ʾAdam Profile Banner
ʾAdam Profile
ʾAdam

@HEAdamIII

3,782
Followers
393
Following
294
Media
4,138
Statuses

Syafi'i. One-third of the Modern Stooges | syafirah's

🇲🇾
Joined December 2020
Don't wanna be here? Send us removal request.
@HEAdamIII
ʾAdam
1 year
haiwan laut halal dimakan, tidak perlu disembelih. namun, makan ketika haiwan itu masih hidup hukumnya makrūh, seperti yang difatwakan oleh al-Nawawi. sebahagian ulama seperti Abu Hamid al-Isfirayini mengharamkannya kerana ada unsur menyeksa. pastikan haiwan itu mati dahululah.
@JalanCutiSantai
Jalan-Jalan Cuti Santai
1 year
Salad Udang Menari nari🤤
2
362
1K
36
5K
6K
@HEAdamIII
ʾAdam
7 months
Duduk di rumah mertua lazimnya akan menghasilkan banyak kesulitan dan kesukaran buat isteri. Allah larang para suami menyulitkan isteri. وَلَا تُضَارُّوهُنَّ لِتُضَيِّقُوا عَلَيْهِنَّ "Janganlah memudaratkan mereka (isteri kalian) yang bakal menyulitkan urusan mereka. " [65:6]
@MaisarahMahmud
Mai
7 months
Bila dengar cerita isteri kena salin baju dalam toilet, pakai tudung/stokin dalam rumah sebab duduk rumah mertua, semoga Allah gandakan pahala 🥲 Para suami usahalah utk cari rumah sendiri walaupun rumah tu rumah kecil. Rumah utk isteri berehat/bebas utk uruskan rumah tangga.
17
5K
10K
1
4K
4K
@HEAdamIII
ʾAdam
7 months
Antara waktu doa mustajab: ketika melihat orang lain mendapat nikmat. Contoh, ada kawan kita beroleh apa-apa sahaja nikmat macam sales berjuta, berjaya graduate, berjaya temuduga, dapat kerja, dapat bonus... time itu kau cakap tahniah, time itulah kau doa kepada Allah jugak!
4
2K
4K
@HEAdamIII
ʾAdam
3 years
Seorang suami yang memaksa isterinya untuk bersetubuh, lantas mengkasarinya dan membuatkan isterinya itu sakit, tidak selesa atau cedera; maka suami itu telah mengingkari Allah dan Rasul-Nya. Islam berdiri di atas keadilan dan kemaslahatan kedua-dua jantina. Bukan seorang sahaja.
4
2K
4K
@HEAdamIII
ʾAdam
3 years
Firaun bukan setakat tak solat, dia mengaku diri sebagai Tuhan lagi. Iblis pun tak pernah buat. Tapi, Firaun ada kerajaan yang hebat, kekayaan melimpah, kekuatan yang dahsyat. Allah masih beri, tidak semestinya Allah redha. Semoga abang diberi hidayah.
@afifster
Afif
3 years
I've not prayed for half a decade and look at me Alive and well, thriving and pissing on the very idea you call 'god'
150
85
208
8
2K
3K
@HEAdamIII
ʾAdam
1 year
menziarahi maqam Rasulullah ﷺ ialah ketaatan yang agung dan mulia di sisi Allah, simpanlah niat dan hasrat kita untuk menziarahi al-qabr al-shariff
@Quranconnect_
القرآن
1 year
صلى الله عليه وآله وسلم🥹🤍
43
2K
15K
0
820
3K
@HEAdamIII
ʾAdam
1 year
"baca zodiak takpe, percaya jangan" Rasulullah ﷺ kata, إذَا ذُكِرَت النُّجُومُ فَأَمْسِكُوا "Jika ada tersebar informasi tentang astorologi (zodiak, dll); maka kalian tahanlah ia (jangan sebar/amal/terdetik nak percaya langsung)." –Tabrani
4
2K
3K
@HEAdamIII
ʾAdam
3 years
Rasulullah ﷺ larang al-Tabattul iaitu sengaja membujang & anti-kahwin. Tidak berkahwin itu dilarang bila ada mindset buruk tentang pernikahan. Adapun jika tidak berkahwin kerana terlalu sibuk dengan kewajiban, sakit, dll alasan VALID di sisi SYARA'; semoga jodohnya itu di Syurga
14
1K
3K
@HEAdamIII
ʾAdam
1 year
sebenarnya Saidatina Khadijah hanya duduk di rumah, dia beri modal perniagaan daripada hartanya yang banyak. Yang keluar bekerja/berurusan ialah staf beliau, Maysarah. Maysarah ni lelaki. Maysarah memang nama lelaki di sisi Arab pun asalnya. Khadijah bukan seperti wanita kini
15
646
2K
@HEAdamIII
ʾAdam
1 year
kita berhak bersikap "memilih" ketika proses taaruf, mencari pasangan. تَخَيَّرُوا لِنُطَفِكُمْ "pilihlah yang terbaik untuk kamu meletakkan benih kamu." rejectlah semahunya, tapi ingat – dunia ini ibarat roda.
3
749
2K
@HEAdamIII
ʾAdam
3 years
Wahai Allah, Tuhan kepada hujan. Rabb kami, yang Maha Mulia Maha Agung. Ilah kami, turunkan hujan ke negeri lain yang belum mendapatkannya. Allah, surutkan banjir dan hindarkan kami dari bala bencana serta kerosakan. Allah, kami tiada lain selain Diri-Mu. Hanya Engkau kami seru.
2
2K
2K
@HEAdamIII
ʾAdam
1 year
Dianjurkan untuk berdoa memohon apa sahaja hajat setiap kali selepas membaca al-Quran; samada melihat mushaf atau secara hafazan. Sunnah yang ditinggalkan kini.
0
484
1K
@HEAdamIII
ʾAdam
2 years
Semoga Allah menemukan kita dengan Malam al-Qadr. Malam yang lebih baik daripada 1,000 bulan. Malam turunnya Jibril dan para malaikat memenuhi langit dunia dan ruang dunia ini. Sejahteralah ia hingga terbit fajar. Moga Allah bantu kita untuk menghidupkannya dengan ibadah.
5
608
1K
@HEAdamIII
ʾAdam
3 years
Kenyataan dalam video ini ialah akidah New Age yang sesat. Allah bukan makhluk halus, Allah ialah Khaliq [Pencipta]. Allah itu benar Wujud. Dia boleh dilihat nanti di Syurga. Dia boleh dirasai & disentuh oleh sesiapa yang Dia hendaki. Allah tidak sama/serupa dengan makhluk-Nya.
@DeanOrDeen
Dean or Deen
3 years
Tuhan Juga adalah MAKHLUK HALUS. - Founder MAMASAB Aku bukan Ustaz atau Terpaling di Twitter tp sebagai manusia biasa aku tahu Tuhan bukan mahluk ye. Jgn samakn tuhan dengan mahluk. Bertaubatlah.
178
4K
4K
2
783
1K
@HEAdamIII
ʾAdam
3 years
Pernikahan ialah ibadah, pernikahan ialah sunnah Rasulullah ﷺ. Usahalah untuk melaksanakannya, persiapkan diri sebaiknya untuk pasangan, memberi sepenuh cinta dan jasa. Jadikan niat meramaikan umat al-Tauhid ini sebagai antara tujuan utamanya, selepas memenuhi keperluan.
1
400
1K
@HEAdamIII
ʾAdam
2 years
Sehebat mana pun hafazan kita, sekuat mana pun ingatan kita; di posisi imam itu, macam-macam benda boleh jadi. Hanya tawakkul dan kerendahan hati kepada Allah bakal membantu menenangkan. Moga Allah bantu sekalian qurra yang memimpin solat tarawih jua qiyam malam Ramadan!
2
245
1K
@HEAdamIII
ʾAdam
1 year
haih, saya mahu pemuda-pemuda para para pengkaji agama, falsafah, ilmu ma'qulat, peradaban pula buat podkas
@_NazriH
Naz;Naz 🛍🍽
1 year
Bazir masa aku satu jam tengok episode Aedy & Amelia. Ni episod paling BORING lah kot setakat ni untuk Studio Sembang. Tak tahu lah kalau korang rasa best 😅
121
717
2K
13
214
904
@HEAdamIII
ʾAdam
8 months
Andai mereka tahu betapa manis dan agungnya Tauhid; meminta hanya kepada Allah, nescaya mereka akan berpaling daripada meminta kepada makhluk-makhluk yang tiada punya kuasa atau kekuatan.
0
330
861
@HEAdamIII
ʾAdam
2 years
Jangan larang perkara yang Allah halalkan, sekalipun kita tidak prefer perkara tersebut. Saidina Khalid b. al-Walid pernah makan daging biawak padang pasir [dabb] depan Rasulullah, Rasulullah tidak sentuh sedikit pun. Baginda tidak mahu makan. Namun baginda tidak burukkan.
1
316
816
@HEAdamIII
ʾAdam
2 years
Malam ini sudah mula kita berqunut witir; 16 Ramadan. Semoga Allah azza wajalla menerima doa, ibtihal, qiyam & tadarru' kita kepada-Nya. Dirilah dengan penuh kekuatan, angkat tangan dengan penuh pengharapan. Belajar fahami doa, anda akan rasai kelainan.
1
255
812
@HEAdamIII
ʾAdam
3 years
Poligami itu sunnah, hanya bagi lelaki tertentu. Lelaki yang hebat. Bukan hebat sembang atau nafsu tinggi semata. Yang berkemampuan zahir dan batin, yang tinggi wibawanya memimpin wanita dan berinteraksi dengan emosi mereka. Jika tiada, satu sahaja cukup. Jangan menempah mudarat.
3
299
776
@HEAdamIII
ʾAdam
11 months
Quran ajar benci orang yang kafir yang jahat dalam kalangan Yahudi. Bukan benci bangsa Yahudi. Yahudi ialah bangsa majoriti para Nabi dan Rasul. Antara isteri Rasulullah ﷺ ialah Safiyyah bt. Huyay, anak pemimpin Yahudi Arab Khaybar. Jangan benci bangsa.
5
290
761
@HEAdamIII
ʾAdam
3 years
Jangan gaduh dengan perempuan. Yang perempuan perlukan ialah didikan & pengajaran yang sesuai dengan keadaan sikap & tahap pengetahuan mereka. Beritahu mereka: "Ini yang betul, ini salah, kena buat ini." Jika masih berdegil, iya udeh terserah aje sama mbak zahro.
8
210
740
@HEAdamIII
ʾAdam
3 years
Kita bukan dicipta dan dihantar ke dunia untuk mengalami bahagia setiap masa, selama-lamanya. Kita dicipta untuk diuji. Kesusahan dan kesukaran adalah takdir kita, tugas kita di dunia adalah untuk sabar. Rehat dan bahagia hakiki ialah di syurga kelak. Ini akidah seorang Muslim.
2
364
743
@HEAdamIII
ʾAdam
11 months
Lelaki, teruslah berjuang menjadi terbaik dalam segenap sudut. Demi orang yang anda sayang dan anda harapkan kekal dalam hidup anda. Mereka kekal kerana fungsi anda. Kita tidak disayangi tanpa syarat. Kita disayangi dan dihormati hanya jika berfungsi.
2
310
709
@HEAdamIII
ʾAdam
1 year
cemana jahat pun kita, pastikan: • solat, • berbaktilah pada ibu bapa, • hormati orang tua, • kasihan & bantu fakir miskin, • sangka baik sesama insan.
0
286
689
@HEAdamIII
ʾAdam
3 years
Dalam bidang pendidikan, jurang profesionalisme PERLU dikekalkan. Antara adab seorang penuntut ilmu dengan guru ialah memanggil guru dengan gelaran yang berunsur penghormatan ilmiah seperti: "Wahai Guru, Cikgu, Ustaz." Dinyatakan oleh Imam Ibn Jamaah dalam Tadhkirat al-Sami'.
1
218
632
@HEAdamIII
ʾAdam
2 years
Syirik mahabbah itu berbahaya. Hindari obsesi cinta kepada selain Allah. Cinta tulus murni kita hanya untuk Allah; satu-satunya Dia sahaja, tiada sekutu bagi-Nya. Milik-Nya segala nikmat & puja, jua Kerajaan semesta. Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu.
0
191
619
@HEAdamIII
ʾAdam
1 year
Iya, kelompok pertama didominasi Aisyah dan Hafsah. Isteri-isteri muda yang out-spoken. Kelompok kedua diketuai Umm Salamah: isteri yang senior, agak tenang dan matang. Pernah "bergaduh manja" di hadrat Rasulullah. Begitulah asam garam kehidupan rumahtangga.
@azam_sufaat
Azam
1 year
Isteri Nabi pun ada 'geng' Al-Bukhari meriwayatkan dengan sanadnya dari Aisyah (رضي الله عنها) bahawa isteri Nabi terbahagi kepada 2 kelompok. Kelompok pertama Aisyah, Hafsah, Safiyyah, Saudah. Kelompok kedua Ummu Salamah, Zainab binti Jahsy, Ummu Habibah, Juwairiyyah, Maimunah.
3
95
350
1
184
612
@HEAdamIII
ʾAdam
2 years
Kita dicipta untuk diuji, untuk beramal, untuk taat.
0
227
592
@HEAdamIII
ʾAdam
3 years
Antara adab utama seorang Muslim dan Muslimah ialah sentiasa melakukan proses tathabbut (mencari kebenaran sesuatu info) dan tabayyun (mencari bukti kesahihan). Apa jua isu, apa jua perkara; samada terkait dunia atau agama. Pastikan yang benar sahaja.
1
187
549
@HEAdamIII
ʾAdam
6 months
Makruh jika sengaja masuk ke dalam tempat ibadat non-Muslim tanpa sebarang keperluan mendesak. Menghindari tempat berhala adalah sifat ajaran Nabi Ibrahim yang merupakan intipati asas agama Islam. Kita hormati hak kebebasan agama-agama, tetapi Islam juga punyai jatidiri.
0
256
522
@HEAdamIII
ʾAdam
8 months
sebenarnya, untuk berlaku adil, al-Fadil Ustaz Azhar Idrus حَفِظَهُ اللهُ lebih unggul dalam ilmu Fiqh mazhab al-Syafie Penjelasan UAI adalah tuntas dan berdasarkan kitab-kitab muktamad mazhab, khususnya kitab Jawi, andai dicermat baik. Beliau juga pendakwah yang diberkati.
8
174
520
@HEAdamIII
ʾAdam
3 years
Bantu non-Muslim itu boleh. Bantu bersihkan rumah/kedai, kebajikan duniawi mereka. Silakan. Namun, elakkan membantu berkaitan simbol agama/perlaksanaan ritual agama mereka. Difatwakan larangannya oleh fuqaha al-Shafiiyyah spt: al-Shafii, al-Ghazali, al-Ramli, al-Haytami, dll.
3
192
497
@HEAdamIII
ʾAdam
3 years
Saya disahkan dijangkiti Covid-19, malam semalam. Mengalami gejala demam panas, batuk, sakit tekak, dll. Innalillah wa-inna ilayhi rajiun. Qaddarallah wama sha-a fa'al. Semoga insan sekeliling saya dan kalian semua baik-baik sahaja, dalam jagaan Allah sentiasa.
24
66
487
@HEAdamIII
ʾAdam
2 years
Membaca doa "Allahumma Bariklana", sebelum makan adalah sunat, diriwayatkan dari Nabi oleh al-Tabarani dalam al-Du'a, Ibn al-Sunni dalam Amal al-Yawm wa al-Laylah. Sekalipun sanadnya daif, ia amalan salaf al-salih. Urwah b. al-Zubayr amalkannya, nyata Imam Malik dalam al-Muwatta.
5
128
483
@HEAdamIII
ʾAdam
1 year
PMX, Dato Seri Anwar Ibrahim bersama dua guru Fiqh yang mulia; Shaykh Dr. Labib Najib al-Adeni dan Shaykh Dr. Amjad Rashid, حَفِظَ اللهُ الْجَمِيعَ semoga terus semarak dan perkasa institusi Mazhab al-Syafie di Nusantara ini
Tweet media one
3
105
487
@HEAdamIII
ʾAdam
2 years
Semoga Allah bantu semua insan yang pernah terjebak dalam apa jua kesalahan dan kesilapan; untuk berubah dan memperbaiki diri sendiri, menebus kesalahan & menjadi yang lebih baik. Allah Maha Pengampun, namun jangan lengahkan taubat kerana azab-Nya amat dahsyat.
0
214
475
@HEAdamIII
ʾAdam
3 years
Tujuan bernikah, • Mencintai pasangan setulusnya • Lelaki pimpin/lindung perempuan • Memenuhi keperluan seksual • Menghasilkan zuriat Inilah tafsiran ulama Salaf kepada Mawaddah & Rahmah dalam ayat, لّتَسْكُنُواْ إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةً وَرَحْمَةً
0
159
477
@HEAdamIII
ʾAdam
1 year
majlis pertunangan adam ♡ syafirah. Jumhur fuqaha menganjurkan agar mengumumkan pertunangan berdasarkan hadis: أعلنوا هذا النكاح. manakala, al-Malikiyyah anjurkan agar merahsiakan pertunangan berdalilkan: وأخفوا الخطبة. Namun, khabar ini daif ma'lul.
Tweet media one
20
55
477
@HEAdamIII
ʾAdam
2 years
Padahal perempuan bukannya suka sangat pun style ustaz-ustaz ni. Turn-off.
@kimimpossibler
kimkim
2 years
Belajar agama untuk tackle perempuan ni next level punya tak bijak
8
177
689
6
169
475
@HEAdamIII
ʾAdam
2 years
27 Ramadan. Inilah malamnya.
0
79
467
@HEAdamIII
ʾAdam
2 years
para salaf menyatakan membaca surah yasin ialah antara sebab doa mustajab. bukan semua kelaziman masyarakat melayu itu bidaah. belajar, biar tahu
7
95
451
@HEAdamIII
ʾAdam
1 year
mempercayai kaitan zodiak dengan nasib/personaliti seseorang adalah HARAM, ia menjebakkan diri ke budaya kesihiran. Rasulullah melarang percaya ilmu astrologi, larang tanya tukang tilik meski sengaja nak tahu tanpa percaya. hati-hati gais
4
273
433
@HEAdamIII
ʾAdam
2 years
Musibah buat umat Islam. Mendapat khabar kewafatan Samahat al-Imam Dr. Yusuf al-Qaradawi رَحِمَهُ اللهُ. Semoga Allah azza wajalla mengampunkan beliau, memasukkan beliau dalam syurga-Nya bersama syuhada, siddiqin, salihin & Rasulullah ﷺ. Innalillah wa inna ilayhi rajiun.
0
177
439
@HEAdamIII
ʾAdam
2 years
Selama kalian bersangka baik dengan Allah, Allah pasti akan sentiasa bersama kalian. Susah mahupun senang.
0
152
425
@HEAdamIII
ʾAdam
3 years
Bangkit, wahai pemuda. Pergi gym, fokus menjadi kaya, tingkatkan ilmu komunikasi, pengurusan harta jua ilmu agama. Layan kelas-kelas agama di @sunnahscene @MyMediaSunnah @yayasantaalim . Baru-lah chad. Jangan pandang dia sebagai segala-galanya. Diri anda itu yang berharga.
8
124
414
@HEAdamIII
ʾAdam
3 years
Satu kaedah dalam kehidupan, iaitu: "Kalau hensem, takpe." Atau, "Kalau hensem, okaylah jugak." Lelaki, berusahalah menjadi hensem dan menarik.
6
67
416
@HEAdamIII
ʾAdam
3 years
Alim bermaksud orang yang berilmu tinggi. Hakikatnya, martabat alim [berilmu] ada standard & syarat yang perlu digapai, dan ia amat sukar. Macam gelaran Doktor atau Prof. di institusi ilmu. Sekadar pesan/amal asas agama, belum melazimkan dia berilmu tinggi. Itu kadar minimum.
1
148
410
@HEAdamIII
ʾAdam
1 year
Menarik argumen saudara ini. Nabi Isa belum berkahwin. Baginda akan berkahwin nanti apabila turun ke bumi di akhir zaman untuk menegakkan Syariat Nabi Muhammad. Baginda dikebumikan di sebelah kubur Nabi Muhammad. Beruntunglah muslimah yang dipilih menjadi isteri baginda.
@malcomditengah
シンノスケ
1 year
@tumbukrusuk Nabi Isa tak kahwin. Kira ikut sunnah juga la kan
22
4
11
2
128
411
@HEAdamIII
ʾAdam
2 years
Memang Rasulullah suruh tengok anak bulan pada tanggal 29, kalau nampak anak bulan, raya-lah esok. Kalau tak nampak, genapkan puasa 30 hari. Keputusan ini menambah kepercayaan terhadap ketelusan dan kemahiran pihak berautoriti Kerajaan Malaysia dalam penentuan tarikh penting.
1
137
408
@HEAdamIII
ʾAdam
3 years
Daging ulama beracun. Dia akan mendapat balasan kerana tuduh Imam al-Ghazali begini [jika tidak bertaubat]. Insya-Allah. Buku ini ialah bab Adab Nikah dari Ihya Ulum al-Din; sarat dgn intipati firman Allah, sabda Nabi ﷺ & nukilan kalam salaf. Moga perempuan ini cepat taubatlah.
3
115
398
@HEAdamIII
ʾAdam
2 years
jangan tinggalkan zikir dan doa selepas solat fardu. zikir dan doalah bersama imam jika berkelapangan. jangan kasi alasan "ah imam tak ikut sunnah", zikir dan doa imam-imam di masjid rata-ratanya baik, bagus dan ada asalnya. jangan nak beza sangat, tak gempak pun
2
84
389
@HEAdamIII
ʾAdam
1 year
[PERCUMA] Zikir dan Doa Selepas Solat Fardu menurut Sunnah Rasulullah ﷺ berdasarkan Kitab al-I'ab Sharh al-'Ubab, karya al-Imam al-Allamah, Ibn Hajar al-Haytami al-Shafi'i al-Ansari al-Makki رَحِمَهُ اللهُ
Tweet media one
Tweet media two
2
135
383
@HEAdamIII
ʾAdam
3 years
Ya Allah, kurniakan hidayah kepada sekalian pendukung feminisme agar kembali kepada al-Islam, al-Tauhid dan al-Sunnah. Perbaikilah mereka dan semoga lahir zuriat Muslimin dan Muslimat, Muwahhidin dan Muwahhidat yang mentaati-Mu dari keturunan mereka. Amin.
0
104
375
@HEAdamIII
ʾAdam
1 year
Takdir yang tertulis adalah pilihan manusia itu sendiri. Allah tahu hati/pilihan sebenar manusia, itulah yang Allah tetapkan. Jika orang itu ingin sesat, Allah biarkan dia bebas untuk itu. Jika orang itu ingin kebaikan, Allah bantu dirinya dan beri hidayah ke arah kebaikan.
Tweet media one
5
127
372
@HEAdamIII
ʾAdam
9 months
Kita ni hamba Allah, malu dengan maksiat dan dosa kita. Kalau boleh nak sorok, taknak sesiapa pun tahu. Jangan zahirkan maksiat, apatahlagi membela dosa. Ya, kita lemah belum mampu berlepas diri sepenuhnya. Tuhan hendak kasihankan hamba yang mengaku lemah, bukan bongkak.
0
220
366
@HEAdamIII
ʾAdam
1 year
orang kafir bakar Quran? kita kekal belajar Quran; baca Quran, faham Quran, hafal Quran, amal Quran hanya cahaya ini akan menyinar dunia dan membakar kebatilan. Hanya ini, bukan semata emosi
1
109
366
@HEAdamIII
ʾAdam
2 years
Harus belajar ilmu usul fiqh dengan betul ni. Bukan semua benda yang Rasulullah tak buat itu, kita tak boleh buat. Ilmu Usul al-Fiqh inilah peninggalan Rasulullah dan para salaf dalam kalangan fuqaha sahabat & tabiin.
@ZacZakirin13
Zac
2 years
Dulu belajar hukum ada 5, Wajib Sunat Harus Mahkruh Haram Sekarang bila cuba mendalami sikit², "Rasulullah Saw buat tak buat?" Nabi tak buat, tinggal. "Rasulullah Saw buat tak buat?" Nabi galakkan, buat. Then buat comparison, mana lebih sunnah, itu yang kita pilih.
46
725
2K
5
101
358
@HEAdamIII
ʾAdam
2 years
meraikan Shaykh Dr. Saʾid al-Kamali حَفِظَهُ اللهُ sempena ziarah beliau ke Malaysia 2022.
Tweet media one
4
23
349
@HEAdamIII
ʾAdam
1 year
Amalan ini diriwayatkan dalam hadis daif, direkodkan oleh ibn al-Sunni dalam ʿAmal al-Yawm wa al-Laylah. Dicadangkan oleh fuqaha Shafiʿiyyah, boleh diamalkan tiada masalah. Hadis daif boleh diamalkan berdasarkan syaratnya. Dan amalan ini menepati kriteria untuk boleh diamalkan.
5
147
353
@HEAdamIII
ʾAdam
1 year
• jika ada keperluan mendesak, spt: pemimpin untuk selesaikan urusan rakyat, pelajar/pengkaji perbandingan agama, dll = dibolehkan • jika lawat kerana sengaja tiada sebab mendesak = amat tidak dianjurkan • jika lawat + turut serta ritual keagamaan = haram & ditegah
@SyedSaddiq
Syed Saddiq
1 year
Selama ni tak pernah lagi ada halangan untuk orang Islam lawat rumah ibadat agama lain, tiba-tiba sekarang dilarang? Saya pasti, mengunjung, menimba ilmu tentang agama lain tidak akan berkurang pun Iman kita sebagai umat Islam. Remember, our diversity is our strength.
490
1K
5K
6
203
348
@HEAdamIII
ʾAdam
3 months
dengki sebab ramai perempuan suka Teme, sampai bash teme atau peminat perempuan; adalah ciri lelaki lemah. lelaki sejati: tahu nilai diri, cari nilai diri, tingkatkan nilai diri, gembira atas nikmat orang lain.
10
73
351
@HEAdamIII
ʾAdam
2 years
Disunatkan untuk berselawat selepas azan dan berdoa memohon keteguhan di atas al-Islam, al-Tauhid dan al-Sunnah.
1
79
337
@HEAdamIII
ʾAdam
2 years
Di malam-malam Ramadan, dalam bait-bait qunut witir; semoga Allah memenangkan agama-Nya. Mengagungkan al-Islam, al-Tauhid, al-Sunnah & mengunggulkan al-Salafiyyah. Moga ini terpahat dalam hati & lisan kita, wahai Ahli Sunnah Salafiyyun sekalian, dalam qiyam & doa ke hadrat-Nya.
2
81
337
@HEAdamIII
ʾAdam
3 years
Fathul Izar ❌ Fathul Majid 💫 ✔💫 Fathul Majid ini ajar kita tentang keagungan & keutamaan Tauhid, amalan-amalan yang meningkatkan Tauhid, amalan-amalan yang mencalar atau membatalkan Tauhid. Muslim wajib belajar.
Tweet media one
2
93
323
@HEAdamIII
ʾAdam
1 year
Pesanan buat diri saya dan rakan-rakan yang dikasihi: Tiada manfaat mendedahkan konflik rumahtangga sendiri di media sosial. Jangan sebar aib sendiri.
1
161
327
@HEAdamIII
ʾAdam
2 years
Kalau semata-mata ada dalam kitab, khilaf; kita takkan marah Kak Fyn Jamal sebar fatwa lain sedikit tentang sahur haritu. Benda itu pun ada khilaf. Tapi bila Kak Fyn Jamal yang Salafi itu buat, dia hentam kawkaw. Sekali isu pegang perempuan bukan-mahram, dia guna hujah khilaf.
3
82
321
@HEAdamIII
ʾAdam
1 year
Sebenarnya ini tepat & sahih diajar oleh fuqaha mazhab al-Shafi'i. Masih menghadap ke kiblat ketika السَّلَامُ عَلَيْكُمْ dan mula toleh kanan selepas sebut عَلَيْكُمْ dinyatakan oleh 'Allamah Sa'id ba-Ishn dalam Bushra al-Karim, diisyaratkan oleh Allamah Ibn Hajar dalam Tuhfah.
1
149
318
@HEAdamIII
ʾAdam
2 years
Bukan mudah menjadi Imam Tarawih yang hafiz; membaca al-Quran dengan hafazan menurut turutannya dalam solat tarawih. Bukan mudah.
1
42
321
@HEAdamIII
ʾAdam
1 year
fuqaha Malikiyya makruhkan puasa enam Syawal apabila ada salah satu daripada ciri ini, • jika seseorang itu tokoh yang diikuti, • terus buat selepas 1 Syawal, • dilakukan berturut-turut, • menzahirkan amalan ini, • beriktikad kewajiban 3 ciri di atas. –Mukhtasar Khalil
@KhairIthnin
khair ithnin
1 year
Ada satu video yang diucapkan oleh Ustaz Wan Ji dengan berkata Imam Malik menghukum makruh puasa enam pada bulan Syawal. Menurut beliau, sebab kenapa Imam Malik berpendapat sedemikian ialah kerana tiada hadith yang kata Nabi buat, atau athar sahabat buat atau salaf buat.
Tweet media one
3
5
56
6
104
318
@HEAdamIII
ʾAdam
2 years
Bukti cinta Nabi ialah belajar hadis dan amalkan sunnah Rasulullah ﷺ, bukan sambut Mawlid dengan qasidah bagai beriya semata.
4
87
315
@HEAdamIII
ʾAdam
1 year
ما خاب عبدُ سألك takkan rugi hamba yang meminta pada-Mu أنت له حيث سلك Engkau setia ada bersama hamba لو لا يا ربّي هلك Tanpa-Mu, hancurlah daku
1
107
305
@HEAdamIII
ʾAdam
7 months
Jangan seronok sangat tengok kekurangan atau aib orang lain terdedah. Biasanya yang bongkak dan suka menjatuhkan orang lain–lah yang akan Tuhan londehkan berganda teruknya tak lama lagi. Rakan-rakan pembaca tweet ini tak begitu, insya-Allah. اللهمّ استر عوراتنا وآمن روعاتنا.
0
151
299
@HEAdamIII
ʾAdam
2 years
jangan pandang terlalu tinggi, orang belajar agama juga manusia yang ada naluri dan kekurangan
1
112
296
@HEAdamIII
ʾAdam
3 years
Orang burukkan nama dan peribadi kita? Jalan terus berdakwah dengan Tauhid dan Sunnah. Sabar, jangan ikut sifat pembenci. Kita ada cara dan jalan kita tersendiri menuju kejayaan, dan janji Allah itu pasti bahawa Sunnah Rasul-Nya pasti unggul. Sabar dan yakin, resipi kemuliaan.
1
78
297
@HEAdamIII
ʾAdam
8 months
sebenarnya, menyerang seseorang menggunakan maksiat peribadi adalah selemah-lemah senjata dan hujah, yang memburukkan itu pun ada maksiat peribadi yang terzahir, mahupun yang dia sembunyikan. semua orang ada aib, tak kira parti atau mazhab.
1
143
291
@HEAdamIII
ʾAdam
3 years
Jangan mencarut atau maki kerajaan. Ahli Sunnah mentaati pemimpin, menasihati pemimpin semampunya dengan baik dan bersabar dengan kekurangan pemimpin. Ditegaskan oleh Imam Ahmad bin Hanbal dll para Imam Salaf al-Salih yang teguh di atas Sunnah. Teruskan membantu. Suburkan pahala.
9
83
291
@HEAdamIII
ʾAdam
2 years
melihat wajah Allah ﷻ di dalam syurga nanti merupakan nikmat teragung, untuk itulah kita beramal sekarang
3
64
285
@HEAdamIII
ʾAdam
9 months
Poligami bukan suatu kejahatan untuk dikecam; betulkan otak kita semula. Kalau seseorang itu tidak laksana tanggungjawab/penuhi hak, baru dikecam. Tak kisahlah poli atau mono.
2
119
283
@HEAdamIII
ʾAdam
1 year
Maksud hadis ini: ancaman dosa bagi orang suka untuk disanjung secara berlebihan, hingga dirinya sombong & merendahkan taraf orang lain. Berdiri untuk orang yang lebih tua, lebih berilmu, lebih tinggi statusnya dari kita; adalah termasuk kemuliaan adab dan etika. Tidak dilarang.
Tweet media one
3
96
280
@HEAdamIII
ʾAdam
1 year
Asalnya, Yahudi ialah bangsa. Mereka ialah keturunan Nabi Ya'qub. Agama asal mereka ialah Islam, menurut syariat Taurat. Namun sebahagian besar mereka menyeleweng, menjadikan agama Yahudi kini. Begitu juga Nasrani, asalnya pengikut Nabi Isa, beragama Islam menurut syariat Injil.
1
92
280
@HEAdamIII
ʾAdam
9 months
Ya, terutamanya hujan pertama dalam satu tahun tersebut. Dianjurkan untuk mengenakan air hujan tersebut ke anggota badan. Air hujan ialah kurniaan daripada empunya Arasy, ia mempunyai khasiat dan manfaat yang pelbagai antaranya menghapus kesihiran, dengan izin Allah.
@anina_faris
أنينا فاريس
9 months
Mandi hujan itu sunnah yang dilakukan Rasulullah ﷺ dan para sahabat. Ulama Mazhab Syafie menggalakkan membuka tubuh (yang bukan aurat) pada awal turunnya hujan agar air hujan itu dapat kena kepadanya. Kita pula lakukan sebaliknya. Takut hujan kerana risau sakit & sebagainya.
Tweet media one
27
2K
4K
2
145
279
@HEAdamIII
ʾAdam
2 years
Jika kita tergesa-gesa selepas solat, tidak sempat berzikir panjang, paling kurang bacalah Istighfar sebanyak 3 kali, serta Takbir sebanyak 3 kali. أَسْتَغْفِرُ اللهَ، أَسْتَغْفِرُ اللهَ، أَسْتَغْفِرُ اللهَ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ.
0
93
275
@HEAdamIII
ʾAdam
2 years
Rezeki di tangan Allah. Allah Maha Pemberi Rezeki, Dia Maha Kaya dan sentiasa mencukupkan keperluan hamba-Nya. Rezeki di tangan Allah.
0
103
269
@HEAdamIII
ʾAdam
3 years
Semoga Allah azza wajalla memberkati rezeki setiap jiwa yang mencari rezeki halal untuk menyara keluarga dan membantu.
0
109
266
@HEAdamIII
ʾAdam
2 years
yang bertanya "di mana Allah?" ialah Rasulullah ﷺ sendiri. tiba-tiba datang orang terkemudian kata, "oh, tidak boleh tanya Allah 'di mana', sesat akidah nanti". padahal Rasulullah yang tanya dan tegaskan; fi al-sama', di langit.
2
39
265
@HEAdamIII
ʾAdam
3 years
Saudara-saudari mangsa banjir, semoga Allah membantu & memenuhi keperluan kalian. bagi Muslimin & Muslimat, kalian boleh muat turun aplikasi FIBA (Fiqh Banjir). Segenap informasi hukum-hakam berkaitan bersuci, solat, urusan jenazah ketika banjir dll sedia lengkap.
Tweet media one
1
293
260
@HEAdamIII
ʾAdam
1 year
Melampau dalam tarannum seperti ini menyelisihi tujuan al-Quran diturunkan serta maknanya yang Tuhan hendak kita fokuskan.
@najmiaslam
abusulaim
1 year
Konfem dua surah ni pasal kiamat. Tukang sorok blakang sorok pasal gapo?!!! ما الذي أضحكهم!!!
29
370
1K
0
86
261
@HEAdamIII
ʾAdam
3 years
Rejab salah satu bulan-bulan Haram (yang dihormati). Disunatkan memperbanyakkan berpuasa sunat, dan menghindari dosa sedaya upaya dengan lebih maksimum.
0
87
252
@HEAdamIII
ʾAdam
2 years
anjuran surah al-waqiʿah, meski hadis berkenaannya dinilai lemah oleh nuqqad; namun pengamalan surah ini mustajab dan mujarab dalam kalangan salaf. Saidina ʿAbdullah b. Masʿud mengarahkan anak-anak perempuannya mengamalkan surah ini, untuk mengelak kefakiran.
@jpbrinx
사브리나
2 years
guys pls read surah alwaqiah it really works trust me 😭🫶🏻🫶🏻
29
4K
20K
2
67
251
@HEAdamIII
ʾAdam
8 months
Kita patut lebih memartabatkan sambutan Mauliddurrasul; supaya non-Muslim lebih mengenali, menghormati dan membudayakan hari agung tersebut. Kita ada potensi untuk melakukannya. Muhammad ﷺ yang agung.
6
79
249
@HEAdamIII
ʾAdam
1 year
[Muhy al-Din] al-Nawawi dan [al-Shaykh] Abu Hamid al-Isfirayini: kedua-duanya ialah ulama mazhab al-Shafi'i. Maka, mazhab mempunyai dua pendapat tentang isu ini antara haram dengan makruh. Cukuplah ia sebagai faktor kita menjauhinya tanpa sebab mendesak. Ambil makanan bersih.
1
55
240
@HEAdamIII
ʾAdam
2 years
Jangan gurau "nak guna hantu raya", dll yang semisal dengannya. Pertama; ia berkaitan dengan isu akidah. Penyeruan & penggunaan makhluk halus bakal memudaratkan akidah. Kedua; takkanlah masalah alam sendiri, sendiri tak boleh settle. Jangan libatkan alam lain. Porak peranda.
2
80
230
@HEAdamIII
ʾAdam
3 years
Imam mazhab kita, Imam al-Shafii menjelaskan akidah beliau, أنّ الله على عرشه في سمائه يقرب من خلقه كيف شاء “Allah itu di atas Arasy-Nya, di atas langit. Dia Maha Dekat dengan makhluk-Nya, dengan cara-Nya yang Dia hendaki.” –Kitab al-‘Arsh oleh Imam al-Dhahabi, 2/227
3
84
237
@HEAdamIII
ʾAdam
1 year
orang yang makin belajar, makin lama makin lapang dada dan rahmat sesama umat Islam, makin rendah hati dan sentiasa tohmah kemampuan diri
0
64
230
@HEAdamIII
ʾAdam
2 years
Serahkan keputusan tentang rukyatul hilal, tarikh raya; kepada pihak berautoriti, ulil-amri. Tidak perlu cetus kontroversi.
0
50
224
@HEAdamIII
ʾAdam
2 years
ketika lahir, sunnah untuk ibu–bapa menganjurkan majlis akikah tanda kesyukuran. ketika meninggal dunia, tidak dianjurkan apa-apa majlis, bahkan dianjurkan sabar dan menyembunyikan kesedihan dengan secebis keteguhan. pada ini terdapat dalil, kata Imam al-Suyuti.
1
63
223
@HEAdamIII
ʾAdam
10 months
Dr. Rozaimi Ramle حَفِظَهُ اللهُ, ilmuwan Hadith tanah air. Beliau turut mendalami bidang Fiqh, beliau salah seorang Ahli Majlis Jawatankuasa Fatwa Perlis. Meski kami banyak berbeza pendapat dan menyelisihi beliau, ada ketika agak dingin, – namun beliau tetap saya hormati.
Tweet media one
6
56
217
@HEAdamIII
ʾAdam
11 months
Kelawar dan Bumi al-Aqsa 🦇🕌 Kita dilarang bunuh kelawar | الخفاش. Mengapa? kerana Kelawar adalah haiwan yang ada keinginan hendak mempertahankan Baitulmuqaddis dan membenci penjajahnya! 🧵 [bebenang ilmiah]
Tweet media one
1
106
218