Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Sukacita dimaklumkan, Pusat Khidmat Masyarakat DUN Taman Templer telah berpindah ke:
Pusat Khidmat Masyarakat DUN Taman Templer
No. 3, Jalan Besar, Taman Selayang Segar,
68100 Batu Caves, Selangor
๐งตโฌ๏ธ
Warkah dari Penjara Sungai Buloh
27 Oktober 1998
Tiada gambar hanya tulisan bermakna buat pembakar semangat juang. Moga kita terus istiqamah di atas jalan kebenaran dan keadilan.
#DSAIPM10
#DemiPertiwi
Setahu saya, Allah SWT menyuruh untuk berlaku adil hatta terhadap musuh yang dibenci.
Banyak usaha negara Eropah membantu mangsa gempa bumi Turkiye.
Mohon Tuan Guru
@abdulhadiawang
lebih berhati-hati sebelum mengeluarkan kenyataan. Jadilah teladan yang baik untuk ahli PAS.
Dua kali saya melihat ayah saya ditangkap di bawah Akta ISA, sekali pada tahun 1998 dan lagi sekali pada 2001. Ini adalah antara sebab dan pembakar saya untuk menjadi aktivis dan menceburi politik.
Terima kasih atas doa dan restu, ayah
YB
@AzminAli
, YB kalah Parlimen Gombak, tapi masih merupakan ADUN Bukit Antarabangsa.
Saya tak pasti mengapa YB menganggap YB boleh โpauseโ sedangkan gaji sebagai ADUN masih berjalan.
Adakah jawatan โpublic serviceโ sebagai ADUN terlalu remeh pada hemat YB?
Assalamualaikum, Vannakam, Da Jia Hao
Alhamdullilah.
Terima kasih kepada Parti AMANAH Negara dan pimpinan Pakatan Harapan kerana mencalonkan nama saya sebagai calon Pakatan Harapan N15 Taman Templer.
Insya-Allah, saya bersedia untuk menggalas dan melaksanakan tanggungjawab
Ibu saya memakaikan tag calon kepada saya hari ini. Terima kasih ayah dan mama kerana mendoakan dan merestui perjalanan ini. Insya-Allah, kejayaan akan menjadi milik kita.
#Anfaal4TamanTempler
Saya turut kesal kritikan warganet terhadap TikToker pro-PAS tempias hingga mengutuk Muslimah bertudung labuh secara umum.
Saya menyeru
@ameerahmsia
untuk memastikan TikToker Muslimah pro-PAS untuk berhati-hati dengan batas-batas syariah.
Mengkritik boleh, memfitnah jangan.
Perdana Menteri 9 memulakan minggu pertamanya dengan meneruskan polisi
#DuaDarjat
kerajaan yang lepas.
Beria
@DGHisham
kata yang dah lengkap vaksinasi jangan ambil mudah.
Alhamdulillah selesai Istiadat Angkat Sumpah Jawatan EXCO Negeri Selangor.
Terima kasih kerana telah memberikan saya peluang dan kepercayaan untuk menabur bakti kepada seluruh warga Selangor.
Insya-Allah, saya akan berusaha sedaya dan semampu saya untuk berkhidmat dan menebar
Wah!
Baru tahu rupanya dari pejabat saya, 7 minit je jalan kaki sampai Surau Al-Kauthar, Wangsa Melawati, Kelantan.
Semak sebelum sebar YB, dalam video tu kan ada papan tanda tulis โKuala Lumpurโ.
Apapun tahniah warga AU5, keharmonian begini wajar dicontohi!
Sepanjang menjadi ahli majlis saya sendiri dah banyak kali kena.
Masa saya mengandung, ada saja orang mengata, โsempat lagi ek dia mengandung.โ
Bila buat kerja-kerja politik, ada juga yang mengeji, โsibuk macam ni mesti tak layan suami.โ Yang cakap tu wanita pulak tu!
Haihโฆ
Kita hapuskan hukuman mati MANDATORI, bukan hukuman mati.
Maksudnya, hakim diberi kuasa budi bicara untuk beri hukuman mati atau tidak.
Kalau jenayah itu serius, kejam, & dirancang, hakim atas budi bicaranya boleh beri hukuman mati.
Mohon jangan keliru YB.
Kita orang Selangor tak berminat dengan politik identiti - Selangor untuk orang Selangor dsbgnya.
Sebab tu kita terima rakyat Malaysia dari mana saja cari rezeki di sini. Pantai timur, utara, selatan, Sabah & Sarawak, semua kita terima.
Yang penting kompeten, boleh buat kerja.
Terima kasih kepada Dato' Seri
@anwaribrahim
kerana sudi hadir ke Hulu Kelang.
25 tahun perjuangan, akhirnya kita di sini.
Dari ini, 1998: Kepada ini, 2023:
Sewaktu hadir pada program bersama penduduk Rumah Pangsa PKNS AU2, Taman Keramatย semalam, saya mengingatkan masyarakat supaya perlu hubaya dan tidak terikut mahupun terpengaruh dengan drama mencerca dan memaki hamun orang lain sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.
12 Ogos 2023 - MENANG MENANG MENANG! Terima kasih rakyat Taman Templer kerana memberikan saya mandat untuk mengangkat suara Tuan-tuan dan Puan-puan di Dewan Negeri Selangor.
Saya berjanji untuk menjalankan amanah dan hanya berikan yang terbaik buat anda semua.
Kata Azmin, dulu zamannya ada skim yang apabila berlaku kematian, waris akan terima RM2,500 yang kini skim tersebut dah tak ada.
Pelik, nak jadi Menteri Besar tapi tak cakna dasar negeri.
1/2
Saya mengecam komen jelek Saudara
@FaizAizif
dalam sebuah video ke atas Ahli Parlimen Bentong, YB
@youngsyefura
.
Komen tersebut jelas bersifat objektifikasi dan seksualisasi ke atas wanita, yang tidak sepatutnya berlaku sama sekali. 1/n
Setelah mengadakan perbincangan bersama YB
@youngsyefura
, satu laporan polis akan dibuat pada petang ini di IPD Bentong terhadap seorang influencer yang telah melakukan sexist remarks dan harassment terhadap YB Young Syefura di akaun sosial media beliau.
โWhen youโre young, you think your dad is Superman. Then you grow up, and you realize heโs just a regular guy who wears a cape.โ
My forever Superman.
Happy birthday, Ayah โค๏ธ
Bismillah.
Antara proses yang penting untuk seorang calon, semakan borang penamaan calon. Peringatan untuk diri sendiri supaya pastikan semua dokumen dan borang lengkap.
Rabbi yassir wala tu'assir.
Semoga segala proses penamaan calon esok berjalan lancar.
Alhamdulillah, semalam adalah kali pertama saya berjumpa dan berkenalan dengan jentera
@PartiAmanah
Kawasan Selayang.
Saya ingin mengucapkan beribu terima kasih kerana sudi menerima saya untuk menjadi calon dan wakil parti untuk bertanding di DUN Taman Templer.
1/2
PMX TURUN KE HULU KELANG!!
Insya Allah selepas sahaja sampai ke tanah air besok dari vietnam, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri
@anwaribrahim
akan terus turun ke
@n18_huluKelang
menyantuni penduduk.
Ayuh turun beramai-ramai untuk meraikan kehadiran PMX ke Hulu Kelang.
"Anfaal Saari, beliau antara remaja yang ada bersama dan memahami pahit getir perjuangan" - Nurul Izzah
Terima kasih kerana sudi melapangkan masa untuk ke Selayang! Sokongan Puteri Reformasi tentunya memberi suntikan semangat!
Doakan saya
@n_izzah
!
#Anfaal4Templer
Naluri seorang ibu, terus Google makanan apa yang menyebabkan kanser, autoimmune, autisme.
Yelah takut terberi makan anak-anak.
Rupanya setakat ayam insyaAllah ok je. Tak tahulah kalau Dr harap peniaga guna ayam organik?
Semaklah fakta sebelum berucap, buat cuak je.
Berhentilah fitnah tentang peruntukan tidak adil kepada 4 negeri pembangkang (Tโganu, Kelantan, Perlis, Kedah)
Faktanya:
1. Jumlah penduduk 4 negeri = 16.8% penduduk Malaysia.
Peruntukan pembangunan 4 negeri dalam Bajet 2023 = 17.1% jumlah peruntukan pembangunan.
Adil kan?
14 Ogos 2023 - Walkabout dan Edaran Jalur Gemilang di Pasar Selayang Baru.
Alhamdulillah, sempat menyampaikan penghargaan kepada penduduk, serta mendengar aduan berkenaan dengan keadaan pasar.
Insya-Allah, saya akan adakan perbincangan yang lebih lanjut dengan para peniaga
Saya melihat video Pengarah Pilihanraya Perikatan Nasional yang mengumpat adiknya sendiri kerana kagum dengan Anwar Ibrahim dalam sebuah ceramah politik, sehingga menggelar dia sebagai โotak keringโ.
1/n
Oh yeke? Meh lihat contoh.
2021 beliau menentang kewarganegaraan setara kelahiran luar negara. Bila mahkamah benarkan, siap rayu, enggan patuh perintah mahkamah.
2022 tiba-tiba beliau sokong, letak dalam manifesto PN.
Kerajaan MADANI beberapa bulan setel dah. Efisyen.
Isu halal dan haram serta fatwa bukan perkara mainan yang boleh diguraukan.
Mengharamkan sesuatu yang halal serta harus hukumnya ialah amat berat dalam Islam.
Selamat datang PMX ke Taman Templer
Tengah hari tadi saya berpeluang untuk makan tengah hari bersama-sama YAB Perdana Menteri Dato' Seri Anwar Ibrahim di Gerai Sri Dahlia, Bandar Baru Selayang.
1/2
Perbuatan puak LGBT meng-hijack perjuangan wanita ialah sesuatu yang amat biadab.
Ini bukan kali pertama mereka lakukan sedemikian. Hasilnya, ia memberi imej buruk kepada perjuangan wanita!
Jangan ganggu kami!
#WomensMarchMY
7 Ogos 2023 - Tersegan sekejap terima pujian daripada
@DrHarlina
. Terima kasih banyak-banyak.
Benar, kita perlu lebih banyak wanita yang berani, bekerja, dan bawa suara dan isu wanita ke peringkat pembuat polisi.
Saya telah bekerja keras sebagai ahli majlis dulu, dan
Panggilan jelik seperti ini tiada tempat dalam politik. Boleh sahaja "agree to disagree" tanpa menggunakan nama jelik dan membabitkan ahli keluarga.
Jadikan politik sebagai gelanggang untuk perbincangan sihat dan membina, bukan tempat untuk menghina.
Tahniah atas pelantikan sebagai Menteri Besar Selangor, YAB Datoโ Seri
@AmirudinShari
.
Moga Allah bantu YAB untuk menjalankan amanah, serta memakmurkan dan menjaga kebajikan rakyat negeri Selangor.
Moga Allah rahmati Selangor Darul Ehsan.
#KitaSelangor
#MalaysiaMADANI
Marilah sama-sama mendoakan kesembuhan
@MyDSA_official
yang baru sahaja menjalani pembedahan dan masih kritikal.
Semoga Allah menyembuhkanmu secepatnya, dengan kesembuhan yang tiada sakit selepasnya.
Dosa Iblis hingga dibuang daripada syurga ialah takbur. Nauzubillah.
Kerajaan & pembangkang sepatutnya bekerjasama membina negara. Kerajaan buat dasar, pembangkang semak.
Tapi pembangkang terlalu sibuk menjatuhkan kerajaan, perbahasan bajet pun ke laut - gagal jalankan amanah.
Ketika dan saat memenangi kerusi Taman Templer merupakan satu amanah yang harus digalas dengan penuh tanggungjawab, datang pula taklif Exco atau Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor, bertambah rasa berat di bahu ini.
Pun begitu, saya amat hargai kepercayaan yang
10 Ogos 2023 - Alhamdulillah, terima kasih YB Nurul Izzah sempat bersama sama sava walkabout sekitar Selayang Mall. Kenal daripada kecil lagi, membesar bersama sama, jadi agak terharu bila YB Izzah menerima ajakan saya ingin luangkan masa dengan rakyat Taman Templer dalam
Salam sejahtera rakan-rakan Taman Templer,
InsyaAllah, esok saya dan pasukan akan menyerahkan dokumen pencalonan sebagai calon PRN di N15 Taman Templer.
Rakan-rakan yang berkesempatan, jom turun esok pagi di pintu utama Stadium Majlis Perbandaran Selayang. Jumpa esok!
Tahniah buat rakan-rakan sejawat yang baru sahaja selesai mengangkat sumpah sebagai EXCO Negeri Selangor.
Selamat berkhidmat, menebarkan rahmah dan menabur bakti kepada seluruh warga Selangor.
Moga Allah bantu.
#KitaSelangor
#MalaysiaMADANI
Pemerhatian saya, Islam di Selangor-KL ni semakin subur, khasnya masa Ramadan. Makin banyak masjid tarawih 20 dengan imam yang bagus, jemaah pun makin ramai.
Betul tak rakan-rakan?
Cuba tengok bila Mufti Menk dll datang, penuh. Kalau ustaz yang datang mungkin tak lah kot.
Ada yang tanya saya tentang isu Ustaz Wadi Annuar.
Saya suka juga dengar ceramah beliau. Tapi, kalau tak ada tauliah, tak boleh ceramah di Selangor. Kalau sebenarnya ada tauliah, buktikanlah.
Sama macam berniaga tepi jalan tanpa lesen, jangan salahkan kerajaan bila PBT angkut.
29 Julai 2023 - Alhamdulillah Thumma AIhamdulillah! Hari yang dinanti nantikan buat semua calon dan pengundi.
Secara rasminya, saya, Anfaal Saari, akan mewakili Kerajaan Perpaduan untuk DUN Taman Templer, N15. Ingat ya, calon no 2!
Terima kasih buat semua yang sentiasa
Saya mengecam sekeras-kerasnya tindakan Menteri Besar Kedah yang menggodak isu 3R (royalty, race, religion). Beliau telah memperlekeh DYMM Sultan Selangor dengan ungkapan biadab dalam ucapannya pada kempen Perikatan Nasional pada 12 Julai 2023. 1/n
"As a leader, my father has been fighting for human rights, freedom and constituency matters. He left a good impact on the constituency and I hope to continue his work,โ she said.
Read more:
Air Empangan Klang Gate sudah dilepaskan secara berperingkat.
Mohon jangan panik, tetapi terus bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
Cas telefon pintar, powerbank anda. Sediakan pelan tindakan kecemasan.
Moga Allah selamatkan kita.
#DaruratBanjir
Menteri, tidak mudah untuk mangsa gangguan seksual untuk ke hadapan.
Lihat saja respon sebahagian masyarakat yang membuli siber
@ant33ater
ketika beliau tampil menceritakan adegan lawak lucah gurunya.
Tahniah Datuk
@Pandelela_R
atas keberanian!
#rapejokeisnotfunny
31 Julai 2023 - Alhamdulillah, YB
@SanyHamzan
APPROVE ๐ฅ๐ฅ๐ฅ
Hari ni sempat bersarapan bersama dan dihadiahkan video oleh YB kesayangan dengan ucapan yang sangat ringkas, laju dan padat. Terima kasih sekali lagi YB Sany ๐ฅ
#Anfaal4TamanTempler
#Anfaal4Templer
#UndiAnfaalSaari
Melawat Pasar Selayang Baru pagi ini sambil mengedarkan bendera sempena bulan kemerdekaan. Terima kasih pengundi DUN Taman Templer.
Tekad saya untuk beri yang terbaik untuk semua.
#RahmahUntukTempler
Hari ini, saya sempat mendengar aduan peniaga tentang masalah longkang di Medan Selera MPS Bandar Baru Selayang. Aduan akan dimajukan ke pihak berwajib untuk tindakan selanjutnya.
#RahmahUntukTempler
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Alhamdulillah, syukur tidak terhingga atas pelantikan sebagai Exco Pembangunan Wanita & Kebajikan Masyarakat. Insya-Allah, saya bertekad untuk memikul amanah ini sebaik mungkin untuk menebar rahmah kepada seluruh warga Selangor.
Selangor ada inisiatif Skim Insurans Am Selangor (INSAN), yang memberikan insurans hayat percuma kepada semua 6 juta rakyat Selangor berumur 30 hari hingga 80 tahun. Jika mengalami kematian atau hilang keupayaan kekal, mereka layak menerima RM10,000.
Warga Selangor berumur dari 1 bulan ke 80 tahun diberi perlindungan insurans secara percuma oleh Kerajaan Negeri. Daftar Skim Insurans Am Selangor (INSAN) dengan muat turun aplikasi WavPay dan nikmati manfaat skim insurans ini. Hanya di Negeri Selangor.
#KitaSelangor
Begitu pantas masa berlalu. Pejam celik, pejam celik sudah 8 tahun Parti Amanah Negara bertapak. Kalau dikira dengan umur manusia, kami masih lagi di tahun 2 Sekolah Rendah.
Lumrah dalam kehidupan, akan ada pasang surutnya dan turun naiknya.
1/n
PMX datang Ampang!
Semua orang teruja menyambut kehadiran PMX. Alhamdulillah. Pemimpin adil lagi disegani, Pemimpin yang kita doakan membawa kebaikan pada ummah dan negara.
1/2
BN dan PN katanya mahukan kestabilan.
Selagi kita bergelumang dalam politik perkauman macam mana nak stabil? Telur tak cukup salah Cina, ayam tak cukup salah Cina.
Akhirnya mewujudkan kebencian sahaja tanpa solusi.
Semalam saya telah menerima surat watikah daripada Presiden Amanah
@MSabuOfficial
untuk mewakili Pakatan Harapan dan Kerajaan Perpaduan dalam PRN Selangor.
Akan saya galas dan jalankan tanggungjawab ini dengan penuh amanah. Semoga Allah Permudahkan.
Ayuh Taman Templer!
27 Julai 2023 - Alhamdulillah, semalam saya bersama Amanah Selayang menyertai program Jelajah pimpinan UMNO Bahagian Selayang.
Sebelum itu, saya sempat menyantuni penduduk Rawang dalam program Jelajah Madani Pakatan Harapan di Kampung Kenanga.
Bersama sama kita berjuang untuk
Alhamdulillah. Terima kasih yang tidak terhingga buat semua penduduk Taman Templer!
Setinggi-tinggi penghargaan juga buat semua jentera yang berpenat lelah membantu saya sepanjang tempoh berkempen.
Allah sahajalah yang mampu membalas jasa kalian!
Insya-Allah, saya berazam
Saya mengutuk sekerasnya dengan kenyataan gangguan seksual yang ditujukan kepada YB Teresa Kok oleh Ahli Parlimen Perikatan Nasional dari Langkawi.
Tingkah laku sedemikian adalah tidak dapat diterima dan bertentangan dengan prinsip kesopanan dan kesusilaan rukun negara yang...
SUKARELAWAN PILIHAN RAYA DIPERLUKAN!
Team Hulu Kelang kini mencari sukarelawan untuk membantu kerja-kerja pilihan raya.
Sertai kami sekarang! Imbas kod QR di poster atau daftar di sini:
#HuluKelangBekerja
#AnfaalPeduli
#ArusMerahKuning
Kita dah muak dengar orang salahkan Gombak (Azmin). Orang kata Gombak punca Langkah Sheraton. Orang menyampah bila Gombak berucap.
Tiba masanya kita tebus kembali maruah Gombak
#GombakBermaruah
[Tamat]
Lepas dengar, makin teguh keyakinan saya,
@AmirudinShari
untuk P098 GOMBAK!
Hak bersuara yang dilindungi oleh perlembagaan tidak termasuk hak untuk mengfitnah, mengelirukan rakyat & menakut-nakutkan rakyat.
Islam pun tuntut kita untuk bercakap benar depan pemerintah, bukan mengfitnah pemerintah.
Jangan putar belit wahai
@DPPMalaysia
.
Saya pelik kenapa beliau tak senyum sangat lepas menang Gangsa. Rupanyaโฆ
Siapa yang kutuk terlebih ni, ce suruh dia yang main. Kita tak tahu segala kesusahan/cabaran beliau hadapi.
Empatilah. Berkata BAIK, atau DIAM.
โevery morning saya wake up, nampak macam macam news pasal nama sayaโ
โi was sondering apa yang saya buat salahโ
SHUT UPP LEE ZII JIA ๐ญ๐ญ๐ญ๐ญ
Calon nombor 2 di kertas undi!
Selesai sudah penamaan calon hari ini. Saya ingin berterima kasih kepada Tuan Wan Anwar dan Tuan Mohd Kassim Packiry yang telah menjalankan tugas dengan cemerlang selaku Pencadang dan Penyokong.
#Anfaal4TamanTempler
#UndiAnfaal
Tahniah YB Suhaizan Kayat dan YB Ir Ts Nazri Abdul Rahman atas kemenangan dalam Pilihanraya Kecil Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram, Johor.
Moga Allah bantu YB untuk menjalankan amanah, menebarkan rahmah serta memakmurkan dan menjaga kebajikan rakyat negeri Johor.
Marilah
UCAPAN KHAS UNTUK ANFAAL SAARI DARIPADA DATO! MEGAT ZULKARNAIN OMARDIN CALON N17 GOMBAK SETIA BUAT AHLI-AHLI UMNO DAN BARISAN NASIONAL
Setinggi-tinggi penghargaan buat Dato' Megat. Semoga berjaya, mudah-mudahan kemenangan menjadi milik kita semua, warga Selangor. Insya-Allah
Belasungkawa
@MyDSA_official
Dukacita menerima perkhabaran daripada keluarga Datuk Seri Salahuddin Ayub.
ุฅููููุง ูููููู ููุฅูููููุง ุฅููููููู ุฑูุงุฌูุนูู
Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nya kita kembali.
ุงูููููููู ูู ุงุบูููุฑู ููููู ููุงุฑูุญูู ูููู ููุนูุงููููู ููุงุนููู ุนูููููู
Ya
Marilah sama-sama mendoakan kesembuhan
@MyDSA_official
yang baru sahaja menjalani pembedahan dan masih kritikal.
Semoga Allah menyembuhkanmu secepatnya, dengan kesembuhan yang tiada sakit selepasnya.
Tokoh UMNO dan Barisan Nasional Selayang, Datuk Ahmad Bahari yang juga mantan ADUN Taman Templer 1995-2008, menyatakan sokongan buat CALON NO 2 N15 Taman Templer!
Inilah dia kekuatan Kerajaan Perpaduan, pengalaman orang lama dan semangat orang baharu bergabung kekuatan!
Nak banding prestasi PH vs BN, tak adil kalau nak nilai 22 bulan PH jadi kerajaan persekutuan - terlalu singkat. Sepatutnya banding dengan 14 tahun kerajaan negeri Selangor bawah Pakatan Harapan.
Prestasi kita jelas - ekonomi kita bertumbuh utuh walaupun dilanda pandemik.
Sepatutnya kita cari solusi. Seperti kerajaan negeri Selangor, apabila ayam tak cukup telur tak cukup, kita buat Jelajah Ehsan Rakyat.
Kita cari pembekal, kita jual kepada rakyat dengan harga yang lebih murah. Ada masalah, kita cari solusi - bukan salahkan kaum tertentu.
28 Jul 2023 - Alhamdulillah berpeluang hadirkan diri menyantuni penduduk Kampung Selayang Indah dalam Majlis Bubur Asyura & Bacaan Yasin. Alhamdulillah, seronok saya melihat ramai ibu-ibu kakak-kakak turun menjayakan majlis ini. Masha Allah tabarakallah.
#Anfaal4Templer
Mula-mula terkejut juga. Dr
@maszlee
yang tulis puluhan buku ilmiah, bekas pensyarah, peneraju pendidikan manusiawi di Malaysia dihalang daripada masuk sekolah?
Pastu saya pelik kenapa saya terkejut eh? Begitulah kerajaan UMNO-BN sejak dahulu.
Mat rempit masuk sekolah?
Mantan menteri pendidikan pun dihalang masuk sekolah bagaikan penjenayah, tapi mat rempit boleh masuk???
Jahanam masa depan anak-anak dan pendidikan di bawah
@RadziJidin
dan kerajaan sekarangโฆ
@KemPendidikan
Al-Fatehahโฆ
Selamat Maju Jaya
@AmirudinShari
!
Mantap sungguh calon PH Gombak. Selangor cemerlang di bawah pimpinan beliau.
Ayuh kita bantu pastikan beliau berjaya merampas kembali Gombak daripada Azmin si pengkhianat!
#KitaBoleh
Apabila kerap bermain politik identiti, politik โus vs themโ, beginilah jadinya.
Yang tuntut benda dulu-dulu ni:
1. China tuntut Kepulauan Spratly
2. Sulu minta Sabah
3. Yahudi tuntut Palestin
Kemudian apa? Brunei tuntut Borneo? Srivijaya & Majapahit tuntut Semenanjung?
Allahyarham Datuk Seri
@MyDSA_official
is one of the leaders that I look up to since I joined politics. A true statesman. Firm but humble and kind. Tune in today as I honour the legacy of Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub.
Watch at
@BernamaTV
or Stream live on Facebook or
Perceraian yang Dharar
Petang beberapa hati lepas saya dan pasukan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Taman Templer turun menziarahi seorang ibu yang diceraikan suaminya melalui whatsapp dalam keadaan berpantang anak ke-4.
/
Harini ini saya sempat beramah mesra dan berkenalan dengan penduduk Taman Templer di Jelajah Ehsan Rakyat (JER) yang bertempat di Kampung Selayang Baru.
1/n
#ArusMerahKuning
#KitaSelangor
#AnfaalPeduli
Petang semalam saya bersama Pemuda
@PartiAmanah
Gombak turun ke Pasar Malam Taman Melawati bertemu dengan pengunjung melalui Hit & Run Pemuda Amanah Gombak.
Sambil bertegur sapa pengunjung, turut dijalankan adalah edaran risalah Kerajaan Negeri Selangor berkaitan
31 Julai 2023 - Bismillah. Kita sambung perjalanan kita di Kampung Bendahara pula hari ini. Saya bersarapan di Ali corner dan menjalankan walkabout di sekitar Kampung Bendahara. Terima kasih YB
@SanyHamzan
kerana sudi bersarapan dengan saya pagi ini.
#Anfaal4Templer
Kerajaan negeri Selangor satu-satunya negeri yang berjaya beli dan laksana program vaksinasi COVID-19 (SELVAX) - saat kerajaan persekutuan terlalu lambat memberikan vaksin.
29 Julai 2023 - Kami sempat melakukan sesi suai kenal bersama penduduk tempatan di Bandar Baru Selayang dan sekitar Pasar Malam Selayang Indah. Turut serta bagi menjayakan aktiviti ialah YB
@fahmi_fadzil
sebagai tanda sokongan beliau. Terima kasih YB! Alhamdulillah orang-orang
They say beside a great woman, you'll find a great man. Terima kasih sang suami kerana sentiasa mendoakan, mendorong dan mendokong cita-cita isteri.
Bismillah. Semoga Allah permudahkan hari ini dan hari-hari mendatang.
#Anfaal4Templer
#KitaSelangor
#ArusMerahKuning
Selepas turun jumpa pengundi di DUN Taman Templer, saya singgah sebentar ziarah kematian di Kg Selayang Indah. Takziah kepada Puan Hamidah dan keluarga di atas kehilangan suami tercinta.