman
3 years
Firaun membunuh anak-anak lelaki, tetapi membiarkan Musa, bahkan mengasuhnya. Namun, kasih sayang di hatinya telah dijadikan tentera Allah untuk menghancurkannya, regimnya. Sungguh Allah berada antara manusia dan hatinya sendiri. Iradah Allah pasti terlaksana. (Tafsir Sha’rawi)
0
66
290
@syaariabrahman
Syaari Ab Rahman
1 year
Berhenti menyalahkan dirimu atas setiap peristiwa yang telah berlaku dan yang akan berlaku. Izinkan qudrat-Nya bertindak campurtangan di dalam setiap urusan kerana Allah Yang Maha Mengetahui sentiasa lebih tahu apa yang terbatas di fikiran makhluk-Nya. Tadabbur Ayatul Kursi.
0
207
314
@syaariabrahman
Syaari Ab Rahman
3 years
Tuhan telah beri segala bentuk pintu petunjuk wahyu. Dengan senyum simpulan, dengan gertak ancaman, dengan pujuk rayuan. Maka masih logikkah manusia berkata dia belum dapat hidayah kerana ia “sudah kehendak Allah” ? Dengan tiada ikhtiar pun dari dirinya sendiri ? (Hamka, 17:89)
0
98
288
@syaariabrahman
Syaari Ab Rahman
3 years
Kebijaksanaan itu bukanlah pada “ini konspirasi, itu konspirasi”. Tetapi pada sejauhmanakah engkau perhalusi sunnah Nabi dan anbiya itu sendiri pada menghadapi konspirasi. إذا قالَ الرَّجُلُ: هَلَكَ النَّاسُ فَهو أهْلَكُهُمْ (Sahih Muslim, 2623)
0
87
284
@syaariabrahman
Syaari Ab Rahman
2 years
Beruntunglah yang telah berjaya menghafal al-Sajdah dan al-Insan.
Tweet media one
1
48
291
@syaariabrahman
Syaari Ab Rahman
3 years
SCAMMER ALERT! Kami menerima makluman mengenai kewujudan satu akaun palsu bawah nama seorang asatizah Tadabbur Centre iaitu Ustaz Syaari Ab Rahman untuk tujuan penebusan bonus pertandingan oleh pihak tidak bertanggungjawab. Kami MENAFIKAN sekerasnya pembabitan ustaz dalam hal ini
Tweet media one
Tweet media two
Tweet media three
Tweet media four
3
207
268
@syaariabrahman
Syaari Ab Rahman
3 years
Antara paling saya hargai dalam dunia perkahwinan ini ialah merentas disiplin (ilmu). Ia lebih indah dari merentas negeri 😊 Ketika saya rasa dunia tafsir “tahlili” ialah segalanya, isteri saya kekadang bertanya soalan yang memerlukan dunia falsafah dan “al-Razi” menjawabnya.
0
39
256
@syaariabrahman
Syaari Ab Rahman
2 years
Nak ulas sikit beberapa dapatan menarik dari buku ini. Pengkaji menganalisa hadis-hadis sahih Bukhari yang bertemakan “self-esteem” iaitu bagaimana seseorang itu memberi nilai dan menghargai keadaan dirinya sendiri.
Tweet media one
4
68
257
@syaariabrahman
Syaari Ab Rahman
2 years
Duhai anakanda, pegang al-Quran dan ajaran Nabimu walau perlu digigit dengan gigi gerahammu. Ini bukan hanya pesan pada musim pilihanraya. Pegang teguh hingga mati mendatangimu. 7/7
0
108
263
@syaariabrahman
Syaari Ab Rahman
3 years
Doa pemuda al-Kahfi ialah “inti” utama surah al-Kahfi. Ia merupakan ayat terakhir dalam sepuluh ayat pertama al-Kahfi. Hidup kita ada yang lebih penting dari harta, ilmu dan kuasa. Apakah ia ? RAHMAH dari Allah. Apa maksud rahmah menurut empat kisah dalam surah al-Kahfi ?
Tweet media one
0
59
250
@syaariabrahman
Syaari Ab Rahman
2 years
Surah AL-RUM ialah surah yang paling banyak ayat “wa min ayatihi” (antara tanda kekuasaan Tuhan). Ada tujuh kali kesemuanya. Seakan-akan di situlah “silibus” dari langit untuk kita berdakwah pada bangsa “Romawi” moden sehingga mereka menemui Tuhan, dan Islam.
0
62
248
@syaariabrahman
Syaari Ab Rahman
2 years
Duhai anakanda, pegang teguh surah al-Hujurat. Sesiapa yang perlakuannya bertentangan dengan surah ini, tinggalkan mereka walau dia dari kumpulanmu sendiri, walau dari tokoh yang engkau kagumi. Setia dengan nilai yang benar, jangan taksub dengan batang tubuh. 4/7
0
115
250
@syaariabrahman
Syaari Ab Rahman
1 year
Semoga antara tanda-tanda keberkatan Ramadhan pada seseorang ialah rasa sensitifnya dengan ayat-ayat al-Quran yang didengarinya atau diperdengarkan kepadanya, apatah lagi yang dibacanya sendiri. اللهم اجعلنا من الذين يستمعون القرآن فيقولون في قلوبهم إنا سمعنا قرآنا عجبا
0
69
250
@syaariabrahman
Syaari Ab Rahman
3 years
What if, instead of just looking at their names and the miraculous circumstances surrounding the story, we look at the traits they displayed while enduring the tests such as bravery, honesty, and perseverance ? “In Their Tested Moments” Syaari Ab Rahman (2021)
Tweet media one
0
36
232
@syaariabrahman
Syaari Ab Rahman
11 months
Didiklah anak berhenti membenci orang. Sentiasa tanya semula mereka “betul ke agaknya apa kamu buat sebegitu”, “Tuhan suka ke kita mengata begitu” . Hidup ini biar sentiasa ada “agama” membataskan lidah dan tangan.
Tweet media one
0
117
258
@syaariabrahman
Syaari Ab Rahman
2 years
Dahulukan istighfar dan baru memohon agar Allah sudi kurniakan kesembuhan. Agar kesembuhan itu meningkatkan iman kepada Tuhan.
@mairahroslan
🇲🇾nurumairahroslan🇲🇾
2 years
Perkara yang diminta hanyalah jalan keluar. Setelah sembuh kembali kepada dosa lalu 😭 Astaghfirullah. Ya Allah jauhkan kami dari sifat sebegini. Daripada buku Keluarga Yang Setia Menyayangi Dalam Al-Quran Terima kasih ustaz @syaariabrahman atas peringatan ini.
Tweet media one
1
9
30
0
77
232
@syaariabrahman
Syaari Ab Rahman
2 years
Juzuk 10, kita dihadiahkan dengan ucapan paling berharga apabila berlaku musibah dalam kehidupan. Setiap kalimah di ayat ini amatlah berharga. Bacalah tafsirannya dan hafallah ia, lekatkan dalam hati agar ia keluar di lidah apabila berlakunya apa yang kurang menyenangkan hati.
Tweet media one
0
117
245
@syaariabrahman
Syaari Ab Rahman
3 years
Pemuda bila berhimpun, kerap berlaku dari perkumpulan itu ketaksuban dan kemarahan. Namun pemuda al-Kahfi bila berjuang bertujuh, mereka bercakap penuh talattuf (kelembutan) dengan kaumnya, meskipun kafir. Mereka kekal objektif, tenang dalam mengurus perkataan dakwah mereka.
0
53
232
@syaariabrahman
Syaari Ab Rahman
3 years
Bila semangat nak buka Palestin, kita kena belajar dari lebah. Bila semangat nak buat haji, kita kena belajar dari lalat. Tahu kenapa lalat ? Surah al Hajj, 22 : 73 😊
Tweet media one
1
50
225
@syaariabrahman
Syaari Ab Rahman
2 years
Duhai anakanda, bacalah surah al-Qasas, bacalah kisah Nabi Musa yang dididik Allah dengan peristiwa menumbuk tidak sengaja seorang dari bangsa lain. Baginda menyesali perbuatan itu kerana baginda membuat penilaian sebelah pihak sahaja. Itu rupanya gangguan syaitan. 3/7
0
106
238
@syaariabrahman
Syaari Ab Rahman
3 years
“Jika alam yang stabil ini kononnya telah mengatur dirinya sendiri, maka mengapa boleh berlaku bencana di bumi jika alam ini menggunakan sistem automatik ? Bagaimana api yang sifat “auto” panas, tiba-tiba tidak membakar Ibrahim ? Lalu siapa kawal api itu ?” (Tafsir al Sha’rawi)
0
65
220
@syaariabrahman
Syaari Ab Rahman
2 years
Duhai anakanda, engkau akan hidup di zaman yang amat mencabar, Abi Ummi tidak bersamamu lagi waktu itu. Bertaqwalah kepada Allah sentiasa apabila engkau berkunjung ke negeri Tiktok. Tinggalkan terus negeri itu jika engkau mendapati banyak nilai bertentangan dengan agama. 6/7
0
91
238
@syaariabrahman
Syaari Ab Rahman
3 years
Tiada lagi sebarang ucapan Maryam عليها السلام selepas ayat 21. Menandakan redha dan masa untuk “move on”. Tiga kalimah memberi kekuatan kepadanya. وَكَانَ أَمْرًا مَّقْضِيًّا 😭
Tweet media one
1
49
211
@syaariabrahman
Syaari Ab Rahman
10 months
Kejahatan Yahudi Zionis ialah menunggang nama anbiya’ seperti Nabi إسرائيل untuk menghalalkan jenayah mereka, seolah-olah Tuhan dan para nabi berada di pihak mereka. Semoga Allah menghancurkan rencana jahat dan licik mereka.
Tweet media one
Tweet media two
3
105
245
@syaariabrahman
Syaari Ab Rahman
3 years
Zulqarnain menuju ke arah terbenam matahari. Membawa misi kebajikan pada rakyat yang dipinggirkan. Tidak mahukan perhatian manusia atau media, melainkan mengharapkan pembalasan Tuhannya sahaja. Biar Tuhanku sahaja tahu “khubran” dan apa niat di sebalik kehadiranku ke sini.
Tweet media one
0
76
222
@syaariabrahman
Syaari Ab Rahman
3 years
Jangan lupa Ahad malam nanti di sini
Tweet media one
2
61
212
@syaariabrahman
Syaari Ab Rahman
3 years
Siapa tidak bosan duduk rumah ? Namun janganlah bosan meminta kepada Allah. Jadikanlah rumah yang sempit ini MIRFAQA 🤲🤲🤲 #tadabbursurahalkahfisetiapjumaat
Tweet media one
0
69
221
@syaariabrahman
Syaari Ab Rahman
1 year
Mereka yang selalu berfikir tentang makna ayat-ayat al-Quran, pasti sentiasa berfikir dengan segala kejadian berlaku padanya dalam kehidupan. Tiada kebetulan bila dipertemukan dengan ayat-ayat Tuhan, dari al-Quran atau takdir-takdir dalam kehidupan. Dari tadabbur menuju tafakkur
0
69
224