Setiap kali Ramadan kutip dana buat bubur lambuk.
Kadang tengok bubur lambuk tak ramai yang datang ambil. Yang ambil pula tak habis makan malah ada yang makan 1-2 suap terus buang.
AJK Masjid/Surau kena fikir menu lain bukan ikut budaya. Kasihan rezeki dibuang.
Haa sapa xkenal Pak Rashid (64 tahun). Berniaga 70 thun disini dari kecik ikut ayahnya dulu.
Pakcik sedih ditomah cm2 hanya krn berniaga tumpang di Kedai Cina.
Antara soalan yg diajukan PakCik solat ke tidak sdgkan ada ruang solat disediakan owner kpd PakCik ni.
Adik Saran (26 yo) merupakan anak sulung.Seingat saya sejak kecil ikut ayahnya belajar buat paip air.
Maknya telah meninggal dunia manakala ayahnya kemalangan dan tidak boleh bekerja.
Sahabat yang berada di sekitar Kulim boleh roger adik Saran 011 31549956 untuk baiki paip.
Sahabatku semua jom kita bantu adik Vallavan (15yo) untuk beli Kerusi Roda Khas yang baru kerana yang lama sudah rosak.Adik dah lama baring dan tidak duduk.
Anggaran kos RM3k.Sumbangan boleh disalur melalui ibunya:
Bank Simpanan Nasional
Malarveli A/P Muniandy
07127-29-000137615
Adik Buvaneswary (28 thun) anak sulung dlm keluarga kini mnghidap kanser payu dara tahap 4.
Ayahnya duda (64 thun), mmpnyai 3 org anak. Slh seorang adlh OKU. Sama2 kita bantu keluarganya. Beliau sgt mnghrpkn bantuan.
YAB KM
@SulaimanMdAli1
YB
@Kerkcheeyee
@kerajaanmelaka
Slps park kereta di Masjid dtg sorang hamba Allah merayu utk carikanya kerja. Nama En Razak mempnyai GDL dan boleh memandu lari 3 tan. Ada family kena tanggung katanya.
Akibat pandemik hilang kerja. Sy ckp sy akan cuba. Shbt yg ada info boleh tel beliau 011 26025684.
Alhamdulillah En Razak baru hubungi sy. Beliau bersyukur sgt sbb tlh mendapat kerja baru tadi sbg pemandu lori dgn gaji RM1800.00 sebulan.
Terima kasih shbtku semua diatas sikap ambil berat dan prihatin anda semua bg membantu beliau yg tlh hilang kerja.
😭😥 Syukur....
Uncle Tok Janggut (73 yo).Terkesan dari PKP sebab kerja sebagai mekanik kereta.Menyara anak OKU dan adiknya berusi 71 tahun. Isterinya pula telah meninggal dunia.
Sahabat yang ingin sumbang boleh melalui akaun Uncle:
Yeoh Ah Chooi
29050178581
Hong Leong Bank
No. Tel 016 4518243
Sekarang ni saya nak tahu nama syarikat pakej Umrah yang terbabit dengan membawa jemaah yang tidak divaksinasi.
Apa tindakan terkini kerajaan terhadap syarikat tersebut?
Ianya mencemarkan imej negara di mata dunia.
Negara rosak sebab;
- Ustaz/Ustazah tidak berani tegur kejahilan pemimpin.
- Amalan rasuah tidak dibahaskan secara terbuka.
- Agamawan yang suka cari populariti.
- Penunggang Agama.
- Perjuangan agama bersifat sementara atau mengikut musim.
- Bersekongkol dengan kemungkaran.
Alhamdulillah jumlah kutipan terkini bg sumbangan mesin basuh bg anak-anak Syurga ini adalah RM1,800.00.
Harga kos mesin basuh 14kg = RM2,800.00.
Baki yg diperlukan adalah = RM1,000.00.
Alhamdulillah majlis akad nikah saya bersama isteri telah berjalan dengan lancar dan sempurna.
Terima kasih kepada semua sahabatku semua diatas doa dan sokongan.
Semoga semua sahabat saya dapat mendoakan kebahagiaan kami hingga ke Jannah🥰
Saya harapkan anak muda tidak terpengaruh dengan drama di TV yang hanya fantasi semata-mata.
Percayalah adik, kehidupan diluar adalah pahit dan perit. Pelbagai cabaran serta rintangan yang perlu kita tempuhi untuk mencapai matlamat.
Ok done. Pengalaman sy buat kali pertama dalam hidup. Memang pada mulanya rasa malu amat-amat tapi saya berani diri juga.
Demi untuk membantu kaum wanita diluar sana dalam musim PKP.
Assalamualaikum Dato' Mufti
@drzul_albakri
. Alhamdulillah kami harini menyantuni Uncle Dinahgaran (51 tahun). Beliau sangat mahir dan berbakat dalam menulis Jawi. Walaupun berlainan agama dan bangsa namum beliau amat menyukai tulisan Jawi. Subhanallah.
Kenangan mengusik kalbu...
Terima kasih Feri Pulau Pinang, banyak memori yang terpahat di hati. 😭😭😭😭😭
Nostalgia zaman kanak-kanak yang tidak dapat dilupakan sampai bila-bila.....
Sesi penggal Parlimen kali ini baru saya sedar;
A. Banyak YB baca teks.
B. Banyak YB tak hadir sesi.
C. Banyak YB tiada data.
D. Banyak YB diamkan diri.
Untungnya...
@usernamemagik
Perniagaan dari arwah ayah beliau 70 tahun, Pak Rashid follow since umurnya 13 sehingga la skrg dy ambl alih dan niaga. Kini umur Pak Rashid 64 tahun.
Maaf kalo sahabat keliru.
Info adalah sahih dari Pak Rashid.
Sempena Deepavali nk dtg tidak lama lg. Berkesempatan ziarah Aunty Lecthumi tadi. Beliau merupakan warga emas yg hidup keseorangan.
Semoga Aunty diberi kesihatan dan dipermudahkan segala urusan.
Bajet Kenduri RM5,000.00 sahaja.
Alhamdulillah majlis nikah saya dengan zaujah saya berlangsung dengan baik serta diiringi dengan doa Mak, Kak Hamidah Yusoff , Abang Mohd Fazir Yusoff , Mama (Mak Mentua), Isteri dan semua saudara mara dan sahabat.
👇
Anak buah saya yang baru berusia 9 tahun tertekan sebab di sekolahnya kawan-kawan panggil 'Mamak'.
2022 masih ada lagi sikap perkauman dan paling mengejutkan sudah bermula dari Sekolah Rendah.
Ibu bapa sedar perkara sebegini?
Ada bro ni cakap jangan fitnah kalau orang itu tak makan duit rakyat takut akhirat nanti kena jawab.
Saya tanya pula, kalau ianya benar dan terbukti tapi kita menafikan bermaksud kita subahat juga ka? Apa hukumnya pula sekiranya tidak lawan untuk kebenaran?
Beliau diam...
Alhamdulillah sekian lama bru dpt jumpa Pak Abu. Bg Pizza sikit utk Pak Abu. Kaki luka nampk semakin kering.
Dalam keadaan yg daif pon dok bg burung makan. Dalam troli pula ada seekor kucing yg dibela. Katanya kesian...
Dari semalam saya kena komen negatif oleh beberapa individu dgn nada sinis krn sy pergi meraikan Hari Natal dgn anak-anak yatim ini.
Sy tetap tabah dan kuat terima sindiran2 ini. Niat sy adlh utk gembirakan anak2 ini sahaja. Sy tidak langgar akidah mahupun syariat agama.
Hati mula HITAM apabila:
1. Kamu rasa Islam hanya untuk kamu.
2. Kamu shj yg layak dan berhak jd Muslim yg baik.
3. Kamu seorang telah dijamin Syurga.
4. Kamu rasa orang lain tidak sempurna dlm Islam
5. Kamu tidak fikir soal agama mahupun dakwah saudara lain.
Alahai 'Kollam' yang saya buat tu adalah seni budaya warisan kaum India. Tiada kaitan dengan perayaan agama atau sebaliknya.
Saya masih lagi dalam landasan yang betul. Akidah saya masih lagi ada. Iman saya masih lagi teguh. Syahadah saya tetap di hati.
Setiap hari solat subuh adik ini mesti akan hadir untuk berjemaah.
Semoga adik ini dapat menjawab dengan tenang soalan-soalan peperiksaan SPM.
Didoakan adik ini sentiasa berjaya di dunia dan akhirat. Menjadi anak yang soleh.
Alhamdulillah saya dan isteri dikesempatan ini ingin mengucapkan terima kasih diatas doa dan ucapan semua sahabat saya diatas majlis pernikahan kami harini.
Maaf tidak sempat untuk balas semua doa sahabat-sahabat saya. Segala doa terpahat dan tersimpan abadi di hati kami berdua.
Saya kecewa dengan segelintir anak muda lihat PKP sebagai jenaka dan peluang hanya untuk BERKAHWIN.
Tahukah adik-adiku PKP ini menyebabkan ramai nasib orang lain berubah. Banyak akan berlaku dalam kehidupan.
Syabas dan tahniah kepada adik Kayalvilli Ravi yang telah mengambil inisiatif memberi barang keperluan asas percuma kepada yang memerlukan.
Lokasi :
Happy Laundry 24Hr 20, Jalan Titiwangsa 3/2, Taman Tampoi Indah, 81200 Johor Bahru, Johor
Malam ni agak sayu mendengar rintihan adik yang baru berusia 25 tahun sudah menjadi homeless.
Beliau cakap tak pernah ambil najis dadah dan sebagainya. Cumanya perlukan tempat tinggal dan pekerjaan.
InsyaAllah saya akan salur pada agensi dan NGO berkaitan utk bantu anak muda.
-Nelson Mandela kena penjara sebab berjuang untuk rakyat.
-Jose Rizal kena penjara sebab lantang bersuara menentang kekejaman.
-Mahatma Gandhi kena penjara sebab semangat nasionalisme.
Jadi, mereka disanjung walaupun digelar banduan kerana dipenjara bukan sebab RASUAH.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera sahabatku semua.
Harini hari lahir Mak, mohon jasa baik sahabat semua mendoakan kesihatan dan kesejahteraan buat Mak saya.
Semoga kita semua diredhai dan diberkati selalu.🥰😍
Saya tak kisah kalau orang nak bergelar saya Keling, Budak Hitam, Mamak Tongkang atau Pudukang.
Yang penting saya ucap 2 kalimah syahadah, melaksanakan apa yang diperintah dan meninggalkan yang dilarang.
Masuk Syurga bukan lihat pada status dan gelaran seseorang...
Jujurnya saya mengalir air mata tadi. Bukan sebab saya kena kondem. Tapi saya terkilan kenapa semua perkara dikaitkan dengan batasan agama.
Seorang Muslim wajib tunjuk contoh yang mulia. Itu baru dakwah namanya. Tunjuk akhlak yang baik.
Semua ucapan memang tak boleh?
Kamu tuding jari PH perintah 22 bulan rkyt kena tindas.
Ok, kamu rasa mrk semua ini baru tinggal 22 bulan or sudah bertahun lamanya? Kalau bertahun lama msti sejak BN perintah kan?
Ada sy kutuk or maki mana2 parti pemerintah?
Sy lebih suka turun padang buat kerja dri komen.
Alahai post sy ttg Bhs Mandarin pon jadi isu. Bkn brmksud sy menafikan hak Bhs Kebangsaan.
Pndgn dan cdgn sy adlh utk mmbri peluang kpd anak Malaysia mempelajari dan menguasai Bahasa kaum lain. Ianya byk manfaat sbrnnya bkn wujudkan sentimen perkauman.
Dari kecil shingga kini sy mendengar Ahli Politik berbicara utk jaga kebajikan semua orang.
Gambar di bawah adalah warga emas yg berstatus gelandangan yg terdiri dari 3 kaum di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India.
Apa dosa sy smpai nk troll n viral isu usia 64 thun dan 70 thun Pak Rashid berniaga. Apa motif dia sbnrnya. Jujurnya sy xkenal pon org yg dok onar ini 😥😢😭
Sy tak kacau awak pon sahabat, napa isukan prkara ini.
Terima kasih shbtku semua diatas smgt dan sokongan moral😭
Al Fatihah.
Mendapat berita yang sedih dan hiba pagi ini. Nenek saya telah dijemput Ilahi.
Semogs arwah Nenak saya ditempatkan dikalangan orang beriman dan beramal soleh.
Ya Allah..
Sembuhkanlah segala penyakit Mak saya. Kurniakan kesihatan yang baik kepada Mak saya.
Ya Allah..
Semoga semua Ibu-Ibu di dunia mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat nanti.
Kita ada,
-Jabatan Alam Sekitar
-Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia
-Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara
-Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia
-Yayasan Hijau Malaysia
-Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation
Tapi, hutan masih digondol.
Tgk Dato' Mufti
@drzul_albakri
tadi di TV Al Hijrah. Dato' Dr. mengupas ttg ibu, kasih syg kekeluargaan dan hubungan silaturrahim. Alhamdulillah, tingat sy dpt juga bertemu Dato' Dr. Mufti dulu di Masjid Jamek Kuala Lumpur.😁
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera sahabatku semua.
Harini bertambah lagi 1 angka usia saya. Semoga Allah memberi kesihatan yang baik dan terus beramal serta berbakti pada Mak, Sahabat dan Masyarakat.
Terima kasih Mak krn melahirkan dan membesarkan saya.
Mak baru lepas buat CT Scan. Doktor cakap ada 1 saluran darah sumbat di bahagian depan otak.
Semoga Allah permudahkan segala urusan Mak. Terima kasih sahabatku semua diatas doa
😭😢😥
64 tahun kita merdeka.
Masih lagi wujud Rasuah.
Masih lagi wujud Politik Kotor.
Masih lagi wujud Kronism dan Nepotism.
Masih lagi ada pemimpin memecahbelah perpaduan antara kaum.
Masih lagi ada pemimpin tak ambil peduli terhadap rakyat.
Masih lagi mengejar jawatan dan status.
Masa ni Mak saya sihat dan kuat..
Dihari yang mulia ini mendoakan agar Mak segera sembuh dari strok.
Dah 3 bulan tak rasa suap nasi dari Mak. Setiap hari sekurang-kurang sehari saya akan ambil berkat suap dari Mak.
2021 azam saya;
1. Nk Mak pulih strok dengan baik
2. Nk ziarah sahabat Twitter
3. Nk kuatkan ukwah dengan sahabat semua
4. Nk buat program di seluruh negara
5. Nk bantu anak muda dari segi kerja mahupun perniagaan
6. Nk berjasa kepada Gelandangan, Anak Yatim, OKU dan Warga Emas.
Perkataan rasis sudah sebati dengan saya sejak kecil lagi.
Dahulu pelbagai gelaran saya dapat antaranya mamak tongkang, mamak padukang, paria, keling dan hitam.
Saya anggap orang yang bercakap ini tidak 'wujud' sebab ramai lagi sahabat saya yang baik hati dan budi pekerti.
Cakap bab Merry Christmas ni bulan Disember sahaja.
Bab rasuah sepanjang bulan termasuk bulan Ramadhan pon ada.
Tapi itulah bila cakap Rasuah tak anggap pula dosa besar dan langgar syariat agama.
Sy fasih Bhs Mandarin sbb sy dulu sklh rndh aliran Cina. Bgus sbnrnya bljr bhs lain sbb 'Added Value' dlm diri kita.
Kalau shbt ada peluang hntr anak2 ke sklh Cina atau Tamil. Boleh bg mrk interaksi dgn bhs lain dan mengeratkan lg hbgn perpaduan diantara kita.
Adik Dinesh (4 tahun) sgt manja dan pandai brcakap. Adik Dinesh ditingglkn keluarga seawal usia 3 bulan.
Semoga adik sentiasa sihat dan sejahtera dalam hidup. Sama2 kita mendoakan adik berjaya.
Dapat video ini dalam 'Group WhatsApp'.
Cuma 1 sahaja saya boleh cakap bahawa saya sangat gembira dan terharu dengan usaha anak muda dalam membersihkan rumah ibadat tanpa mengira perbezaan agama dan kaum.
Semangat ini yang kita perlukan, bantuan diantara satu sama dan lain.
Semoga Allah terus bagi kekuatan kepada Mak untuk harungi cabaran ini.
Terima kasih sahabatku semua diatas doa, motivasi dan sokongan kepada Mak saya.😍🥰
Seorang seniman agong yg sangat 'Legend' S.P Balasubramaniam dlm era muzikal di India. Lebih dari 40ribu lagu telah dinanyikan oleh beliau.
Beliau telah menghembuskan nafas tadi krn disahkan menghidap COVID19. Semoga keluarga mendiang sabar dan tenang menghadapi dugaan ini.
Alhamdulillah baru dapat melayan anak sulung saya yang baru discaj dari Hospital.
Semoga anak ayah Amal sentiasa sihat, dimurahkan rezeki dan meneruskan kerja-kerja kebajikan untuk masyarakat.
Saya baru mendapat berita bahawa adik Buvaneswary telah meninggal dunia sebentar tadi.
Terima kasih semua sahabatku diatas bantuan dan semangat yang telah diberikan sebelum ini kepada mendiang.
Adik Buvaneswary (28 thun) anak sulung dlm keluarga kini mnghidap kanser payu dara tahap 4.
Ayahnya duda (64 thun), mmpnyai 3 org anak. Slh seorang adlh OKU. Sama2 kita bantu keluarganya. Beliau sgt mnghrpkn bantuan.
YAB KM
@SulaimanMdAli1
YB
@Kerkcheeyee
@kerajaanmelaka
Untungnya jadi VIP...
Langgar S.O.P Majlis,PA mereka yang hadir bagi kenyataan.
Untungnya jadi VIP...
Rentas negeri bersama pasangan boleh disebabkan urusan kerja dan majukan perniagaan.
Untungnya jadi VIP...
Boleh buat kenyataan rasmi melalui media bagi mempertahankan hak.
Mendapat perkhabaran bahawa abang sepupu saya saudara Kamil telah meninggal dunia.
Arwah antara yang paling rapat dan sentiasa memberi nasihat kepada saya.Kini hanya tinggal kenangan sahaja bersama arwah.
Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh.
Lagu raya memang dah tak didendangkan dalam radio lagi ka?
Saya perasan seharian harini seperti sudah tiada lagi alunan lagu raya.
Sahabat lain ada perasan?
Mak antara insan yang paling memberi nasihat dan bimbingan. Selepas pemergian arwah Bapa, Mak la segala-galanya buat saya.
Mak selalu pesan berbuat baik kepada siapa pon dan jangan pernah ambil kesempatan.
Terima kasih Mak untuk segala jasa dan pengorbanan.
Perjuangan tetap tidak akan berubah cuma kali ini bersama Isteri Tercinta.
Semoga saudara kita di bumi Palestin sentiasa dilindungi dan dibebaskan dari kezaliman dan penindasan.