"Ada hal-hal yang harus dilakukan, yang jauh lebih berharga daripada sekedar kebebasan. Aku memilih menghabiskan hidup di sini, daripada hidup bebas di luar dan menderita karena tak melakukan apa yang harus kulakukan"
- Eka Kurniawan
Khabarnya kemungkinan parlimen ditutup atas alasan covid.
Saya cadangkan ahli Parlimen bersidang di kilang. Sebab kilang confirm akan buka.
Mohon mencadang.
Ada juga yg tak senang hati kerana
@partimuda
update setiap masa di media sosial untuk gerak kerja bantuan banjir. Tak ikhlas katanya.
Cuma nak jelaskan, rakyat Malaysia sumbang lebih RM1juta kepada MUDA. Mereka nak tahu ke mana duit mereka pergi. Takkan nak mesej setiap orang.
Sakan ya gelak
@ahmadmaslan
? Kerana itu kita sebut, mereka ini tak pernah hormat pada orang muda, dan pandangan orang muda.
Yang berbahas itu, menang dalam pilihanraya. Tarafnya sama saja.
Pasir Salak memang antara kerusi yang wajib kita tumbangkan. Bukan kali pertama.
Khabarnya kain rentang begini dilihat di sekitar Pahang dan Terengganu sejak semalam.
Angin sedang bertiup kencang. Kemarahan rakyat kini sampai ke Pantai Timur.
Pemerintah boleh tutup mata. Tapi masa yang akan menentukan.
Ada beberapa individu yang menyebut dosa rakyat punca banjir. Ada maksiat lah, solat tak rapat saf lah.
Yang dia tak sebut adalah dosa menebang hutan dan menyapu balak sampai gondol.
Ya, yang sentiasa berdosa, hanya rakyat biasa.
2015 kita ditangkap dan dikasari untuk protes
#TangkapNajib
berkait skandal 1MDB.
Berhari dalam lokap. Makan makanan kucing, duduk berhimpit dengan tahanan lain, tidak tahu siang dan malam.
Hari ini, Najib akan disumbat dalam penjara.
Perasaannya, tuhan sahaja yang tahu 🥲
Aku tak pasti orang lain. Aku dah mula muak dengan meeting, aktiviti, kerja secara online. Sepanjang hari online.
Aku dulu guna media sosial sebagai escapism dari dunia material. Tapi sekarang media sosial dah ambil alih sebagai dunia baru.
Sekarang dunia material jadi escapism
Cecah 11k kes sehari.
Kita duduk rumah sia-sia.
Ribuan tertekan hingga bunuh diri.
Menteri berjalan langgar SOP tanpa tindakan.
Kilang masih buka malah bertambah.
Kerajaan gagal ini kerajaan PN+BN+GPS.
Jangan lupa setiap seorang dari mereka.
Mereka akan terima balasan.
Tak ada siapa yang nak berniaga tepi jalan tahan kereta macam ni, kalau keadaan tak terdesak.
Sejak MCO diumum, hampir 1 juta hilang kerja. Kes bunuh diri meningkat. Orang dalam tekanan.
Patut difikirkan jalan, sedia tempat berniaga.
Pendapatan bukan besar. Kena kompaun lagi..
Mereka yang dipanggil ke IPD Dang Wangi hari ini masing-masing dikompaun sebanyak RM2,000.
Laju buat kerja. Semalam demo, hari ni kompaun.
Menteri, kayangan langgar tak ada apa.
Terang-terang siap ada buat pesta durian tapi bukan main lama siasat.
Tak ada jalan lain. Lawan!
Hari ini Tajuddin Rahman ditahan SPRM atas 2 pertuduhan salahgunakuasa.
5 Januari 2021, kami adakan sidang media berkaitan
#SkandalTajuddin
dan lancarkan laman sesawang bagi mendedahkan dokumen berkaitan projek Latitud8; pampasan buat keluarga sendiri.
Dalam pada kita mengikuti rapat hal yang terjadi di Palestin, harap kita terhindar dari pengaruh terrorisme tanpa sedar.
Sebagai orang yang pernah bekerja memantau undang2 keselamatan, khususnya yang melibatkan isu terrorisme, ini sedikit pengalaman saya.
Ini adalah bebenang.
Ini video yang konon dikatakan berbaur fitnah, yang diumumkan akan disiasat oleh polis.
Kalian boleh lihat dan dengar sendiri, tak ada satu pun rasanya yang disebut itu salah.
Kami akan bersama dan pertahan.
#BersamaAwani
Purata gaji rakyat Malaysia menurun sebanyak 17% tetapi pendapatan 50 orang terkaya meningkat lebih 14%
"Yang miskin terus miskin, yang kaya terus kaya"
Kerajaan tidak ada political will untuk memperkenal windfall tax yang sepatutnya boleh diguna membantu rakyat yang terjejas.
Parlimen ditutup. Konon kes covid. Yang dalam Parlimen tak dibenar keluar.
Habis yang ramai-ramai keluar ke rumah Muhyiddin ni apa cerita?
Diktator!
#Lawan
Frontliner pun demo minggu lepas cik. Seluruh negara lagi. Frontliner pun dah tak tahan dengan kerajaan ni.
Kerajaan telah gagal dan satu-satunya jalan kini adalah mereka semua berundur.
Sahabat saya, saudara Mukmin Nantang ditahan polis bersama 6 yang lain, di Tawau Sabah.
Mereka lancar aksi unjuk rasa di hadapan Kg Muhibah, atas dasar solidariti bersama penduduk kampung yang dikurung akibat PKP tanpa sebarang bantuan selama lebih 2 minggu.
Bebas segera!
Difahamkan 2 orang aunty ni baru sampai dari Kedah ke tapak perkhemahan aktivis
#Kepung
untuk sokong perjuangan Palestin 🥲
Terima kasih untuk semangatnya!
Kita jangan lupa bahawa peningkatan kes Covid ini bermula kerana ada orang politik yang tak habis bermain politik, ingin menjatuhkan kerajaan Sabah, hingga pilihanraya terpaksa di buat.
Kita semua tahu siapa aktornya.
Kalau PKP dibuat semula, sekat mereka dahulu, bukan rakyat.
Keadaan semakin tenat. Khabarnya para Doktor, yang tidak diberi penjawatan tetap, mula melawan.
Mereka dalam tekanan. bila bersuara, diugut pula.
Kalau kita sebut tentang frontliner, ini, mereka ini, adalah sebahagian frontliner yang mesti dipertahan.
Moga ada keadilan
T. Speaker buat pesta durian - SENYAP
Srikandi Bersatu berpesta dalam program menteri - SENYAP
Menteri langgar SOP berkali-kali - SENYAP
Rakyat bersuara - Triggered siap hantar cytro
Maaflah, you messed with the wrong generation.
Ini bukan zaman angguk-angguk geleng-geleng.
Regardless of the outcome, aku menjadi saksi bagaimana 'budak' ini mainkan peranan besar menyatukan blok pembangkang.
Kepimpinan itu sifatnya menyatukan.
Kini pembangkang solid bersama.
Doakan yang terbaik.
Ramai minta full lockdown.
Tapi kebanyakan kita mungkin ada kelebihan. Lockdown kerja dari rumah tapi gaji masih jalan.
Mungkin juga tak ada tanggungan.
Cuma bukan semua ada kelebihan sama.
Ada peniaga kecil akan gulung tikar, ada pekerja yang akan hilang kerja.
Kita bukan nak halang idea penubuhan Universiti Quran ni. Nak buat, buat lah. Universiti Quran ke, Universiti Bible ke, ikutlah.
Tapi mahasiswa sedia ada tengah struggle sekarang. Laptop tak ada, jaringan internet teruk, modul tak sedia etc.
Fokus ni dulu boleh?
Anis terbang ke US, melawat keluarga. Khabarnya Anis pegawai menteri. Anis sebut beliau
#GunaKuasa
yang ada, untuk ke sana.
Rakyat yang tak ada kuasa, ada yang hampir setahun tak jumpa keluarga.
Tak apa Anis, gunalah kuasa tu. Tak lama.
Kalau kita boleh bersolidariti dengan perjuangan petani di India, serta perjuangan mahasiswa menuntut demokrasi di Myanmar, kenapa kita tak boleh bersolidariti dengan pekerja J&T yang dilayan macam hamba?
J&T untung besar, akibat pandemik, tapi potong gaji pekerja!
SOLIDARITI BUAT RIFAYAH, SOLIDARITI BUAT ANAK MUDA
Di Malaysia, kita sentiasa membayar harga yang mahal apabila kita bersuara.
Sejak dari dulu, berapa ramai teman-teman mahasiswa yang dibuang universiti hanya kerana bersuara dan terlibat aktif dalam politik.
Sahabat saya,
@AimanHkim
telah ditahan untuk siasatan dibawah Akta Hasutan, serta Akta Komunikasi dan Multimedia.
Beliau hadir ke IPD Dang Wangi hari ini untuk siasatan berkaitan ciapan beliau di twitter, dan kemudiannya ditahan.
Permohonan reman akan dibuat esok.
#BebasHakim
Untuk masa sekarang, mana-mana student yang terkandas di area Lembah Klang, perlukan tempat berteduh sementara, boleh contact aku. Rumah aku kecik je tapi boleh lah untuk sementara, sebelum kita datangkan penyelesaian yang lebih tuntas.
#TolongBantu
#MenteriKPTsilaletakjawatan
Buat rakan-rakan semua, daftar mengundi. Masih ada masa. Ajak keluarga, jiran, sahabat, kenalan semua untuk daftar mengundi.
Kita telah tempuh satu tahun setengah yang mencabar. Insyaallah kita punya kekuatan untuk berdepan hari mendatang.
Tetap
#Lawan
Ya benar
#KerajaanGagal
. Tapi kita perlu akui bahawa
#PembangkangLemah
.
Pembangkang juga sibuk dengan perbalahan dalaman. Tidak berhubung dan bertemu muka.
Jangan kita syok sendiri.
Rakyat sedang sengsara. Rakyat akan hukum kita.
Ketepi perbezaan. Masanya bergerak bersama!
Baru dimaklumkan bahawa pihak polis dari IPK KL telah hadir ke rumah keluarga saya hari ini.
Saya anggap ini satu bentuk intimidasi dari Kerajaan PN yang sedang terdesak.
Jangan ingat ini boleh melemahkan semangat kami untuk terus
#Lawan
Kerajaan
#PNakut
telah guna FRU untuk halang Ahli Parlimen daripada hadir di Parlimen.
Mereka terdesak dan sanggup buat apa saja.
Namun percayalah, mereka akan tumbang.
Semalam peniaga burger. Hari ni peniaga colek. Dua-dua dikompaun RM50,000. Mereka niaga untuk kelangsungan hidup. Ini nasib rakyat miskin.
Cuba teka apa jadi dengan repot polis menteri langgar SOP? masih siasat lagi. Dah berbulan!
Pergi ke kedai membeli cincau.
Khabarnya seorang pengguna FB, Apit Wan Lebo telah dipanggil untuk siasatan polis, dan dikhabarkan ditangkap disebabkan oleh video ini.
Kita boleh berbeza pandang, tapi boleh bagitahu dekat mana dalam ni yang boleh buat ditangkap?
Bahana
#KerajaanGagal
tangkap rakyat bersuara
Mereka yang ditangkap telah bebas. Tapi kita akan pastikan, polis yang memukul teman kita ini dibawa ke muka pengadilan. Jangan ingat mereka akan terlepas.
Urgent!!
Siapa ada kenalan tinggal di sekitar Pagoh? Perlu bantuan segera. Satu keluarga, 6 orang, yang dalam perjalanan hantar anak ke universiti, terkandas tepi jalan sebab kereta rosak.
Terpaksa tidur dalam kereta.
Mohon bantuan siapa di sekitar pagoh.
#RakyatJagaRakyat
Pagi ini Saddiq akan dihadap ke mahkamah. Lebih setahun ditekan. Ibu bapa diugut.
Boleh sahaja menyerah. Jika sokong, dijanjikan jawatan, duit.
Semua, termasuk mereka yang kini masih di dalam Armada tahu ini pendakwaan politik.
Lagi ditekan, lagi kuat kita lawan!
#TolakPN
Tiada 'double standard' kata Abah.
Hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahajajajahshdheixheeindifirhebapwhej
#AdhamBabaLetakJawatan
#MuhyiddinOut
Dia hampir tidur di KTM.
Alhamdulillah baru saja dihubungi, seorang pensyarahnya akan datang bantu.
Mesej mahasiswa ini, aku terlepas pandang, tersepit dalam ribuan mesej yang masuk dari mahasiswa yang mohon bantuan.
Tak tahu aku nak cakap apa lagi.
Disebelah aku itu seorang Rohingya. Hasnah namanya. Dia lahir dan membesar di Malaysia. Dia membesar tanpa tahu bahaywa dia tak punya negara. Beranggapan inilah tanah airnya, Malaysia.
Buat yang kata; "kau tak tahu, Rohingya teruk. Kau belum pernah jumpa diorang."
Perjuangan panjang. Penuh luka dan air mata. Tahniah DS
@anwaribrahim
Tak ada kata-kata dapat mencerminkan kegembiraan dan kesyukuran kita atas berita ini.
MUDA berkongsi kegembiraan ini, dan akan terus bekerja untuk sama-sama membina negara tercinta.
Salut.
"Mana UMNO? Dalam social media pum pang pum pang.
Dalam dewan, sunyi diam tak cakap apa"
#KerajaanGagal
hari ini, isinya PN (Bersatu, Pas), BN (UMNO, MCA, MIC), GBS (Sabah - STAR, PBS etc) dan GPS (Sarawak - PBB, PRS etc).
Jangan percaya jika mereka berlakon jadi pembangkang.
PDRM is probing the
#BenderaHitam
campaign under the Sedition Act, Penal Code and Communications and Multimedia Act.
#Lawan
and
#BenderaHitam
are trending, with netizens uploading photos of their black flags. Some used black T-shirts, headscarves and rubbish bags as substitutes.
Sasaran sumbangan RM10,000 tapi dapat RM1,000,000
Sasaran sukarelawan 300 orang, tapi dapat 3000 orang.
Rakyat Malaysia 💯
3000 siap bergerak sepanjang minggu.
#DaruratBanjir
😱 3000 SUKARELAWAN
Terima Kasih kepada semua Rakyat Malaysia yang ingin sama-sama membantu!
Kami akan menutup permohonan setelah mencapai 5000 permohonan.
Ikuti Twitter kami untuk sebarang maklumat lanjut
Inilah dia kerajaan yang prihatin. Berfikir di luar kotak.
Rakyat terhimpit, banyak bebanan dalam keadaan sekarang. Kita minta moratorium automatik dan bantuan tunai.
Bank masih catat untung besar walau dalam keadaan pandemik.
Tapi apa kerajaan buat? Dia bagi ahlong uruskan.
Jangan takut. Terus kibar bendera hitam. Polis juga kebanyakan bersama kita. Ada yang ikut kibar.
Ini negara kita. Ambil semula dari tangan koruptor!
#Lawan
Tahniah semua yang terlibat, hadir juga mereka yang bertungkus lumus menganjurkan himpunan
#Lawan
hari ini.
Dah tentu, Muhyiddin tak boleh tidur lena malam ni.
Letak jawatan, atau rakyat akan terus lawan!
Kita semua tahu jawapan konon beri telefon kualiti rendah untuk elak pelajar main game, tak masuk akal.
Mungkin salah satu soalan yang kita boleh tanya adalah, mengapa tender projek ini diberi kepada YES, yang dimiliki YTL?
Jangan lupa 1BestariNet yang teruk juga bawah siapa.
Bagi telefon kualiti rendah sebab buruk sangka dengan pelajar kononnya mahu elak mereka main game.
Akhirnya, telefon rosak. Yang susah, pelajar.
Belanjalah lebih sedikit untuk pendidikan mereka. Kerajaan ada wang. Guna untuk pelajar.
PERLETAKAN JAWATAN SETIAUSAHA AGUNG MUDA
Seperti sedia maklum, jika tiada aral, saya akan berangkat ke UK dalam masa beberapa minggu lagi untuk menyambung pengajian.
Dengan ini saya ingin mengumumkan perletakan jawatan sebagai Setiausaha Agung Parti MUDA berkuatkuasa hari ini.
Kawan-kawan, sekarang dia nak cadang undang-undang kalau kritik Perdana Menteri pulak!
Nampaknya memang kita kearah negara diktator!
Lepas ni dia boleh buat apa dia suka. Kritik kena angkut.
Dia ingat kita takut?
Jumlah kes bunuh diri makin merisaukan.
Kalau keadaan menyesakkan, maklumkan.
Kita cuba cari jalan untuk bantu bersama.
Kalau mungkin keberatan berhubung untuk bantuan, kibarkan bendera putih di hadapan rumah.
Sekiranya nampak bendera putih, kita bantu bersama.
#BenderaPutih
Beribu orang cakap perkara yang sama, seperti yang disebutkan Iswardy dalam videonya.
Bezanya, beliau ditangkap dan kalian tidak.
Tapi, percayalah, kalau kita tak bersetiakawan, lambat laun, masa kita pula akan tiba.
Percayalah, rakyat bersatu tak akan terkalahkan.
"Rakyat dah penat"
Khabarnya di Alor Setar, Kedah hari ini.
Ya, kami semua dah penat.
Gagal urus pandemik. Yang rasuah terlepas.
Mereka fikir, mereka boleh berpaut kuasa dengan pandemik untuk jangka panjang.
Khabarkan pada mereka, mereka silap.
Kalau ada yang sebut, kerajaan BN/UMNO naik semula, nak maklumkan bahawa; selama hari ini kerajaannya sama, orangnya sama, caranya sama.
Tak ada yang berubah. Status quo.
Untuk setahun setengah kita berjuang, tak ada sebab untuk kita berhenti sekarang.
Perkuatkan barisan kita.
Ada yang tanya, kenapa bantuan cuma masuk bulan Jun? Kenapa tak bagi sekarang?
Yang dijanjikan dalam pengumuman bajet 2021 seperti laptop pun tak dapat lagi. Kenapa?
Saya jawabkan. Semua akan beri nak dekat election nanti sebab nak jadikan GULA-GULA PILIHANRAYA.
*hanya akaun Instagram akan diambil oleh pihak Polis dan SKMM.
Bersuara kepada penguasa bukan satu jenayah.
Jangan pernah berhenti bersolidariti dengan keluarga mangsa dan gesa IPCMC segera!
#JusticeforGanapathy
#JusticeforSivabalan
Kisah Kyal Sin, adalah simbol kekuatan dan kekentalan perjuangan rakyat Myanmar merebut demokrasi.
Everything will be ok" - tulis baju yang dipakai wanita berusia 19 tahun ini yang ikut ke jalan melawan diktator tentera di Myanmar.
#RIP
#MilkTeaAlliance
URGENT!
Mohon sebarkan.
Seramai 46 kes positif COVID-19 dikesan manakala lebih 400 pelajar dikuarantin di Kolej Pendeta Zaa’ba, UKM.
Semua terkesan dan perlu bantuan segera! Kita akan beri kotak bantuan pada mereka.
Sumbangan boleh disalurkan ke:
Syed Saddiq juga disiasat selama hampir 3 jam.
Beliau beri kerjasama penuh, serta berterima kasih dengan layanan baik pihak polis.
Apa pun, ini adalah satu bentuk intimidasi.
Baju batik ni warisan rantau kita. Kalau kita tak angkat siapa lagi?
Kalau sebelum ni orang anggap tak cool, sekarang kita angkat bagi jadi cool.
#MUDA
Kes Cov-19 hari ini 5,725. Tertinggi dalam sejarah.
Hilang mood nak menulis panjang. Ini graf dan garis masa, agar kita semua tak lupa.
Mungkin ada faktor lain. Tapi faktor ahli politik kita sendiri yang tak habis berebut kuasa adalah antara punca utama.
Jika ada yang diganggu pihak berkuasa, hanya kerana posting/kibar bendera hitam, boleh maklumkan.
Tak akan ada yang dibiar bersendirian.
#Lawan
bersama!
Apa yang ditawarkan oleh PM Muhyiddin Yassin itu, adalah cubaan mencari talian hayat.
Jika mereka ikhlas, ia sudah dibuat sekian lama. Tetapi tidak, ia ditawar ketika mereka bakal tumbang.
Cuma ada satu pilihan buat beliau dan Perikatan Nasional; berundur secara terhormat.
Sabtu. 23 Julai. 2 Petang. SOGO.
1. Potong gaji menteri
2. Kekalkan subsidi
3. Bantuan bermaruah
4. Kawal harga barang
5. Jaminan keselamatan makanan
#Turun
TERKINI | Dimaklumkan bahawa Sarah (
@sunflwrsarah
) telah ditahan dibawah Akta Hasutan berkaitan himpunan
#Lawan
dan waran geledah telah dikeluarkan.
Ini benar-benar intimidasi dan usaha mendiamkan rakyat.
Mereka mula tunjuk kuku. Solidariti buat Sarah.
Lawan!!