A. Muziru Idham Profile Banner
A. Muziru Idham Profile
A. Muziru Idham

@ahmad_muziru

2,466
Followers
654
Following
318
Media
5,945
Statuses

Semua ciapan adalah bersifat peribadi.

Kemaman, Terengganu
Joined December 2015
Don't wanna be here? Send us removal request.
@ahmad_muziru
A. Muziru Idham
3 years
Masjid adalah tempat membangun kesetaraan sosial. Tiada layanan darjat. Rasanya boleh saja penasihat agama pemerintah minta agar semua masjid hapuskan amalan protokol feudal sebegini. Tiada karpet merah; tiada ruang solat VIP. Tapi itulah. Kata lebih-lebih nanti dicop hina agama.
@bernamadotcom
BERNAMA
3 years
PM @MuhyiddinYassin diiringi @drzul_albakri hadir sambutan Maal Hijrah peringkat Kebangsaan 2021/1443 Hijrah di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin , Putrajaya
Tweet media one
Tweet media two
118
219
1K
42
10K
8K
@ahmad_muziru
A. Muziru Idham
3 years
Almarhum Syed Hussein Alatas telah lama kisahkan, bahawa punca keruntuhan tamadun Rom & China adalah kerana korupsi maharaja & elit pemerintah yang korup. Dosa korupsi sekelompok elit boleh membunuh ribuan nyawa dan musnahkan negara, tapi hampir tiada yang ambil iktibar padanya.
16
6K
6K
@ahmad_muziru
A. Muziru Idham
4 years
Apabila tengok Ejen Ali The Movie yang asal dalam Bahasa Melayu ditayangkan dalam bahasa asing, baru faham bagaimana bahasa menampung nilai budaya & pemikiran sosial. Sebab bila tengok filem tu tadi, rasa ada dinding memisahkan kognitif & imaginasi aku untuk menikmati filem tu.
18
2K
4K
@ahmad_muziru
A. Muziru Idham
1 year
Sambal Khairul Aming tak sedap.
@si_rhys
Rhys William
1 year
Apa "unpopular" atau "controversial" opinion anda tentang makanan, yang boleh buat orang macam ni?
Tweet media one
720
554
3K
294
2K
4K
@ahmad_muziru
A. Muziru Idham
3 years
Malaysia masih ketinggalan jauh lagi dalam projek begini. Sebab itu perkembangan ilmu lembab. Pengkaji terpaksa korban masa & duit turun ke Arkib Negara semata hendak cari manuskrip lama. Sedangkan kalau boleh didapati di internet, banyak dah hasil kajian yang boleh dikemukakan.
17
3K
3K
@ahmad_muziru
A. Muziru Idham
5 months
Cadangan ditolak. Jangan jadi dungu. Nama tempat itu membawa nuansa sejarah & kebudayaan. Kita pergi negara orang pun suka nak tahu sejarah di sebalik nama tempat kita singgah. Kalau Inggeriskan nama tempat, keistimewaan tu hilang dan pelancong pun tak tertarik untuk ambil tahu.
@hmetromy
Harian Metro
5 months
#KualaTerengganu Pasar Payang dicadang supaya dijenamakan sebagai Central Market Terengganu bagi hub untuk kesenian, kraf tangan, kebudayaan dan pelancongan.
198
91
254
8
3K
3K
@ahmad_muziru
A. Muziru Idham
3 years
Aku selalu tertanya kenapa anjing jadi khilaf dalam fiqh (najis di sisi Syafie & Hanbali; cuma air liur saja najis di sisi Hanafi; suci namun sunat dibasuh bekas jilatan di sisi Maliki). Kalau hendak dibandingkan kucing, anjing lebih bijak dan boleh jadi peneman manusia kot. 🥲
19
1K
3K
@ahmad_muziru
A. Muziru Idham
6 years
Munafik 2? Satu lagi contoh filem yang "overrated". Sinematografi bermasalah. Banyak "plot loophole" dan lambakan "plot twist" yang tak relevan. Nampaklah cerita ni cuma nak tarik audien dgn "plot twist" dan ayat-ayat ruqyah. Paling penting, deretan ceramah agama dan dialog kayu.
151
2K
2K
@ahmad_muziru
A. Muziru Idham
3 years
Aku masih menunggu institusi agama menawarkan fungsinya pada era depresi ini. Kalau sekadar mahu cerita hukum bunuh diri atau suruh orang depresi muhasabah, petanda institusi agama sebenarnya sudah tidak berfungsi sebagai pusat kesalehan sosial untuk merawat masalah masyarakat.
54
1K
2K
@ahmad_muziru
A. Muziru Idham
2 years
Ar-Rayah & Al-Liwa itu bukan panji biasa; itu panji perang Nabi. Mesejnya adalah mesej kekuasaan. Ulama yang bahas hadis itu rata-ratanya sebut tentang kod penggunaan bendera itu di medan perang. Maka tidak salah memberi amaran terhadap pihak yang mengibarnya di jalanan. (1/9)
@mohamadrazif
Mohamad Razif | Buku “Manusia Asuhan Rusa”
2 years
Islamophobe detected. Panji putih itu memang termaktub dalam hadith. Taliban yang menjadikan itu bendera mereka. Jadi, secara faktanya tak boleh nak terus kata bendera Taliban. Itu kerja jijik bina fear-mongering. Halus permainan nak cucuk jarum Islamofobia. Sudahlah Aizat.
Tweet media one
29
347
724
7
1K
2K
@ahmad_muziru
A. Muziru Idham
2 years
Kalau kalian perasan, filem² Syamsul Yusof pasti akan lahirkan pentaksub, yang penghujungnya bawa kepada taksub agama & perkauman. Kritik filem Syamsul, terus dilabel hina agama & bangsa. Fenomena ini jarang berlaku kepada filem² lain. Ini bendera merah kepada industri seni.
29
629
2K
@ahmad_muziru
A. Muziru Idham
2 years
Lain macam jenis punya literalis ni. Takut betul bila baca. Dia macam, buat kempen jauhi dadah adalah tidak sesuai sebab larangan ambil dadah tiada dalam Qur'an, maka lebih sesuai adalah seruan tidak jebakkan diri dalam kebinasaan.(1/10)
5
765
1K
@ahmad_muziru
A. Muziru Idham
4 years
Benarkah isu perubahan iklim (climate change) memberi kesan terhadap gender? Jawapan: Ya, ada. Sangat berkait. Ini adalah kekait.
5
561
1K
@ahmad_muziru
A. Muziru Idham
3 years
Kalaulah betul hubungan istana dan rakyat adalah hubungan kekerabatan seperti yang diusulkan seorang sarjana, maka wajarlah kiranya pihak istana membuka istana untuk rakyat jelata yang sedang dalam kesusahan hilang tempat tinggal, dan layani kami seperti kerabat hendaknya.
6
1K
1K
@ahmad_muziru
A. Muziru Idham
3 years
Orang lain dah ramai komen. Aku tak perlu tambah dah. Tanda taktik begini dah tak mujarab. Aku cuma nak kata, kalau institusi agama sendiri terpaksa keluar dalil begini siap "caps lock" bagai, maka ketahuilah bahawa penguasa sebenarnya sedang di hujung tanduk. Teruskan lawan.
@MyJAKIM
JAKIM
3 years
MENGHORMATI SULTAN JIKA NABI MUSA A.S DAN NABI HARUN A.S DIPERINTAHKAN UNTUK BERKATA DENGAN BAIK KEPADA RAJA KETIKA ITU (FIRAUN), APATAH LAGI JIKA KITA BERKOMUNIKASI KEPADA RAJA MUSLIM YANG TAAT KEPADA PERINTAH ALLAH.
Tweet media one
440
403
597
3
1K
1K
@ahmad_muziru
A. Muziru Idham
3 years
Apabila menteri lain dicerca, ramai setuju. Tapi apabila menteri agama dihentam, ramai pakat pertahan. Apakah sebab dia agamawan, maka tiba-tiba perlu "beradab" meski banyak tindakannya mengguris orang? Apakah maqam politik dia tahap lain sebab dia agamawan? Rosak negara begini.
15
717
1K
@ahmad_muziru
A. Muziru Idham
3 years
Aku selalu meragui orang yang boleh habiskan sampai belasan bacaan dalam masa sebulan. Kemungkinan besar bacaan itu dihabiskan secara 'speed reading'. Persoalannya, setahap manakah anda memahami buku tersebut? Dan setingkat manakah tahap renungan anda terhadap isiannya?
23
210
1K
@ahmad_muziru
A. Muziru Idham
6 months
Aku lama tertanya kenapa kekuasaan sentiasa mendungukan akal. Berapa ramai kenalan aku, selama ini intelektual/aktivis yang apabila terjebak dengan politik, mereka berubah dan hilang segala kritis mereka selama ini -- dungu, korup, jahat. (1/6)
Tweet media one
6
581
1K
@ahmad_muziru
A. Muziru Idham
2 years
Misoginis begini nak dibawa berhujah pun tak guna. Konsep kesamarataan, kesaksamaan, bahkan kesetaraan pun dia tak faham dulu bila libatkan isu² gender. Kalau ahli keluarga wanita dia terkena sekali baru dia faham kenapa polisi tertentu yang tekankan hak keselamatan wanita wujud.
@AmirulRuslam
𝘼𝙢𝙞𝙧𝙪𝙡𝙓
2 years
"KESAMARATAAN Jantina" takkan pernah adil kerana KESAKSAMAAN lagi tepat keadilannya. Kalau betul feminisme memperjuangkan "Equality of Gender" Dlm train semua tu, perlu ada koc khas utk lelaki juga, perlu ada parking khas utk lelaki juga berdekatan di pintu Mall, perlu ada..
Tweet media one
Tweet media two
Tweet media three
112
918
2K
5
600
1K
@ahmad_muziru
A. Muziru Idham
5 years
Sebilangan orang Melayu ni bab pertahan simbol memang kencang. Simbol rehal; keris; kubah. Pertahankan bangsa dan agama katanya. Tapi itulah. Tengok perangai, tak nampak pula macam orang ada agama. Walhal dah hari-hari tengok semua simbol tu. Simbol belum cukup keramat agaknya.
6
663
988
@ahmad_muziru
A. Muziru Idham
3 years
Cerita dunia akademia menakutkan. Di sebalik isu plagiarisme ahli akademik, di celahnya ialah sistem institusi yang zalim -- universiti kejar 'ranking', lambakan kerja, gesaan menerbitkan artikel, dll. Ketika universiti mencapai nombornya, ada ramai orang ditindas di sebaliknya.
2
458
994
@ahmad_muziru
A. Muziru Idham
2 years
Aku tiada masalah orang taksub kepartian. Tapi aku pelik orang masih boleh taksubkan Najib. Dia bukan disabitkan kesalahan jenayah peribadi, tapi dia ialah penjenayah negara. Duit rakyat yang hilang tu nilainya bilion, dan petakanya kita terima kini. Taksub sampai hilang akal ke?
9
551
859
@ahmad_muziru
A. Muziru Idham
3 years
Tak ada yang hendak dibanggakan menjadi pelajar universiti. Berapa ramai orang yang tak ke universiti, tapi pengetahuan dia lebih banyak daripada pelajar universiti sendiri. Universiti cuma tempat mengajar disiplin ilmu, namun pengajian sebenar adalah sesudah keluar dari kampus.
3
396
854
@ahmad_muziru
A. Muziru Idham
3 years
Hukum dan amalan sosial adalah perkara berbeza. Orang tidak pertikai tentang hukum, tapi orang bincang tentang fakta amalan sosial yang menyimpang. Kesedaran hukum bukan penyelesaian, kerana dalam banyak kes, pelaku bukan jahil dan tidak sedar pun tentang perbuatannya itu.
@The_X_Guy
X Guy
3 years
"Zina haram, tapi alang² buat benda haram, biar damage control" Kalaulah benar ada damage control, tentulah Tuhan yang paling layak mensyariatkan langkah pencegahan ini. Tapi Dia tidak buat demikian. Tapi begitulah sesetengah manusia, dangkal pengetahuan tapi tetap nak lawan.
11
2K
4K
14
533
842
@ahmad_muziru
A. Muziru Idham
4 years
Setuju. Bila sudah mula layan filem Indonesia & Korea di Netflix, baru faham bahawa faktor sejarah & budaya yang kuat dalam filem menyebabkan filem-filem mereka mantap. Begitu juga kalau filem dari Iran dan China yang jarang tinggalkan warisan kesusasteraan dalam filem mereka.
4
444
846
@ahmad_muziru
A. Muziru Idham
6 years
Kawan aku yang belajar di Jordan cerita, depan mata dia sendiri tengok senior yang kaki ponteng, meniru dalam peperiksaan, balik Malaysia jadi khatib. Sebab tu aku sangsi orang balik Malaysia jadi "ulama" tapi perangai macam apa ni, sebenarnya apa mereka buat masa zaman belajar.
34
727
813
@ahmad_muziru
A. Muziru Idham
1 year
Memang sains sosial dipinggirkan di Malaysia demi memajukan STEM. Berbanding luar negara, biasiswa pendidikan Malaysia untuk sains sosial sangat terhad. Sebab itu wacana sains sosial di Malaysia statik dan tidak 'update'. Indonesia bahkan jauh tinggalkan Malaysia dalam hal ini.
@moklins
jupiter
1 year
Kenapa sains sosial tak maju di Malaysia, mungkin it was design not to. Selalu dilihat sebagai aliran yang kasihan, dan untuk sesetengah universiti pelajar sains sosial ditanam semangat inferior. Bunyinya macam tak masuk akal, tapi ia sungguh terjadi.
10
375
814
10
475
795
@ahmad_muziru
A. Muziru Idham
1 year
@__saripdol Haha. Sebab orang bukan beli sebab sambal dah. Orang beli sebab Khairul Aming. Khairul Aming adalah jenama. Selagi mana dia kekalkan standard operasi dia sekarang, perniagaan dia akan terus maju.
12
53
780
@ahmad_muziru
A. Muziru Idham
3 years
Politikus ni, kalau bab kuasa tak ada istilah rehat; sentiasa kerja 'overtime' tentang naik turun kuasa. Tak perlu tunggu Isnin atau Selasa. Tapi apabila libatkan hal rakyat, merekalah paling menikus. Siapapun politikus, aku tidak akan percaya walau berzikir "demi rakyat" 24 jam.
0
543
723
@ahmad_muziru
A. Muziru Idham
2 years
Tengoklah kualiti pemberitaan kita bagaimana; masih di tahap melaporkan fakta. "Ringkas" dan "padat" gitu. Kalau baca berita New York Times, setiap berita ditulis bertahap esei. Jadi, wartawan dilatih untuk berfikir dan menulis pandangan. Kualiti pemberitaan jauh berbeza. (1/2)
@ooikokhin
OKH
2 years
Kenapa journalists di Malaysia kurang menulis buku? In the U.S., many award-winning books are written by journalists. Understandably so since journalists can write with flair, do longform reporting, communicate well with public/lay audience
6
141
557
3
284
698
@ahmad_muziru
A. Muziru Idham
6 years
Aku ada pandangan tidak popular tentang isu tulisan Jawi. Disahihkan oleh Dr. Azhar Ibrahim (saja nak menempel nama tokoh), iaitu: Tulisan jawi tidak perlu dikekalkan. Kelangsungan bangsa Melayu tidak bergantungan pada tulisan jawi. Ini adalah sebuah 'thread'.
28
497
659
@ahmad_muziru
A. Muziru Idham
5 years
Sembang-sembang dengan Prof. Ahmat Adam. Sekali dia kata dengan tegasnya, "Hikayat Hang Tuah itu novel tu. Novel pertama Melayu. Bukan teks sejarah." Hah tu dia mendapat! Dijemput menggelupur semua. 🤣
13
379
635
@ahmad_muziru
A. Muziru Idham
3 years
Orang yang masih tertanya di mana rasuahnya ucapan PM di kaca tivi tadi, ada dua sebab: (1) Dia tidak ikuti perkembangan politik semasa; (2) Dia tidak faham rasuah itu apa. Boleh baca buku Rasuah: Sifat, Sebab dan Fungsi oleh Syed Hussein Alatas. Tapi ada sebab ketiga: Dia macai.
9
429
634
@ahmad_muziru
A. Muziru Idham
3 years
Sebab Korea tumpu pada strategi diplomasi awam untuk naikkan imej Korea demi kepentingan politik & ekonomi. Kerajaan bagi banyak dana untuk bangunkan 'Hallyu'. Malaysia masih tak nampak fungsi seni sebagai "soft power". Artikel ini antara rujukan bagus untuk faham strategi Korea.
Tweet media one
@myjoe_
MyJoe Store . com🇲🇾
3 years
Mcm mana la Korea boleh buat movie mcm hollywood. Padu gila
Tweet media one
164
8K
25K
3
294
626
@ahmad_muziru
A. Muziru Idham
3 years
Seriuslah pegawai polis yang salah guna maklumat orang awam ketika bertugas adalah isu kecil? Seriuslah mangsa dihukum untuk tindakan yang telah diambil dengan mengandai bandingkan rupa wajah pemangsa? Teruknya kesan makan daging kartel haram kepada otak masyarakat kita. 😯
3
482
620
@ahmad_muziru
A. Muziru Idham
3 years
Apabila dia ini menggunakan istilah "migrants" bersama contoh migran yang diberikan, itu sahaja sudah menunjukkan bahawa dia ini memang tidak tahu apa-apa tentang beza konsep antara migran dengan isu Rohingya sebagai pelarian serta beza permasalahan struktur mereka. (1/14)
3
382
597
@ahmad_muziru
A. Muziru Idham
4 years
Rupa-rupanya Syed Hussein Alatas antara yang menggubal Rukun Negara! Patutlah Rukun Negara itu bernada progresif dan bersifat plural. Tapi sayang, kebanyakan orang mentafsirkannya secara konservatif dan tidak melihat semangat sosiosejarah di sebaliknya untuk dikehadapankan.
2
250
565
@ahmad_muziru
A. Muziru Idham
4 years
Keghairahan ramai orang terhadap "plot twist" dalam filem menyebabkan makna dan fungsi asal teknik itu untuk digunakan dalam filem telah jadi celaru dan hambar. Memang rakyat Malaysia ni jenis suka hal-hal yang terkejut eh baru rasa seronok? Patutlah ramai sakit jantung.
10
183
542
@ahmad_muziru
A. Muziru Idham
6 years
Sebagai seorang pelajar daripada aliran yang sama dengannya, saya tergerak untuk menjawab beberapa kekeliruan naratif yang dibawa oleh Sakinah berhubung dengan konsep hak asasi manusia (HAM) dan United Nations (UN) berhubung isu LGBT. Ini adalah sebuah bebenang.
5
490
497
@ahmad_muziru
A. Muziru Idham
3 years
Tak sangka respon daripada seseorang yang berusia 17 tahun jauh lebih matang berfikir dan berbicara daripada orang yang lebih dewasa daripadanya.
@ainhsaifulnizam
ain #MakeSchoolASaferPlace
3 years
Saya percaya, mungkin apa yang puan hadapi ini adalah emotional triggers kot. Ada rawatan dan cara yang betul untuk mengendalikan trauma tersebut, tapi memaksa orang lain untuk censor semata2 kerana ia bermotif vagina hampir mustahil dan imej itu diperlukan dalam pendidikan.
41
788
2K
1
183
502
@ahmad_muziru
A. Muziru Idham
6 years
Aku ingat lagi kata salah seorang ahli pejabat agama yg buat serbuan ketuk pintu setiap bilik di hotel tempat aku menginap dulu, "Team dinung ade dua pasangan doh kena takap. Team kita satu habuk takdok lagi. Dokleh jadi ni." Kerja tangkap orang berjimak jadi satu persaingan?
19
746
500
@ahmad_muziru
A. Muziru Idham
2 years
Lain macam khutbah Jumaat hari ini. Petik kitab al-Ahkam al-Sultoniyyah; keluar dalil taat ulil amri; tekankan makbulnya doa sultan; petik sejarah Islam datang ke Melaka asbab pengIslaman sultan Melaka. Ada apa-apa benda nak kawal keadaan ke tu? 👀
13
233
481
@ahmad_muziru
A. Muziru Idham
6 years
Kelakar ISMA ni. Mereka hentam orang lain atas alasan kebebasan bersuara. Tapi bila mereka dikritik dihentam balik, dikata tak hormat kebebasan bersuara mereka. Sebenarnya mereka faham ke tak makna "freedom of speech" ni? Ni standard faham konsep sekadar rujuk kamus ke apa ni.
10
352
466
@ahmad_muziru
A. Muziru Idham
6 years
Tiga cara untuk terus relevan dakwah sentap: 1) Apabila menyindir dan kasar, cakap mencontohi dakwah Saidina Umar. 2) Apabila diserang dan dikecam, cakap ini mehnah perjuangan dakwah Nabi. 3) Apabila hendak bela diri, pakai dalil Qur'an & Sunnah. Terus sejuk hati netizen.
10
380
451
@ahmad_muziru
A. Muziru Idham
10 months
Ada beza antara halal/wajar; boleh/utama; layak/patut. Orang sekadar belajar hukum akan hanya fikir soal halal/boleh/layak. Tapi kalau dia fikirkan keadilan, dia akan fikir tentang (siapa yg lebih) wajar/utama/patut apabila putuskan sesuatu yang berkait perbendaharaan sosial.
10
265
436
@ahmad_muziru
A. Muziru Idham
3 years
Kesan Islamisasi menjadikan ramai orang lihat puncak agama itu adalah di hadapan Kaabah. Faham agama sekadar berhujung pada umrah/haji, bukan penyucian kalbu. Sebab itu kes penipuan untuk ke sana bukan perkara baharu. Cuma kali ini lebih keji sampai bawa wabak kepada masyarakat.
0
168
432
@ahmad_muziru
A. Muziru Idham
2 years
Kemunduran etika berbahasa kewartawanan. Diratah untuk merujuk kepada rogol itu bukanlah bahasa kiasan; itu bahasa slanga. Konotasinya lebih dahsyat, kerana ia kebaskan emosi manusia terhadap keganasan seksual, dan membangkitkan trauma mangsa. Istilah yang sangat tidak simpatik.
@ainhsaifulnizam
ain #MakeSchoolASaferPlace
2 years
Baca artikel ni okay. Then guna perkataan macam 'diratah' untuk describe amang seksual seperti rogol dan sumbang mahram. Macam marah sangatttt, tabloid Melayu pls lah. Guna perkataan yang tak sesuai juga boleh ''desensitize,, aksi-aksi keganasan/salahlaku seksual.
Tweet media one
5
158
308
4
248
426
@ahmad_muziru
A. Muziru Idham
2 years
Harap lebih ramai cikgu yang berani bersuara seperti Cikgu Fadli Salleh. Barulah ekosistem perguruan akan ada perubahan dan suara guru akan kuat apabila ada solidariti organik. Penindasan guru terus berlaku kerana elit birokrat ambil kesempatan atas sistem yang tidak berpusat.
1
187
428
@ahmad_muziru
A. Muziru Idham
11 months
Nak promosi pun, biar dengan ilmu. Hadam dulu syair dan hikayat. Atas alasan nak promosi bahasa klasik, tapi sebaliknya rosakkan pemahaman orang, ia bahkan makin merosakkan tradisi bahasa klasik. Promosi sajalah perkataan klasik, tapi jangan dakwa bahawa ianya bahasa klasik.
@MustaqimJiwa
JIWA
11 months
Saya tulis quote itu sebenarnya hanya satu usaha nak promosikan bahasa klasik. Nak kongsi kepada orang ramai bahwa bahasa kita kaya dengan kosa kata. Contohnya “Perlina” - mungkin jarang didengari. Jadi saya tulis quote itu, supaya orang seronok nak mendalami lagi bahasa kita.
13
168
761
3
159
402
@ahmad_muziru
A. Muziru Idham
3 years
Malaysia dalam strategi kuasa lunak (soft power) masih ketinggalan, sedangkan kita ada banyak sumber yang boleh diketengahkan. Apa yang berlaku kepada Janna Nick adalah bukti keberjayaan kuasa lunak Korea Selatan dengan budaya K-Pop mereka. Ini ialah kekait.
2
186
400
@ahmad_muziru
A. Muziru Idham
5 years
Karen Amstrong tengah bagi syarahan di International Conference on Cohesive Societies. Bertuah betul dapat jumpa ulama' sebenar perbandingan agama ni.
Tweet media one
10
233
391
@ahmad_muziru
A. Muziru Idham
6 years
Aku memang tak minat betul berjuang atas nama bangsa ni. Kenapa mesti pertahankan bangsa dengan wujudkan hak keistimewaan? Tak boleh ke perjuangkan adat, budaya, nilai, kesenian, dan semuanya tentang bangsa tanpa medium perundangan dan pemerkasaan? Dah macam Israel pulak tengok.
22
303
389
@ahmad_muziru
A. Muziru Idham
2 years
Ahmad Ibn Majid memang seorang pelayar Timur Tengah penting pada abad ke-15, dan tulis syair khas al-Ma'laqiyya tentang peta Selat Melaka. Tapi deskripsinya tentang masyarakat Melaka adalah bermasalah dan sudah dikritik oleh sejarawan A. C. S. Peacock. Ini adalah untaian.
@SaufyJauhary
Saufy Jauhary 🇲🇾
2 years
Ini salah satu fakta yg baru ditemukan. Kita tahu punca kejatuhan Melaka adlh sebab pengkhianatan pembesarnya dan sifat zalim Sultan Mahmud. tetapi yg jarang kita ketahui adlh sikap rakyat Melaka sendiri yg membawa kepada kemusnahan mereka. Allah turunkan bala ada sebabnya.
Tweet media one
3
151
293
1
240
393
@ahmad_muziru
A. Muziru Idham
1 year
Imaginur adalah tentang memori & kenangan. Tak perlu geledah wacana. Hanya perlu rasa dan hargai waktu-waktu yang kita lalui; kerana ketika ia mula hilang, menjejaknya semula adalah perjalanan yang keliru & sunyi. Tak sangka awal 2023 sudah dimulakan dengan filem semantap ini.
Tweet media one
3
153
382
@ahmad_muziru
A. Muziru Idham
2 years
Membaca itu membuahkan pengetahuan, tapi belum tentu membijaksanakan. Barangkali habis segala isi buku dalam dunia ini dibaca; tahu dan hafal segala perkara; tapi jika tidak hadir bersama proses renungan, taakulan dan keberpihakan, besar kemungkinan tetap jua memijak kebodohan.
1
154
376
@ahmad_muziru
A. Muziru Idham
1 year
@kipaspusingg @Hanzjam Saja. Memang tabiat saya camtu kalau dengan makanan yang saya kurang puas hati. Sebab saya nak pastikan sama ada pengalaman pertama itu adalah "exceptional case" atau rasanya memang macam tu.
15
23
365
@ahmad_muziru
A. Muziru Idham
6 years
Ramai ahli ISMA tak mampu nak lawan netizen di Twitter sebab Twitter tak boleh nak goreng panjang macam di FB. Hanya fakta betul sahaja dapat dipertahankan dalam ayat yang ringkas. Fakta gorengan ni, nak tipu orang yang tak mengaji bolehlah. Netizen dah cukup bijak nak menilai.
7
194
339
@ahmad_muziru
A. Muziru Idham
3 years
Teringat dialog dalam filem Terbaik Dari Langit, "Bila tertekan, kita akan cari ruang". Apabila stress, baru aku hargai karya yang dianggap "ringan"/"merapu". Buat aku faham, bahawa setiap karya seni itu berfungsi pada tempat & masanya, tidak kira berat/ringan isian karya itu.
1
156
340
@ahmad_muziru
A. Muziru Idham
1 year
Adalah lagi 'selfish' kalau daripada awal dah berniat untuk ada anak supaya dapat bebankannya untuk jaga hari tua kita. Bila tak jadi seperti diharapkan, mula gunakan autoriti ibu bapa atas nama "derhaka" dan "balas budi". Kasihan anak itu sebelum lahir lagi sudah dihukum.
@shahrizan_k
Shah
1 year
Rasanya lebih selfish jika kita bring a life into the world dalam keadaan kita tahu tak nak, hanya untuk tunduk pada tekanan dan kebiasaan keluarga, masyarakat dan ketakutan kita siapa nak jaga bila tua nanti.
Tweet media one
85
2K
3K
2
317
340
@ahmad_muziru
A. Muziru Idham
3 years
Tapi penjelasan ini tetap bermasalah juga. Fiqh siasah yang sudah berusia ratusan tahun itu, ulama zaman sekarang pun sudah 'move on' dengan ambil kira konteks dan maslahat semasa. Kalau keimanan jadi indikator utama ketimbang nilai dan kemampuan, maka kelak runtuhlah negara.
@aizuddinhamid
Aizuddin Hamid
3 years
@AkramZakaria_ Saya dah delete video asal 15 saat tu spaya sy boleh explain di video panjang yang lebih detail, sy xtahu apa niat tuan yg nak jadi medium org hina², kutuk², xpsal2 tuan pun boleh dapat saham dosa. Kalau rsa nak jadi medium org tmbh dosa, silakan.
28
24
55
3
244
330
@ahmad_muziru
A. Muziru Idham
3 years
Asal keluar pandangan yang tak sealiran dengan "kami" saja, terus keluar cerita Saidina Umar nak pancung kepala. Terus nak ganas ganas. Kenapa tak keluarkan cerita junjungan Nabi bersikap lembut dengan Arab Badwi yang kencing dalam masjid? Bukankah baginda ialah dalil untuk kita?
7
143
325
@ahmad_muziru
A. Muziru Idham
4 years
@seishunwaruchi Yaaaaaa! Rela dengar anime dalam bahasa asal walau tak faham. Buka sari kata English. Janji suara dan bahasa asal tu kekal. Baru rasa real.
1
62
322
@ahmad_muziru
A. Muziru Idham
4 months
English = I am a cat. Melayu = Adapun telah sabitlah akan ketentuan takdir itu bahawa diri sahaya ini adalah seekor kucing jua adanya.
@naimalkalantani
Pematuh Syariah
4 months
Geng2 IBDE uji aku dengan 1 soalan je untuk membuktikan benda ni betul. Soalannya, cuba terjemah ayat ni kepada BM. “I am a cat.”
23
12
90
6
106
309
@ahmad_muziru
A. Muziru Idham
4 years
Sebenarnya pelik kalau kita hendak menang anugerah barat (contoh: Oscar; Nobel), tapi berkarya ikut acuan barat. Bukankah itu hanya akan buatkan kita terpaksa bersaing dengan mereka, sedangkan kalau kita guna acuan kita sendiri, automatik persaingan itu sudah dapat dikurangkan?
3
104
307
@ahmad_muziru
A. Muziru Idham
5 months
La Luna angkat isu keganasan domestik, kekuasaan & egoisme yang menindas wanita dan peminggiran wanita dalam proses pembuatan keputusan. Jadi, La Luna gambarkan keperluan menyediakan ruang selamat kepada wanita agar mereka dapat diberdaya untuk melawan ketempangan sosial itu.
Tweet media one
7
154
286
@ahmad_muziru
A. Muziru Idham
3 years
Sebab itu pembacaan semata tak cukup, melainkan disusuli dengan penulisan. Penulisan memperdalam pengetahuan tentang apa yang dibaca, dan menjelaskan faham ilmu yang perlu ditambah. Ada orang banyak baca & cakap, tapi bila mula tulis, banyak topik dia sangkut bila nak huraikan.
@zamirmohyedin
Zamir Mohyedin
3 years
Ini yang aku belajar daripada menulis. Sambil menulis sebenarnya kita sedang belajar. Apabila menulis, baru kira sedar setahap mana kefahaman kita terhadap topik yang kita nak tulis. Kalau kita tak faham, mesti sangkut nak hurai panjang lebar dalam penulisan.
0
210
721
1
82
283
@ahmad_muziru
A. Muziru Idham
9 months
Ramai sasterawan besar menulis dan bekerja di Mastika. Mastika antara penggerak kepada kemerdekaan. Tapi, masuk 90 an, Mastika hampir tutup tidak dibeli. Penyelesaiannya, beralih ke cerita hantu mistik gosip hal dalam kain. Terus boom jualan. Selera jamak yang suka cerita jimak.
@jhnrdzi
Joe Senjakala
9 months
Mastika dulunya merupakan sebuah majalah yang ulung dan berdaya kritis, mencetuskan perbahasan-perbahasan politik, sosial, dan ekonomi yang menggoncang. Tetapi apakan daya, selera jamak lebih cenderung kepada cerita hantu, blackmetal, al-masuni, dan orang ghaib di tanah suci.
3
137
231
5
200
278
@ahmad_muziru
A. Muziru Idham
3 years
Tidak pernah baca Hlovate, tapi hairan dari dulu lihat nama dia 'trending' betul. Boleh sesiapa kongsikan pengalaman baca Hlovate dan apa keistimewaan karya dia? Kalau meyakinkan, aku mahu cari juga karyanya.
40
55
274
@ahmad_muziru
A. Muziru Idham
4 years
Isu daging halal tidak sekadar isu hukum; ia adalah isu ketelusan pentadbiran pengurusan. Inilah sepatutnya keutamaan autoriti untuk selesaikan keresahan di peringkat awam. Bukan tugas autoriti untuk jawab persoalan fiqh setiap Disember yang telah berlangsung ratusan tahun itu.
2
114
263
@ahmad_muziru
A. Muziru Idham
6 months
Isu Nik Elin sangat ketara dipolitikkan. Suara mereka tidak sedengung begini sewaktu isu diskaun pengampunan Najib. Mereka selektif pilih isu yang menguntungkan nafsu politik mereka. Siapakah yang lebih zalim berbanding mereka yang menunggang agama demi memberhalakan kekuasaan?
5
211
262
@ahmad_muziru
A. Muziru Idham
11 months
Tak perlu. Jangan jadikan program rakyat ini dengan acara berprotokol. Protokol akan membunuh keaslian budaya dan semangat kebersamaan rakyat tanpa hierarki. Pihak kerajaan bantu dari sudut pemudahcara saja agar program berjalan lancar dan promosi ke peringkat antarabangsa.
@501Awani
Astro AWANI
11 months
"Saya harap tahun depan kita dapat rencanakan lebih banyak program di peringkat Bulan Kebangsaan supaya ia tidak hanya melibatkan kibar Jalur Gemilang." #AWANInews #AWANIpagi
57
414
2K
1
207
259
@ahmad_muziru
A. Muziru Idham
2 years
Tips Farish Noor untuk kuatkan memori bacaan: (1) Latih otot memori dengan selalu mengulang ingat aktiviti harian yang lepas²; (2) Sedar & hadirkan diri sepenuhnya dengan bacaan (tahu baca buku apa, apa petikan penting yang ditanda, ke mana petikan itu nanti digunakan, dll).
0
83
250
@ahmad_muziru
A. Muziru Idham
3 years
Kesan terbesar feudalisme adalah ketaksuban kepada penguasa dalam bentuk hubungan peribadi. Sebab itu penguasa korup sekalipun, tetap ditangis diratap oleh rakyat biasa. Adakala bukan sebab mereka dapat apa-apa faedah pun, tapi sebab mereka melihat penguasa sebagai "abah" mereka.
5
202
254
@ahmad_muziru
A. Muziru Idham
6 years
One Two Jaga dah ubati kekecewaan aku terhadap Munafik 2 dan Hantu Kak Limah. Inilah makna "plot twist" dan "logic plot" yang sebenar. Cuma cerita ini kena bawa masuk otak sekali lah ke dalam wayang. Kalau kalian nak pengajaran, inilah cerita berpengajaran.
4
206
247
@ahmad_muziru
A. Muziru Idham
5 years
Lambat lagilah nak budayakan sastera, kalau di ASWARA sendiri, para pelajarnya hiruk-pikuk di belakang ketika penyair di hadapan sedang menyampaikan pesan puisi.
4
94
233
@ahmad_muziru
A. Muziru Idham
3 years
Tak tahu ada orang perasan lagi ke tak. Tapi dalam babak filem Sa Balik Baju, buku yang wanita itu pegang ialah buku What Your Teacher Didn't Tell You oleh Farish A. Noor. Wah! Aku selalu rasa, penampilan sesuatu buku secara jelas dalam sesebuah filem bukanlah suatu kebetulan.
Tweet media one
6
50
235
@ahmad_muziru
A. Muziru Idham
3 years
Albert Camus telah merumus situasi kini dalam The Plague - depresi, bunuh diri, anti-wabak, faham jabari, dll. Tapi sebab politikus tak baca sastera, maka mereka dungu untuk faham krisis eksistensial yang wujud dan ambil mudah semudah menelan duit rakyat untuk gaji yang sia-sia.
1
111
229
@ahmad_muziru
A. Muziru Idham
5 years
Suara rungutan untuk pemberian insentif terhadap para Sasterawan Negara menunjukkan betapa rendahnya kedudukan sastera dan sasterawan di mata masyarakat. Jasa bagi mereka hanyalah kalau menyumbang kepada ekonomi dan keselamatan negara. Betapa materialistik pemikiran mereka.
7
172
219
@ahmad_muziru
A. Muziru Idham
5 years
Ini contoh sikap anti ilmu dan merasa diri lebih benar. Anggap kefahaman sendiri yang entah dari mana-mana cedok itu lebih betul, lepas itu tolak habis kefahaman orang lain semudah-mudahnya. Kebenaran atau tidak, sudah tidak penting. Janji apa yang dia faham, itulah kebenaran.
@hajihazizi
Mohd Hazizi Ab Rahman
5 years
Saya tak kisah apa definisi awak ttg liberal. Yang penting Islam menolak liberalisme dgn makna mengagungkan kebebasan individu mengatasi tuntutan agama dan membataskan kuasa kerajaan dlm mengambil tindakan berkaitan undang-undang agama. Saya pegang yg ni.
4
67
137
4
132
201
@ahmad_muziru
A. Muziru Idham
3 years
Gila thriller cerita ni. Bermula dengan komedi, berakhir dengan tragedi. Lepas Parasite, aku maraton mana-mana filem Bong Joon-ho yang boleh akses di internet. Aku perasan, kekuatan dia ialah genre "dark comedy thriller" yang melatari sebahagian besar filem dia.
@zamirmohyedin
Zamir Mohyedin
3 years
Memories of Murder arahan Bong Joon-ho. Berdasarkan kisah benar pembunuhan bersiri pertama di Korea. Filem ini banyak terima anugerah & dikelaskan antara filem terbaik abad-21. Ketika filem ini ditayangkan tahun 2003, kes pembunuhan ini belum selesai. Baru selesai tahun 2019.
Tweet media one
54
3K
8K
1
61
215
@ahmad_muziru
A. Muziru Idham
2 years
WAWANCARA ISMAIL S. TALIB DENGAN SYED HUSSEIN ALATAS Apabila baca wawancara ini, maka kita akan faham bagaimana proses beliau menulis The Captive Mind dan The Myth of Lazy Natives yang sangat terkenal diasosiasikan dengan gerak kerja akademiknya itu.
Tweet media one
2
104
209
@ahmad_muziru
A. Muziru Idham
1 year
@Hanzjam Haha. Dah 4-5 kali beli kak. Tapi setiap kali itu jugalah sambal tak pernah habis.
24
11
207
@ahmad_muziru
A. Muziru Idham
2 years
Kalau ulama, pasti tidak masuk politik kekuasaan. Apabila sudah masuk wilayah kekuasaan, maka jubah ulamanya hanyalah dalam keilmuan, tapi tak jadikannya kebal daripada kritikan awam. Sikap kebalkan ulama politik ialah sebesar-besar korupsi yang tak digazetkan dalam perundangan.
@YazidAiman4
Yazid Aiman 🇲🇾
2 years
Ramai ulama dekat seluruh dunia termasuk dekat Malaysia yang hormat Tuan Guru Haji Hadi. Memang aku tak akan hormat orang yang kurang ajar dengan ulama. Simple.
45
10
63
12
137
194
@ahmad_muziru
A. Muziru Idham
3 years
@mjmeerajane @amiranafqh Itulah. Sebab ia berdasar hadis. Ulama tafsirkan berdasarkan teks hadis itu sebab isyarat hadis merujuk kepada perintah maka ia menjadi hukum. Mungkin hukum akan berbeza kalau konteks hadis dilihat kembali. Sebab tiada hukum Qur'an tentang anjing seperti hukum tentang khinzir.
5
30
189
@ahmad_muziru
A. Muziru Idham
2 years
Seruan "Teach men not to rape" itu adalah seruan sejagat. Ia bukan seruan untuk muslim saja. Perogol itu tak kira identiti agama/kaum. Perogol ialah perogol, sama ada muslim/non muslim. Kalau ikut anjuran dia, hanya terpakai pada Muslim sajalah (itupun tidak kena konteks).(3/10)
2
82
191
@ahmad_muziru
A. Muziru Idham
3 months
File paling payah nak dibuat. 2 jam filem hanya untuk tengok 12 orang berdebat dalam sebuah bilik kecil. Kalau tidak genius dalam pembikinan skrip, siapa yang akan tahan untuk tengok orang berdialog saja 2 jam sembang benda berat dengan anti plot?
@zamirmohyedin
Zamir Mohyedin
3 months
Kalau reti bikin, dapat jadi power macam 12 Angry Men (1957). Dinobatkan sebagai salah satu filem terhebat pernah dihasilkan. Cerita pasal 12 orang juri bertekak pasal jenayah seorang remaja. Latar tempat cuma dalam bilik juri yang kecil je.
Tweet media one
26
624
2K
1
50
191
@ahmad_muziru
A. Muziru Idham
3 months
Sampai bila-bila pun, aku akan syorkan dua buku ini. Bacalah. Manfaatnya mengalir dalam pelbagai hal — moraliti, nilai hidup, kemanusiaan, tanggungjawab & keadilan sosial, estetika bahasa, kearifan lokal, cara fikir, kesedaran kritis, dll.
Tweet media one
Tweet media two
@BorakBorakBuku
Borak Borak Buku
3 months
Selamat Hari Buku Sedunia📚! Kalaulah anda ada sebuah buku yang anda ingin orang lain baca sekurang-kurangnya sekali seumur hidup, apakah judul buku tersebut?
5
27
71
1
60
184
@ahmad_muziru
A. Muziru Idham
10 months
Aku tanya Farish Noor, kenapa dia tak mahu terbitkan semula buku What Your Teacher Didn't Tell You walhal buku tu dicari-cari orang. Dia kata, dia tak mahu jadi kultus (cult) dan orang kultuskan buku tu. Biar orang baca hasil kerja dia yang lain juga dan debatkan. (1/7)
2
71
180
@ahmad_muziru
A. Muziru Idham
2 years
Kata Nietzsche, "There are no facts, only interpretations". Manusia tidak berfakta; manusia mentafsir. Tafsiran tak akan pernah objektif. Setiap manusia adalah berideologi yang pengaruhi kecenderungan pendapatnya. Sebab itu atas satu fakta, akan ada pelbagai pendapat ke atasnya.
@qurratulain95
Qurratul ‘Ain
2 years
Boleh ke manusia berpendapat tanpa bias? Tanpa sedikit pun? Rasa mustahil, rasa terlalu idealistik.
11
14
67
3
84
172
@ahmad_muziru
A. Muziru Idham
3 years
No. 4 sangat betul. Pengalaman pergi Singapura & Taiwan, aku tidak ada masalah untuk luang masa berjalan kaki beberapa kilometer sekalipun. Sebabnya, landskap perbandaran yang tersusun dan sistem jalan raya yang rasa selamat untuk pejalan kaki.
1
68
164
@ahmad_muziru
A. Muziru Idham
5 years
Ini adalah sejenis yang memetik fakta yang sekadar Google trivia sejarah. Orang yang belajar sejarah secara berdisiplin tidak akan petik sejarah sekadar trivia begini untuk menegakkan hujah. Konteks sejarah kelaut; nak kaitkan dengan agama pun menyimpang.
1
98
161
@ahmad_muziru
A. Muziru Idham
3 years
@MinOthman Ketika kita masih persoalkan antara tahu dengan tak tahu, kes bunuh diri & depresi di luar sana sedang meningkat. Maksudnya, gerak kerja mereka dalam basmi kemiskinan & depresi tidak segigih gerak kerja hendak tangkap seorang Sajat yang sanggup kerah ratusan polis untuk cari.
5
38
154
@ahmad_muziru
A. Muziru Idham
7 years
Benda paling aku bimbang setelah selesai meeting dengan sesebuah kumpulan, apabila diputuskan: "Kita akan buat group Whatssapp".
1
126
158
@ahmad_muziru
A. Muziru Idham
2 years
Baru baca teks khutbah Jumaat JAIS. Hairan bagaimana teks dengan bahasa penuh propagandis, tidak jejak realiti setempat, selewengkan fakta ilmiah, dan memecah belahkan masyarakat begitu boleh dibenarkan dibaca di masjid². Petanda korupsi moral institusi agama yang sangat teruk.
10
86
152
@ahmad_muziru
A. Muziru Idham
4 years
Kerja seni bermain dengan simbol. Tapi tak perlu gigih dengan simbolisme catur & Machiavelli untuk tampilkan cerita realpolitik. Plot & dialog perlu padu. Tak harap agar sampai ke tahap House Of Cards, tapi biar faham dulu bagaimana politik berstrategi sebelum menjadi karya seni.
2
62
156
@ahmad_muziru
A. Muziru Idham
2 years
Boleh cadangkan tak siapa penterjemah yang punya kualiti keindahan bahasa yang baik? Keindahan bahasa dalam erti kata, ada kecantikan berbahasa dan beralur sastera. Aku mahu banyakkan membaca karya terjemahan yang indah ini untuk perelokkan lagi bahasa terjemahan aku.
9
42
151
@ahmad_muziru
A. Muziru Idham
3 years
@WehNakBacaApaNi Cara pantas nak kenal pasti, gunakan imbuhan tu ke atas kata dasar lain yang lazim digunakan dan menggunakan pangkal huruf sama. sakit = menyakitkan sihat = menyihatkan sesuai = menyesuaikan.
0
47
148
@ahmad_muziru
A. Muziru Idham
2 years
Dan "teach men not to rape" bukan sekadar membela hak fizikal dan mental wanita, bahkan mendidik lelaki yang patriarki dan tidak hormat maruah dan keselamatan wanita. Bukankah itu pun adalah ajaran Islam yang Nabi bawakan? Pelik betul cara dia ni nak faham teks.(10/10)
1
65
147
@ahmad_muziru
A. Muziru Idham
2 years
Bahaya faham begini. Pertama, dia bataskan urusan manusia sebatas apa yang ada dalam teks. Kedua, dia tidak integrasikan teks dengan kehidupan manusia. Ketiga, dia sempitkan seruan umum teks kepada sasaran khusus (muslim) bagi urusan yang melibatkan masyarakat umum.(2/10)
1
37
150
@ahmad_muziru
A. Muziru Idham
1 year
Kisah Singapura dilanggar todak, yang kemudian diselamatkan oleh idea seorang budak (dalam versi Sulalatus Salatin lain, dinamakan sebagai Hang Nadim). Jika dekonstruk cerita ini dengan bacaan "power/knowledge", ada dua pertembungan idea. 1/8
Tweet media one
3
70
149