RIZAL.IE Profile Banner
RIZAL.IE Profile
RIZAL.IE

@iamhasrizal

26,049
Followers
626
Following
1,913
Media
4,717
Statuses

Author | Educator | Entrepreneur

Ireland
Joined January 2020
Don't wanna be here? Send us removal request.
@iamhasrizal
RIZAL.IE
3 years
Ireland kekurangan doktor. Jika mohon pekerjaan pasti dapat. Urusan kerajaan mudahkan sebab medic di bawah critical skills scheme. Boleh bawa dependants, stamp 4 (pr) dan seterusnya. Contact direct hospital yang dihajatkan pun boleh. Langkah awal: daftar Irish Medical Council.
106
8K
14K
@iamhasrizal
RIZAL.IE
2 years
Kritikan terhadap silibus matematik murid tahun 1, dan subjek-subjek lain bukan cakap kosong. Kandungannya seolah-olah membutakan mata daripada perkembangan kognitif dan psikososial kanak-kanak. Walhal mustahil kurikulum dibangunkan dalam keadaan jahil akan semua itu.
Tweet media one
136
9K
12K
@iamhasrizal
RIZAL.IE
3 years
Dihina, dinafikan hak, diseksa, adalah pengalaman Irish di bawah kezaliman Inggeris, menjadi latar belakang mengapa negara Ireland ini pro Palestin. Juga naluri kemanusiaan yang bencikan kezaliman.
26
4K
8K
@iamhasrizal
RIZAL.IE
2 years
Anak yang buat kerja rumah, membantu perkembangan diri mereka sendiri. Apabila anak mengeluh kata kawannya tidak perlu pun mengemas meja dan basuh pinggan, jangan biarkan keluhan itu menyebabkan kita berbelah bagi bahawa kita sedang mengibubapakan mereka secara yang sepatutnya.
Tweet media one
17
4K
7K
@iamhasrizal
RIZAL.IE
3 years
Jika rasa sombong, keluarlah dari rumah dan pandang ke langit. Siapakah diri ini di alam yang maha luas untuk berasa begitu berkelebihan. Kita hanya hamba-Nya.
Tweet media one
6
3K
7K
@iamhasrizal
RIZAL.IE
3 years
Bagaimana membaca buku boleh mengurangkan kelantangan kita berdebat sebelum faham apa-apa? Membaca memaksa kita diam dan ‘mendengar’. Jangan jawab. ‘Dengar sampai habis’. Yang kurang membaca akan cepat membebel kosong kerana terbiasa hidup lebih banyak mulut berbanding telinga
12
4K
7K
@iamhasrizal
RIZAL.IE
2 years
Semasa membawa rombongan pelawat Malaysia melawat sekolah Finnish, guru Finnish selalu kehairanan apabila pelawat Malaysia tanya macam mana KBAT dibuat di sekolah Finnish. “High order thinking skills itu apa?” mereka tanya semula. Puas pula pelawat Malaysia hendak terangkan.
21
3K
6K
@iamhasrizal
RIZAL.IE
2 years
Kak @FadhlinaSiddiq ni garang. Beliau tidak garang kepada kanak-kanak. Tak percaya tanya anak-anak beliau. Tetapi beliau garang kepada orang dewasa yang degil, tak dengar cakap, merepek, berdebat tanpa hujah... ini semua calon mangsa kegarangan beliau.
@bernamadotcom
BERNAMA
2 years
@FadhlinaSiddiq terajui Kementerian Pendidikan
Tweet media one
24
334
703
23
2K
6K
@iamhasrizal
RIZAL.IE
4 years
Selagi anak-anak boleh dielakkan memiliki telefon sendiri, elakkanlah. Anak yang menyertai dunia global digital, akan menjadi ‘orang luar’ di dalam keluarganya sendiri dengan bahasa dan budaya import yang dibawa.
7
2K
5K
@iamhasrizal
RIZAL.IE
3 years
Terkenang penderitaan hidup semasa duduk di Finland. Rumah celah hutan, pokok rimba banat hanya mampu berqana'ah dengan capaian internet percuma 100mbps
@cheguthamrin
cheguthamrin
3 years
Good morning Malaysia.
Tweet media one
444
12K
15K
27
3K
5K
@iamhasrizal
RIZAL.IE
3 years
Santunilah anak-anak semasa mereka kecil sebab apabila mereka remaja, kita perlukan kenangan-kenangan itu untuk menelan kepahitan keremajaan mereka yang amat mencabar.
7
2K
5K
@iamhasrizal
RIZAL.IE
1 year
Media sosial ini kalau tengok, tengok sahaja. Jangan sekali-kali kenapalah aku tak macam dia, kenapa bini aku tak macam itu, kenapa laki aku tak macam ini, untunglah anak dia tak macam anak aku, kalaulah hidup aku macam hidup dia, seronoknya kalau rumah dia itu rumah aku… Semua
Tweet media one
14
4K
4K
@iamhasrizal
RIZAL.IE
3 years
Sopan bukan skema, nerd, bajet bagus atau berpura-pura tidak menjadi diri sendiri. Sopan adalah pilihan secara sedar hasil peringatan Rasulullah saw bahawa mulut banyak menghantar manusia ke Neraka. 2021, Akhirat masih benar. Hujung kita semua. Pilihlah yang berkesudahan baik.
Tweet media one
2
2K
4K
@iamhasrizal
RIZAL.IE
4 years
Tiada budak yang jahat tak bersebab. Murid nakal dalam kebanyakan keadaan adalah simptom kepada pelbagai kegagalan yang telah berlaku di rumah, kejiranan dan masyarakat. Sebab itu tiada 'quick fix' kepada masalah disiplin termasuk merotan dan menggertak murid.
7
1K
4K
@iamhasrizal
RIZAL.IE
3 years
Memaksa anak-anak tidur on time dengan kawalan peranti, lampu, akses wifi rumah, adalah supaya anak-anak manusia tidak bertukar menjadi setan. Sleep deprived merosakkan apa jua kualiti pendidikan dan keibubapaan. Kalau degil juga, tanggung aja sendiri akibatnya.
8
2K
4K
@iamhasrizal
RIZAL.IE
4 years
Keindahan perkahwinan bukan pada kesempurnaan tanpa masalah, tetapi pada menjadikan masalah peluang belajar memperbaiki diri. Jika sukakan kesempurnaan, berkahwinlah dengan novel cinta. Jika suka belajar, tabahkan hati mengurus rumahtangga hingga cangkul dan tanah memisahkan kita
2
3K
4K
@iamhasrizal
RIZAL.IE
3 years
Be careful how we speak to our children / students, for that easily becomes their inner voice.
2
2K
4K
@iamhasrizal
RIZAL.IE
2 years
Since my student days in Jordan in the early 1990s, they’re doing this every Ramadan.
@KreaseChan
kristyan benedict
2 years
1K
24K
35K
7
3K
3K
@iamhasrizal
RIZAL.IE
4 years
Kecil-kecil dahulu, kalau emak suruh ke kedai belikan bawang, bangga sungguh rasanya kalau berjaya pilih bawang yang elok dan bila balik emak puji kata bawang cantik. Mudah hidup zaman itu. Dapat perhatian emak ayah pun sudah cukup menggembirakan. Tidak perlu ‘impress’ kawan
Tweet media one
9
1K
3K
@iamhasrizal
RIZAL.IE
3 years
Yahudi berjaya meyahudikan anak mereka. Nasrani berjaya menasranikan anak mereka. Berjayakah kita memuslimkan anak-anak kita? Saya masih bertarung dan ia amat perit.
Tweet media one
11
1K
3K
@iamhasrizal
RIZAL.IE
4 years
Baru-baru ini, semasa saya pening kepala mengadap isu kontroversi di tanahair, saya didatangi remaja Finnish. Beliau meminta izin bertemu di rumah, kerana ingin belajar tentang Islam. Di usia baru belasan tahun, ideanya tentang agama, Tuhan dan kehidupan amat baik.
Tweet media one
5
2K
3K
@iamhasrizal
RIZAL.IE
10 months
Mengapa Ireland memberikan sokongan yang begitu ketara kepada perjuangan di Palestin? Jawapan kepada isu ini merujuk kepada beberapa faktor sejarah dan perkembangan semasa. Irish Republican pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20 melihat gerakan Zionism sebagai selari dan
7
2K
3K
@iamhasrizal
RIZAL.IE
3 years
Kalau pun tarawih tak banyak rakaat atau baca Quran tak banyak mukasurat, setiap kebaikan tetap kebaikan dan setiap penambahbaikan tetap hidayah-Nya. Jangan bertanding dengan orang lain, tetapi bertandinglah dengan diri sendiri, kerana semua yang kita lakukan, adalah kerana-Nya
Tweet media one
2
2K
3K
@iamhasrizal
RIZAL.IE
3 years
Menyuarakan sesuatu dengan nada menyindir kemudian diikuti dengan ketawa kecil, sering membuatkan penyindir berasa bijak. Sedangkan itulah yang diamarankan ulama berkaitan sukhriyyah (kecelaan sarcasm). Ia menjadikan kita dungu dan sombong tanpa kita sendiri menyedarinya.
4
1K
3K
@iamhasrizal
RIZAL.IE
8 months
Nasihat jujur ayah kepada anak lelaki ialah, selagi belum pandai buat duit, jana pendapatan, dan urus kewangan, jangan berkahwin. Semua kelebihan lain akan tergantung di awangan, jika seorang lelaki itu dalam rumahtangga dan keluarganya gagal bab duit.
4
1K
2K
@iamhasrizal
RIZAL.IE
2 years
Kebanyakan benda negatif yang melintasi newsfeed saya juga melintasi newsfeed kebanyakan anda. Saya pilih untuk tidak like, retweet atau sebut, agar semua benda negatif itu mati di hujung jari saya. Jika dapat ubah, ubahlah ia. Jika tidak mampu, matikan sebarannya di jari kita.
13
1K
2K
@iamhasrizal
RIZAL.IE
4 years
Sudah lama kita ingat mengingatkan bahawa yang haram bukan hanya anjing, babi dan sembelihan menyalahi syara’. Menipu juga haram. Rasuah juga haram.
Tweet media one
19
823
2K
@iamhasrizal
RIZAL.IE
4 years
Today's reality allows teenagers to think they are free to fall in love at any time they want. In our house, my rule is children need to learn to take responsibility before anything else. 1/8
Tweet media one
5
1K
2K
@iamhasrizal
RIZAL.IE
3 years
Kata Ibn Khaldun, kebiasaan sesebuah masyarakat mendidik kanak2 dgn kekerasan menghasilkan dewasa yg merosot kemanusiaannya. Pemalas, tidak jujur, bergantung kpd orang lain, takut bercakap benar dan membela kebenaran, dan pelbagai karakter yg menyumbang kepada penyakit sosial.
Tweet media one
5
2K
2K
@iamhasrizal
RIZAL.IE
2 years
Saya tidak tahu bagaimana hendak ‘make sense’ dengan kes penyeksaan Bella. Membacanya dalam diam, hanya mengingatkan saya kepada petikan kata-kata Rosenthal bahawa sikap kita terhadap kanak-kanak adalah cermin sebenar wajah kita sebagai sebuah masyarakat.
Tweet media one
5
910
2K
@iamhasrizal
RIZAL.IE
4 years
Mula-mula ternampak isu MCMC, tergelak besar. Kemudian segera terdiam. Bagaimanalah nasib sebuah negara yang berbohong menjadi institutional? Innā lillāh...
9
693
2K
@iamhasrizal
RIZAL.IE
3 years
Oleh kerana banyak tengok filem dan drama yang menunjukkan mati itu macam mudah sangat, kita mungkin terlupa bahawa mati itu amat menyakitkan. Tembak, mati. Sakit, mati. Kelar tangan, mati. Semudah itukah mati?
3
893
2K
@iamhasrizal
RIZAL.IE
1 year
Rasanya, Kağıttan Hayatlar (Paper Lives) ini adalah filem paling sedih yang saya tonton semasa ini. Lorong-lorong yang Mehmet dan Ali diami itu adalah kawasan yang saya takut melaluinya di hari-hari saya mengelamun sendirian di Istanbul. Kehidupan di situ payah, dan penuh
Tweet media one
6
500
2K
@iamhasrizal
RIZAL.IE
4 years
When phone is only for 3 hours even during school holiday, reading gradually turned into a habit. Less anxiety, more smile and even vocabularies.
Tweet media one
6
448
2K
@iamhasrizal
RIZAL.IE
4 years
Ibn Abbas r.a: ولا تُمارِ حليمًا ولا سفيهًا ، فإنَّ الحليمَ يُقليك ، وإنَّ السَّفيهَ يُؤذيك Jangan berdebat, sama ada dengan orang yang bersopan, mahu pun dengan orang bodoh. Perdebatan menyebabkan orang bersopan tidak berkenan denganmu, manakala orang bodoh akan menyakitimu.
3
984
2K
@iamhasrizal
RIZAL.IE
2 years
Menjaga bahasa bukan mudah. Dalam jiwa, kita mengamuk, marah, menyumpah seranah, mengesan kebodohan melampau seseorang sepantas kilat. Tetapi iman kepada Tuhan yang menapis, agar yang keluar hanya benda baik. Baik bukan lemah atau lembik. Baik sebab selari perintah Tuhan.
2
1K
2K
@iamhasrizal
RIZAL.IE
2 years
Silibus tahap sebegini, membunuh motivasi murid belajar. Penjelasannya, sama ada kerana politik, atau kerana penggubalan kandungan adalah berpaksikan kumpulan 20% tertinggi pelajar, bukannya 60% majoriti atau 20% terbawah yang berdepan dengan pelbagai cabaran pembelajaran.
2
422
2K
@iamhasrizal
RIZAL.IE
3 years
PALESTIN DAN KITA: ANTARA ILUSI DAN REALITI Demikianlah satu peraturan hidup ini, bahawa antara ilusi dan realiti, kemenangan sentiasa berpihak kepada realiti, biar sekecil mana pun realiti itu, dan sebesar mana pun sebuah ilusi.
6
952
2K
@iamhasrizal
RIZAL.IE
3 years
Demi kebaikan diri dan semua. Kita bukannya kuat mana pun. Ada sedikit kekuatan berbekalkan iman ini, gunakanlah untuk langkah yang menyelamatkan ini. Insya-Allah.
Tweet media one
8
966
2K
@iamhasrizal
RIZAL.IE
2 years
Ya Allah, pelihara negeri kami dalam kebaikan, perpaduan dan kemakmuran. Jauhkan segala makar dan mudarat daripada semuanya. Rapatkan hati yang terbelah dengan Rahmat-Mu, luhurkan jiwa yang resah dengan Belas-Mu, sesungguhnya tiada yang sukar buat-Mu, Tuhan semesta alam. Amin.
Tweet media one
11
437
2K
@iamhasrizal
RIZAL.IE
2 years
Sebab itulah, alumni SBP & MRSM, berhentilah daripada bernostalgia dengan kenangan zaman sekolah dahulu. Setelah berjaya, berjuanglah untuk kesaksamaan kualiti pendidikan untuk SEMUA kanak-kanak di negara kita tanpa mengira bangsa, agama, keturunan malah ekonomi keluarga.
13
966
2K
@iamhasrizal
RIZAL.IE
4 years
Kecelaan komen tergesa-gesa dan impulsif. Pesan Nabi Muhammad s.a.w: التَّأنِّي من اللهِ و العجَلَةُ من الشيطانِ. Bertenang itu daripada Allah. Tergesa-gesa itu dari Syaitan. Fikir dahulu sebelum menulis. Ada ketakwaan pada butang PAUSE.
0
714
2K
@iamhasrizal
RIZAL.IE
4 years
Berhati-hati menulis hal rumahtangga sendiri di zaman trend orang confess sana sini hal kisah rumahtangga. Menjaja keburukan pasangan boleh jadi ke lembah dosa besar yang amat dimurkai Allah. Jika tidak past dengan sempadan, tidak menulis lebih selamat. Diam itu Allah Tahu.
2
815
1K
@iamhasrizal
RIZAL.IE
2 years
Saya tidak suka dengan cancel culture. Apabila jumpa seseorang buat sesuatu yang kita tidak berkenan, kita mahu bertindak berlebih-lebihan untuk memusnahkannya. Ia menyemai kita menjadi individu sombong seolah-olah kita bukan manusia yang tidak akan terjerumus buat silap.
7
608
1K
@iamhasrizal
RIZAL.IE
2 years
Kemerosotan jumlah pelajar lelaki di kampus kita tidak kelakar dan bukan bahan ketawa. Sistem pendidikan kita telah menggagalkan potensi murid lelaki kerana rekabentuk dan falsafahnya yang tidak mesra fitrah kanak-kanak lelaki; biologi mereka.
7
660
1K
@iamhasrizal
RIZAL.IE
3 years
Kita tidak harus mengidolakan sesiapa. Tidak sesama kita, malah baginda Rasulullah sallallāh ‘alayhi wa sallam juga kepada kita bukan seorang idola. Allah jadikan untuk kita baginda itu seorang USWAH. USWAH bukan idola.
Tweet media one
6
583
1K
@iamhasrizal
RIZAL.IE
3 years
“Apa yang kita boleh atau patut buat?” Selain bantuan kewangan, doa, kita kena jadi Muslim yang lebih baik, dan jauhkan diri daripada sifat sombong, rasa diri bagus, pandang rendah orang lain, zalim dan menganiaya… mencintai kebenaran dan keadilan…
2
705
1K
@iamhasrizal
RIZAL.IE
3 years
Ramai orang ikut ajaran sesat bukan kerana perang rasional, tetapi kerana gelora emosional. Sebab itu tidak kiralah semengarut mana pun ajaran sesat, ia tetap berpengikut, termasuk daripada kalangan mereka yang berpendidikan tinggi.
Tweet media one
5
621
1K
@iamhasrizal
RIZAL.IE
1 year
Masalah budaya beragama apabila jadi lebih ‘Islamik’, hilang keceriaan. Bertukar menjadi individu membosankan. Tidak pandai berseronok. Lebih malang, marah pula kalau nampak orang lain sedang gembira. Istilah seperti thiqah (ثقة) dibawa masuk ke dalam bulatan usrah dan tarbiah.
Tweet media one
11
518
1K
@iamhasrizal
RIZAL.IE
2 years
Harapan saya: 1. Ibu bapa, jangan tertekan dengan silibus melampau ini. Lindungi anak-anak dan buat setakat yang mampu dan sesuai sahaja. Utamakan keseronokan belajar, dan kukuhkan asas membaca, menulis dan mengira sahaja.
1
281
1K
@iamhasrizal
RIZAL.IE
2 years
Saya kongsikan silibus matematik murid tahun 1 yang anak kami sendiri ikuti di Finland beberapa tahun lalu untuk perhatian sahabat yang ingin menginsafi ‘terrorism’ yang sedang menyerang anak-anak di Malaysia.
Tweet media one
Tweet media two
Tweet media three
Tweet media four
9
428
1K
@iamhasrizal
RIZAL.IE
10 months
Kita tidak menjadi lebih mulia berbanding orang lain hanya kerana kita peduli kepada isu Palestin. Peduli atau tidak adalah ujian ke atas keikhlasan dan keimanan kita kepada Allah. Tidak mungkin kita boleh mengajak orang mengambil berat soal Palestin dengan menyindir mereka,
10
896
1K
@iamhasrizal
RIZAL.IE
2 years
Semasa mesyuarat jawatankuasa kajian dasar pendidikan negara dulu, saya sebut dalam salah satu mesyuarat, “cubalah bayangkan di tengah bilik mesyurat ini, ada budak kecil. Berapa ratus subjek kita nak sumbat ke dia? Dia nak rehat, nak main, nak balik kampung, nak jadi budak!”
Tweet media one
12
493
1K
@iamhasrizal
RIZAL.IE
4 years
Bukan semua yang menghunus senjata itu ganas atau pengganas. Kebaikan mampu menumpaskan kejahatan. Akhirnya yang paling banyak menghantar manusia ke Neraka adalah kemaluan dan mulut (perkataan yang keji)
@cctvidiots
CCTV IDIOTS
4 years
Old video but what a message it leaves with us 💙
107
6K
16K
1
774
1K
@iamhasrizal
RIZAL.IE
2 years
Lebih malang apabila negara tidak mengambil berat soal equality antara sekolah demi hak belajar semua murid. Maka aplikasi KBAT yang salah membesarkan jurang antara yang cemerlang dengan yang ketinggalan. Cemerlang dijulang. Lemah, lantak kamu. Berubahlah! Demi anak-anak semua
5
425
1K
@iamhasrizal
RIZAL.IE
4 years
Sementara belum kahwin atau baru kahwin, hadam elok-elok benda ni. Dan berdoa banyak-banyak agar menjadi abah dan menjadi suami itu harmoni.
@akif_basri
Akif Basri
4 years
10 Fakta tentang Pengaruh Bapa terhadap Anak: Perspektif Psikologi 1. Kajian menunjukkan anak yang ada bapa yang lebih rapat dengannya sewaktu kecil menunjukkan kurang tantrum, kurang masalah disiplin dan lebih popular dan disukai di sekolah.
113
12K
16K
2
695
1K
@iamhasrizal
RIZAL.IE
3 years
Merdeka! I 🥰 🇲🇾
Tweet media one
2
95
1K
@iamhasrizal
RIZAL.IE
2 years
Siapa yang buka jalan menuntut ilmu, Allah mudahkan dengannya jalan menuju Syurga.
@BorneoKomrad
#PandangKeSabah ★
2 years
Sekolah Pemulihan Gam. Diuruskan sepenuhnya oleh Kesatuan Pelajar Sekolah Alternatif dari Sekolah Alternatif Semporna. Laungkan dan buktikan bahawa— Pendidikan Alat Perubahan Bangsa! #BorneoKomrad #SekolahAlternatif
64
6K
10K
2
354
1K
@iamhasrizal
RIZAL.IE
3 years
Pembatas saya banyak berpendapat ialah peringatan Nabi sallallāh ‘alayhi wa sallam bahawa apabila melihat kemungkaran, reaksi kita bukan “mencegahnya”, tetapi “MENGUBAHNYA” (فليغيره). Tindakan kita perlu ada elemen yang boleh mengubah. Ia standard yang tinggi. Perlu praktikal.
0
376
1K
@iamhasrizal
RIZAL.IE
3 years
Harapan saya daripada pemansuhan UPSR ialah berubahnya budaya pedagogi di sekolah dan berlaku anjakan dalam memahami pendidikan. Masih ramai yang tidak peduli perubahan dunia pekerjaan masa kini dan akan datang serta impaknya kepada bentuk pendidikan yang ditawarkan hari ini.
Tweet media one
3
478
1K
@iamhasrizal
RIZAL.IE
3 years
Adakalanya saya rasa baiklah anggota masyarakat kita apabila berkumpul mereka bersembang kosong, daripada berkumpul kemudian saling sesat menyesatkan dengan 'ilmu' yang bukan-bukan. Semasa sembang kosong, sekurang-kurangnya mereka saling gembira menggembirakan, tanpa 'racun'.
5
352
1K
@iamhasrizal
RIZAL.IE
3 years
Walaupun ramai orang mengaji agama, masjid banyak, kitab berlambak, semangat beragama tinggi, pejuang agama ramai, yang hilang adalah rahmat-Nya. Rahmat itu sumber ketenangan.
3
410
1K
@iamhasrizal
RIZAL.IE
3 years
Bersedia menjadi suami, bapa, isteri dan ibu, bukan merujuk kepada sudah habis belajar dan ada pekerjaan. Tetapi bolehkah dipastikan mengurus pasangan lebih mudah berbanding menguruskan anak, dan sejauh mana bijak lagi matang mengendalikan semua jenis tekanan dari dalam dan luar
2
525
1K
@iamhasrizal
RIZAL.IE
4 years
Mula-mula nak rasa risau fikir orang Malaysia ni tak penat ke hari-hari ada sahaja isu baharu yang mengontangkan tangki emosi. Tapi apabila fikir semula, semua dah dewasa dan berpendidikan belaka. Hidup adalah ujian membuat pilihan. Pilihlah yang bermanfaat, selamat dan rahmat.
0
411
1K
@iamhasrizal
RIZAL.IE
2 years
Banyak kekesalan yang boleh muncul dalam kehidupan di fasa kemudian jika semasa muda kita angkuh menolak nasihat orang, bahawa sebelum berusia sekitar 40 tahun, kita masih ada banyak 'blindspot' dalam menanggap kehidupan ini.
Tweet media one
1
442
1K
@iamhasrizal
RIZAL.IE
3 years
Feminist, environmentalist, Islamist, apa jua perjuangan, syaratnya adalah hati mulia, ilmu di dada, cekal berusaha. Kalau hanya lantang menyerang bersuara jalang, ideologi itu hanya tunggangan memuaskan ego diri.
0
360
1K
@iamhasrizal
RIZAL.IE
2 years
Bagi Finland, semua pembelajaran di sekolah memang sepatutnya KBAT. Maka istilah KBAT tidak diperlukan. Tetapi KBAT, ialah bantu murid belajar dengan mendalam mengikut tahap umur. Bukan lambakkan macam-macam atau desak murid muda belajar bahan murid tua.
1
304
1K
@iamhasrizal
RIZAL.IE
3 years
Datangkanlah apa jua bentuk pentaksiran, bukti utama kegagalan sebuah pendidikan adalah rendahnya akhlak dan karakter diri. Serangan netizen Malaysia ke atas atlet paralimpik Ukraine mencemar maruah kita.
Tweet media one
0
544
1K
@iamhasrizal
RIZAL.IE
4 years
Apabila Malik bin al-Huwairith hilang fokus, teringat keluarga, gurunya bernama Muhammad tidak membaling apa-apa kepadanya supaya kembali fokus. Muhammad tidak mentertawakan Malik kerana ‘hati tisu’ baru 20 malam sudah teringatkan keluarga. Muhammad tanya khabar, Malik cerita.
Tweet media one
2
308
1K
@iamhasrizal
RIZAL.IE
3 years
Jalan belakang ke sekolah anak.
Tweet media one
7
77
1K
@iamhasrizal
RIZAL.IE
3 years
Aqidah ada pelbagai manhaj. Fekah ada macam-macam mazhab. Tetapi Akhlak hanya ada satu akhlak. Akhlak mahmudah, merentas semua kelompok, aliran, dan mazhab. Tanpa akhlak yang baik, ia seumpama pohon yang gagal berbuah.
Tweet media one
1
429
956
@iamhasrizal
RIZAL.IE
2 years
Keretakan hidup banyak berlaku kepada kanak-kanak kita. Ramai anak muda yang ketika hendak berkahwin, mereka adalah ‘broken adults’ dgn pelbagai ‘beban silam’. Bersediakah kita membuka paradigma berkahwin untuk bantu membantu, berbanding berkahwin kerana ‘kesempurnaan pasangan’
3
413
949
@iamhasrizal
RIZAL.IE
2 years
Bahasa kesat seseorang bukan untuk kita kental mendepaninya. Kita boleh kental untuk ujian-ujian kehidupan yang lain. Bahasa kesat adalah salah satu daripada dua perkara yang paling banyak menghantar manusia ke Neraka.
Tweet media one
1
500
947
@iamhasrizal
RIZAL.IE
4 years
Kita tidak marah sesiapa hanya kerana dirinya tidak tahu. Kita semua lahir sebagai manusia yang tidak tahu. Tetapi lebih laju memberitahu berbanding belajar dan mengambil tahu, ia sikap yang dicela Tuhan dan menyumbang kerosakan sesama insan. Jahil ialah peluang belajar. Cukup.
4
322
945
@iamhasrizal
RIZAL.IE
2 years
Menolak ‘cancel culture’ bukan lembik, naif, kolot, jauh sekali menyetujui kejahatan. Tuhan kata kebaikan dan kejahatan tidak sama. Dia juga janji hanya balas jahat dengan something better, boleh tukar musuh jadi kawan. Ia memang berat, kecuali orang yang sabar dan beruntung
Tweet media one
5
386
943
@iamhasrizal
RIZAL.IE
3 years
Saya pilih foto ini sebab ia tidak melindungi saya yang overweight, boroi dan keletihan. Sebab buku ini adalah diari yang telus. Ia tidak mencatat yang baik-baik sahaja. Turut bersama adalah kesedihan dan kekecewaan, terutamanya semasa anak meningkat remaja dan berubah tatasusila
Tweet media one
10
161
938
@iamhasrizal
RIZAL.IE
1 year
Imam Birgivi rahimahullah (meninggal dunia 1573M / 981H) di dalam karya terakhirnya, al-Ṭarīqah al-Muḥammadiyyah, menegur sikap ilmuan yang semasa mengajar di masjid, mereka mengajar dengan nada marah-marah, meninggikan suara, menakut-nakutkan hadirin dan mengecam mereka dengan
Tweet media one
5
492
946
@iamhasrizal
RIZAL.IE
4 years
Akhlak sahabat Nabi ص apabila mendengar ayat al-Quran, mereka fikir ayat itu ditujukan kepada diri mereka sendiri. Kita harus belajar apabila membaca nasihat dan teguran, fikir dan risaukan diri sendiri, bukan si dia, mereka, puak tu, ada sesetengah orang dan lain-lain entiti
0
292
936
@iamhasrizal
RIZAL.IE
3 years
Sebulan Ramadan, kawal makan minum, kawal marah, kawal lisan, kawal nafsu, kawal maki hamun, kawal mengumpat, mencarut dan mencela, moga kawalan itu bermaksud menundukkan, bukan meng’empang’ yang 1 Syawwal bak empangan membuka pintu melepaskan tekanan.
Tweet media one
3
356
920
@iamhasrizal
RIZAL.IE
3 years
Semasa membaca, keutamaan adalah pada memanfaatkan isinya. Tidak perlu menjadi ‘peminat’ kepada penulis kerana sebagai pembaca, kita perlu bebas membuat pertimbangan antara baik dan buruk. “Saya peminat tuan, tapi sekarang saya kecewa apabila tuan begini dan begitu” 🔚😑
5
258
896
@iamhasrizal
RIZAL.IE
4 years
Sukar sekali hendak menyingkap mentaliti pembuli yang tertanam di dalam masyarakat kita. Mentaliti pembuli itu tidak berempati dengan sekeliling hingga tragedi pun hendak dijadikan bahan jenaka.
@health_malaysia
Public Health Malaysia
4 years
Sampai hati editor bahagian Kosmorama menyiarkan komik satira sebegini bagi mengulas mengenai isi Kes Pelajar Bunuh Diri Meningkat. Isu bunuh diri dikalangan pelajar bukan isu lucu dan jenaka. Setiap 40 saat, 1 nyawa hilang akibat bunuh diri dan bunuh..
Tweet media one
7
956
860
4
642
885
@iamhasrizal
RIZAL.IE
1 year
Kita boleh berbeza pendapat tetapi kita tidak ada alasan untuk berbeza akhlak dan budi bahasa. Lima tahun sekali kita ubah kerajaan. Lima kali sehari kita jangan lupa ubah diri sendiri.
Tweet media one
6
341
883
@iamhasrizal
RIZAL.IE
3 years
Guru al-Quran kami semenjak hampir 30 tahun yang lalu. Sahabat yang membaca buku saya pasti selalu bertemu namanya. Sheikh Solah Abd al-Fattah al-Khalidi, kelahiran Palestin (1947) telah kembali ke rahmatullah lewat Jumaat 28 Januari 2022. Catatan 2012:
Tweet media one
9
272
864
@iamhasrizal
RIZAL.IE
3 years
Beruntung setiap insan yang apabila tambah ilmu, tambah umur, tambah pandai, tambah harta, yang turut bertambah adalah akhlak budi bahasanya. Rugi serugi-ruginya apabila dilimpahi pelbagai nikmat kurniaan, ia tidak mencambah kebaikan dan budi pekerti yang tinggi.
0
374
873
@iamhasrizal
RIZAL.IE
3 years
Kalau disaring semua faktor yang saya bimbang memikirkan generasi anak-anak bila masuk bab kahwin, benda paling risau ialah ego diri dan ‘self-centeredness’. Benda ni sangat beracun untuk bina hidup berumahtangga dan berkeluarga. Tapi, it’s ok. Pandai-pandailah kalian.
1
310
863
@iamhasrizal
RIZAL.IE
3 years
Sahabat yang advocate kesedaran mengenai masalah mental di kalangan anak remaja perlu meminjamkan sebahagian empati kepada ibu bapa remaja berkenaan. Bukan mudah hendak menghadapinya. Selain ribut taufan domestik, ibu bapa juga mudah dilabel tidak supportive, malah punca masalah
1
246
844
@iamhasrizal
RIZAL.IE
2 years
Tekanan keputusan lemah PISA dan TIMSS mendesak Malaysia memperkenalkan KBAT. Malangnya, ia diperkenalkan secara salah, merosakkan murid, dan dapatan kajian juga memperlihatkan guru, budaya di bilik darjah dan sekolah (juga rumah), tidak bersedia untuk KBAT.
8
216
835
@iamhasrizal
RIZAL.IE
4 years
Is there a stigma in our Muslim society thinking that speakers and authors creating content in English are better than those who speak and write in Malay, hence deserve better treatment? What do English speaking Malays think of Buya Hamka and Ust Sonhadji?
5
194
825
@iamhasrizal
RIZAL.IE
1 year
Jika malam ke-27 Ramadan selalu dikaitkan dengan Lailatul Qadar, malam itu juga selalunya kita bertemu dengan surah al-Najm andai kita membaca satu juzuk sehari. Ketika membaca surah al-Najm di dalam tarawih, kisah Mi’raj Nabi Muhammad ﷺ menjadi kisah yang ufuknya paling jauh
Tweet media one
6
257
828
@iamhasrizal
RIZAL.IE
2 years
2023: Sibukkan diri dengan ILMU, bukan dengan ISU. Hanya dengan ilmu, masalah beroleh solusi.
Tweet media one
1
273
819
@iamhasrizal
RIZAL.IE
8 months
Lanjutan hal ini, pasangan yang hendak berkahwin, jangan ketepikan komponen sekufu berkaitan kewangan semasa dan prospek masa hadapan, digantikan dengan elemen ‘sefikrah’, ‘faham memahami’ dll yang berbentuk ‘conceptual’. Ia tidak konsisten dan manusia berubah-ubah merentas usia.
@iamhasrizal
RIZAL.IE
8 months
Nasihat jujur ayah kepada anak lelaki ialah, selagi belum pandai buat duit, jana pendapatan, dan urus kewangan, jangan berkahwin. Semua kelebihan lain akan tergantung di awangan, jika seorang lelaki itu dalam rumahtangga dan keluarganya gagal bab duit.
4
1K
2K
2
390
801
@iamhasrizal
RIZAL.IE
3 years
Bersetuju dan tidak bersetuju dengan apa yang dibaca adalah ruang kita mendewasakan diri dan kematangan berfikir. Jika ingin pergi lebih jauh, semak kembali apa yang tidak dipersetujui, adakah kerana sesuatu yang fundamental, atau kita belum dapat menghayati perspektif penulis.
1
350
787
@iamhasrizal
RIZAL.IE
4 years
Buku ialah kertas. Yang membezakannya dengan kertas-kertas yang lain ialah di dalam buku ada ilmu dan maklumat bermanfaat. Baca buku untuk ambil manfaat. Tidak perlu bercinta dengan buku sebab buku hanya kertas.
1
261
776
@iamhasrizal
RIZAL.IE
3 years
Sebagaimana jadilah insan yang beragama tanpa semestinya menjadi agamawan, jadilah insan yang berfikir tanpa semestinya jadi pemikir.
1
311
778
@iamhasrizal
RIZAL.IE
1 year
Boarding School Syndrome bukan kategori perubatan. Ia merupakan usul kepada wujudnya sekumpulan tingkah laku dan keadaan emosi yang terbentuk ekoran pengalaman hidup di sekolah berasrama. Ia juga tidak bermaksud untuk mempatologikan semua bekas murid sekolah berasrama. Tujuan
Tweet media one
3
500
786
@iamhasrizal
RIZAL.IE
1 year
Pelangi itu Tuhan yang punya.
Tweet media one
0
130
769
@iamhasrizal
RIZAL.IE
4 years
Students don't care how much you know until they know how much you care.
1
168
766
@iamhasrizal
RIZAL.IE
2 years
Kemiskinan Pembelajaran dan Ketidakadilan Kualiti Pendidikan. Kemiskinan pembelajaran merujuk kepada keadaan kanak-kanak pada usia 10 tahun, tidak boleh membaca dan memahami teks yang mudah.
4
552
766
@iamhasrizal
RIZAL.IE
4 years
Kali pertama artikel ini ditulis lama dahulu, ia menerima kecaman dan disalah faham. Tetapi semakin lama, keadaan semakin jelas. Bertambah relevannya artikel ini pada hari ini bukanlah sesuatu yang menggembirakan kita. via @hasrizal2020
7
356
751
@iamhasrizal
RIZAL.IE
2 years
@misshanayu_ Tahu satu bab. Tahu menerangkan is another bab. Semasa cikgu mengajar, ada tiga ilmu bergabung iaitu pedagogical knowledge, pedagogical content knowledge dan content knowledge. Sekadar tahu jisim apa, itu content knowledge. Dua lagi tu, mencabar kemampuan utk menerangkannya.
4
151
756