Syarikat penerbitan yang memfokuskan penterjemahan karya-karya agung dunia serta karya tempatan yang kritis dalam bahasa kebangsaan untuk masyarakat tercinta.
Setelah sudah kami siapkan adikarya Marcus Aurelius, terjemahan 'Meditations', kini kami sudah siapkan adikarya Epictetus berjudul 'Enchiridion'.
Karya ini dalam dwibahasa, dalam Bahasa Greek dan Bahasa Melayu.
'Enchiridion' atau bahasa lainnya adalah Handbook atau Panduan.
Sukacitanya kami ingin maklumkan sebuah khazanah bumi Nusantara akan diterbitkan pada 20 Februari ini!
Karya Pak Pramoedya Ananta Toer ini telah diadaptasi ke layar filem dan Bumi Manusia sudah ditonton oleh ramai orang. Namun magisnya sudah tentu lebih terserlah dalam aksara.
Pakaiannya lusuh, tidak pernah ditukar, miskin dan tiada kawan, sering diejek kerana miskin dan keseorangan, mempunyai penyakit kulit dan macam-macam lagi cabaran dalam hidup.
Siapakah Uwais al-Qarni?
Tiada masa yang sesuai untuk anda membaca 1984. Di seluruh dunia, mereka sedang berbincang bagaimana keadaan US mirip keadaan yang George Orwell impikan satu hari nanti. Karya distopia ini ditulis supaya keadaan sebegini sentiasa dielakkan di negara kita.
Dengan sukacitanya, The Biblio Press berjaya mendapatkan hakcipta untuk terbit ulang mahakarya Ibn Khaldun, Muqadimmah dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka yang dijangka boleh siap pada December atau Januari.
Hanya di Malaysia, sesebuah kerajaan perlu mengingatkan masyarakatnya supaya lebih mengagungkan bahasa kebangsaan mereka berbanding bahasa luar.
Kesilapannya terlalu mendalam sehingga mencengkam jati diri masyarakat yang sebenar, seolah akar tumbuhan parasit matikan yang asli.
Kami menolak bahawa isu-isu pencabulan atau amang seksual harus dirahsiakan!
Jangan dengar saranan orang bahawa isu sebegini tidak harus diperbesarkan!
Kami sungguh berharap anda boleh berkongsi dengan kami supaya lebih ramai lagi yang boleh tampil ke hadapan dengan berani.
Sudah lama kami tunggu untuk sajikan karya terjemahan 'As Long as Lemon Tree Grows' kepada anda.
Hidup dalam peperangan adalah mirip hidup dalam neraka. Disulami dengan harapan, mereka terus bertahan demi esok yang mungkin tiada.
Karya wajib yang anda perlu miliki di PBAKL!
Buku 'Andai Kucing Hilang Dari Dunia' sikit lagi dah nak siap.
QRT dengan gambar kucing anda dan jangan lupa mengikuti
@BiblioPress
.
3 orang akan dipilih sebagai pemenang pemberian ini.
Ayuh! Hanya sehingga esok 9pm.
Nak tanya sikit,
Ada tak sesiapa di sini yang menggunakan buku untuk mengubati jiwa?
Kaedah ini dipanggil biblioterapi.
Pada masa pandemik ini, kesunyian dan keruncingan hidup anda, apabila anda membaca, anda kekal waras dan kuat lagi.
Ada tak sesiapa di sini?
Pada pagi yang mulia ini, naskah ikhlas Bumi Manusia telah disampaikan kepada Pak Samad.
Dejavu sungguh pernah berjumpa dengan beliau di San Francisco, Bangsar pada empat atau tiga tahun yang lalu.
Pak Samad memberitahu bahawa beliau tidak berpeluang jumpa Pak Pramoedya
Memperkenalkan karyawan paling muda di PBAKL , umurnya 8 tahun sahaja sudah berbakat melukis pelbagai ilustrasi yang cukup menarik!
Sebagai tanda sokong kepada adik Ajwa di Ruang Mandiri PBAKL, kami dapatkan beberapa karya adik ini untuk 20 pembeli buku Andai Kucing sahaja!
Salam pembaca sekalian,
Biblio Press ingin seni Islamik silam mencirikan semua rekakulit karya siri Imam Ghazali bermula dari Nasihat Buat Pemerintah. Kami akan lebih cakna dan kami telah menukar rekakulit Ayyuhal Walad yang baharu dengan lukisan The Young Scholar (1901).
Salam sejahtera,
Kami di The Biblio Press dan The Bibliophile Bookshop sangat berterima kasih atas kesabaran tuan-tuan dan puan-puan menunggu Mukadimah terbitan edisi kerjasama TBP dan DBP.
Karya PBAKL wajib dimiliki 🫣
Terjemahan karya 'Days at the Morisaki' dari Bahasa Jepun
Dengan harapan mengubati hatinya, Takako menyelami diri dalam dunia kedai buku Morisaki. Di sinilah Takako belajar kehidupan.
Dua rekakulit istimewa untuk anda - Edisi Siang & Edisi Malam.
Bersempena ‘Persuasion’, filem adaptasi novel Jane Austen yang sudah mula ditayangkan di
@netflixmy
, kami dengan penuh sukacita ingin umumkan juga, novel edisi bahasa Melayunya, Mekar Pesona akan kami terbitkan tidak lama sahaja lagi!
PMX, Datuk Seri
@anwaribrahim
sudah menyarankan warga muda dan Bangsa Malaysia untuk menelaah karya pemikir dunia ataupun karya agung dunia.
Ini adalah tujuan penubuhan
@BiblioPress
untuk merakyatkan karya agung dengan harga mampu milik untuk warga Malaysia.
Karya kami 👇
Orang Malaysia sekalian, berita baik untukmu!
Kita sudah berjaya dapatkan hakcipta terjemahan karya ini ya.
Dijangka tahun depan siap edisi Bahasa Malaysia.
Berjaya mendapat hakcipta terjemahan buku ini ke Bahasa Malaysia.
Karya ini mengisahkan seorang lelaki yang akan meninggal dalam beberapa bulan lagi akibat dari penyakit kronik. Tergoda dengan tawaran iblis, dia boleh mendapat 1 hari di bumi jika dia boleh hilangkan 1 benda!
Hari ini kita borak pasal kucing. Banyak rupanya jenis-jenis kucing yang kita tak tahu kan? Kita selalu ingat ada kucing oyen je 😂
Korang suka kucing yang mana satu?
Cuba komen kat bawah 👇🏻
Nanti boleh kongsikan gambar kucing anda di ruang komen.
SAYEMBARA TERJEMAHAN
Peluang untuk serlahkan bakat terjemahan anda!
Pernah cuba terjemah karya-karya klasik dari Austen, Bronte, Hemingway, Tolstoy tetapi belum pernah tunjukkan hasil anda?
Inilah detik terbaik buat anda yang ingin terjemah karya klasik.
Selamat berjaya!
Tidak kurang juga polemik mengenai Singh ya pada hari ini.
Siapa di sini yang tahu pasal Gurchan Singh, 'Singa Malaya' yang membuat tentera Jepun menggigil ?
Beliau adalah wira Malaysia yang begitu hebat dan semakin dilupai oleh negara kita.
Kenapa beliau perlu filem sendiri?
Karya Baharu PBAKL seterusnya.
Kami bawakan 'Andai Kucing Hilang Dari Dunia' pada PBAKL23 dan kami janjikan banyak lagi karya kucing.
Sempena PBAKL 2024, kami persembahkan terjemahan karya 'Travelling Cat Chronicles' untuk semua pencinta si bulus!
Sebuah lagi karya kucing 🫣
Best kan kalau ada sebuah buku yang boleh menasihati para pemerintah dan penguasa yang gila kuasa dan tidak sedikit pun mempedulikan rakyat?
Dulu pernah ditulis juga oleh Imam al-Ghazali.
Ini teaser sahaja.
Tahniah
@YusraSan
sebab menterjemahkan karya ulung Imam Al-Ghazali.
Previu "1984" dalam Bahasa Melayu, karya George Orwell yang mungkin sudah menjadi realiti rakyat kita. Apabila marah dengan pihak penguasa, marah dengan nasihat, namun dengan perut berlapar dan hati yang kosong, yang ada hanya rasa berputus asa.
Kulit buku "1984" dalam proses.
Tuan Gatsby ialah novel terjemahan The Great Gatsby, karya pengarang Amerika Syarikat, F. Scott Fitzgerald yang bercerita tentang Impian Amerika (American Dream) yang berakhir dengan tragedi.
Berita baik! Edisi bahasa Melayu akan diterbitkan tidak lama lagi.
Nantikan!
Sebagai pembaca, reruai ini adalah reruai kegemaran kedua saya.
Yang pertama, mestilah reruai sendiri. Haha.
Walaupun tidak faham bahasa Arab, susunan kitab-kitab Arab ini sangat cantik!
Saya/Kami dari
@BiblioPress
ingin membelanjakan mana-mana penterjemah Arab-BM
Tahun ini tahun kami Pandang ke Jepun.
Karya Osamu Dazai pertama yang kami sedang usahakan, jika tiada aral, akan diterbitkan pada sebelum KLAB.
Kami juga sedang cari pembaca awal yang minat J-Lit, bolehlah pm kami 🫣
Kulit buku belum muktamad lagi, boleh undi di bawah ya 👇
Melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Ini adalah projek sulung Biblio Kids , sebuah imprin khas untuk kanak-kanak dan anak-anak Malaysia dissyangi.
Berkongsi pengalaman saya, saya membesar dengan buku-buku Enid Blyton, Nancy Drew, Hardy Boys dan sebagainya.
Terima kasih kepada 500 pengikut pertama
@BiblioPress
. Terima kasih kerana menyokong kami.
5 pengikut yang bertuah akan dipilih secara rawak untuk hadiah dari pihak kami.
Karya PBAKL seterusnya -
Sebelum Kopi Mendingin, karya terjemahan 'Before Coffee Gets Cold'.
Kami ingin bawa anda ke sebuah cafe bernama Funiculi Funicula yang mana pelanggannya boleh pulang ke masa lalu.
Namun, mereka harus ingat mereka harus balik sebelum kopi mendingin ya!
Pilih satu buku dari buku terbitan
@BiblioPress
dan terangkan kenapa anda ingin memiliki buku di bawah.
Hanya 3 orang pemenang untuk 3 jenis buku yang akan dipilih.
Terima kasih menyokong kami.
Akhirnya, lakaran ilustrasi 'Hari-Hariku di Kedai Buku Morisaki yang sudah lengkap buat semua pembaca!
Jika tiada aral, karya terjemahan ini akan diterbitkan dengan dua jenis rekakulit, satu yang lakaran siang, satu lagi lakaran malam.
Bolehlah masuk senarai buku PBAKL 🫣
Lakaran awal ilustrasi rekakulit
@ArifRafhanDraw
karya terjemahan 'Days at Morisaki Bookshop' yang dinantikan!
Masih belum ada warna lagi, kami pun tak sabar menunggu edisi lengkap yang berwarna.
Jom kita tunggu bersama.
Diberi amanah oleh Prof. Syed Farid Alatas untuk menterjemahkan karya ayah beliau, Prof.Syed Hussein Alatas.
Pelbagai penerbitan yang menarik telah dibincangkan bersama. Beliau sangat suka konsep kulit dan kualiti karya "Kemalasan Pribumi Filipina"
@BiblioPress
.
Anda bersedia?
Sikit lagi
@BiblioPress
dah boleh mulakan proses terjemahan karya ini!
Sungguh tak sabar memegang karya ini versi Malaysia, versi Bahasa Malaysia.
Harap anda juga tak sabar ya!
Proses terjemahan karya 'Before the Coffee Gets Cold' sudah pun bermula.
'Before the Coffee Gets Cold' ini sebuah kisah di mana dalam kafe ini anda boleh mengembara ke waktu silam anda, namun perlu balik sebelum kopi anda menjadi sejuk.
Semoga anda sokong usaha kami nanti ya!
Buku Kemalasan Peribumi Filipina karya José Rizal selamat kami terima daripada pencetak, dan siap untuk dihantar kepada pembaca.
TUJUH (7) sebab mengapa anda perlu membaca buku ini.
[RAJUTAN]
Lakaran awal ilustrasi rekakulit
@ArifRafhanDraw
karya terjemahan 'Days at Morisaki Bookshop' yang dinantikan!
Masih belum ada warna lagi, kami pun tak sabar menunggu edisi lengkap yang berwarna.
Jom kita tunggu bersama.
Uwais al-Qarni ini adalah seorang yang begitu tabah, boleh kata sudah pasti menjadi pembimbing anda pada saat pandemik ini, mungkin tidak ada seorang yang lebih yakin, redha dan bertawakal pada Allah daripada beliau.
Sejujurnya,melihat kulit kebiruan ini begitu menyejukkan hati.
Selamat ulang tahun yang ke-74 buat Paulo Coelho . Happy Birthday, dear Paulo.
Sepanjang usia membaca karya Paulo, boleh agak bahawa kebanyakan karya Paulo ditulis mengikut pengalaman diri beliau. Kesusahan pencarian makna hidup atau hala tuju adalah intipati karya Ahli Alkimia
Biblio Lit! ditubuhkan untuk membuat sastera atau literature menjadi lebih menarik dan membawa tumbukan nafas muda ke dalamnya.
5 manuskrip sedang dalam proses terbitan.
Sila menyertai keluarga Biblio Lit! kami.
Anda boleh menghantar ke email kami lit
@thebibliopress
.com.
Terima kasih kepada semua pereka ilustrasi yang sokong rekakulit kami. Nama mereka pun sentiasa disemati dalam buku kami tanpa silap. Terima kasih kepada para pereka Tash, Arif Refhan, Fazarizan dan Rasydan.
heard from a friend yang PBAKL nanti ramai publisher guna imej janaan AI untuk cover buku.
Pandai2 lah korang pilih untuk sokong penerbit yang tidak hormati penggiat seni.
Karya PBAKL yang seterusnya,
Buat kali pertama, kami ingin bawakan anda sebuah novela berjudul 'Saltwater Society' dalam Bahasa Inggeris di bawah
@biblio_lit
!
Terima kasih Puan
@SriYusop
atas peluang ini.
Pembaca yang dicintai sekalian, ada lagi kejutan ya! Nantikan 🫣
Pada pandangan saya , kanak-kanak kita sangat suka membaca tetapi buku untuk mereka kurang, jika ada pun mahal.
Kami ingin ramai pembaca muda yang membaca buku-buku dalam bahasa kebangsaan kita, melentur buluh biarlah dari rebung.
PBAKL 2023 - Karya Sasterawan Ulung Pak Sako!
PBAKL ini,
@BiblioPress
akan mengulang cetak karya beliau yang tidak lagi beredaran dalam pasaran.
Siapakah Pak Sako ini?
Kami sedang mencari penterjemah untuk beberapa bahasa berikut.
Tugasan adalah menterjemahkan buku-buku fiksyen / non fiksyen berbahasa
- Arab
- Korea
- Jepun
- Turki
Boleh e-mel maklumat anda ke bibliopress.my
@gmail
.com jika anda berminat.
Ada buku yang akan menarik orang ke reruai, ada buku yang akan menarik orang ke PBAKL!
Ini bukunya MUKADIMAH yang akan diterbitkan bersama Dewan Bahasa dan Pustaka.
Tidak pasti sukacita atau dukacita,kami akan buatkan Mukadimah dalam tiga jilid.
Kenapa buku ini akan berjilid?
Ini bukan buku agama, ini sebuah buku motivasi untuk jiwa anda.
Anda rasa tersisih? Disebabkan Uwais menghidapi penyakit kulit, Uwais sering menyembunyikan diri tetapi cuba mendekati Allah.
Anda rasa lemah? Uwais mendukung anak lembu naik gunung, melatih diri u
Dalam karya ini, Noam Chomsky & Ilan Pappe membedah bagaimana bermulanya konflik Palestin-Israel ini dan bagaimana kesan dunia menjadi buta terhadap perkara yang dilakukan oleh Israel (diberi karpet merah).
@BiblioPress
sudah dapat kebenaran untuk terjemahkan karya penting ini.
Buku-buku terjemahan kami selalu dianggap untuk pasaran orang Melayu, namun begitu hakikatnya ia adalah untuk semua orang Malaysia yang mencintai Bahasa Malaysia dan bertutur bahasa tersebut sebaik mungkin.
1. Hikayat Adiwangsa: Lasykar
2. Untuk Hati Yang Gagal Dicintai
3. Hikayat Alam Melayu
4. Hikayat Adiwangsa: Gapura Matra
5. Strata Jiwa
.
.
Ketika ini, saya juga sedang menyiapkan 3 manuskrip. Dijangka akan terbit juga menjelang 2024 kelak.
.
.
Tahniah, Awan Wafdan!
Trivia: Perkataan Melayu bagi ‘ṣawm’ (fasting) ialah ‘puasa’ (ditulis dalam Jawi sebagai فواس) – dipinjam daripada perkataan Sanskrit, ‘upavāsa’ yang bermaksud ‘berpuasa’.
Ada beberapa manuskrip Melayu lama yang menyebut tentang puasa (pautan di ruangan balasan)
#Ramadan
Ramai yang minat "The Real Malay" oleh Sir Frank Swettenham, walaupun dalam Bahasa Inggeris.
Dengan sukacitanya, buku ini sudah diterjemahkan siap dan haraplah diterbitkan sebelum PBAKL nanti.
"Perak & The Malays" pula dalam fasa terjemahan, harap anda bersabar.
Terima kasih.
Karya Imam al-Ghazali seterusnya, terjemahan karya Durrah al-Fakhirah.
Beliau menulis mengenai peringatan kematian untuk akhlak dunia dan kepentingan bersedia untuk akhirat. Bermula daripada kejadian manusia sebagai rūḥ sehingga nasib akhirnya, semuanya diperihalkan dalamnya.
Atas permintaan ramai, kami segerakan gerak kerja penterjemahan dan penerbitan buku ini:
Riwayat Hidup dan Peristiwa pada Zaman 𝐔𝐰𝐚𝐢𝐬 𝐀𝐥-𝐐𝐚𝐫𝐧𝐢
Boleh anda miliki tidak lama sahaja lagi.
Karya asal 'Days at Morisaki Bookshop' dalam Bahasa Jepun sebelum menjadi karya antarabangsa.
Penerbit Jepun dan Korea hanya benarkan karya mereka diterjemahkan dari bahasa asal mereka.
Penterjemah kita sudah mula proses terjemahannya! Semoga semuanya berhasil.
"Kenapa sentiasa fokus kepada dunia barat, dunia Islam begitu banyak khazanah ilmu!"
Ok bang, kita sudah dengar.
"Art of War" Khalid bin al-Walid akan diterjemahkan ke Bahasa Melayu & akan diterbitkan pada tahun depan nanti!
Tidak sabar!
Karya terjemahan 'As Long as Lemon Tree Grows' dan 'Before the Coffee Gets Cold' sudah disambar ramai.
Banyak karya lagi belum siap dicetak khususnya Hari-hariku di Kedai Buku Morisaki dan Kronikel Kucing. 😞
Kita akan terus maklumkan segera ya!
A reading list/books by Akutagawa Ryunosuke that have been translated. He is my auto buy author but his books are so pricey, i couldnt just buy them unless its sale 🥲. I'm hopeful for more of his short stories to get translated & pls read Hell Screen & Rashomon, he is amazing!
Buku Uwais ini sebuah kisah hidup seorang pemuda yang berpenyakit kusta, namun seorang yang soleh dan budiman.
Sayangnya terhadap emak menjadi begitu ternilai pada pandangan Tuhan. Emaknya lumpuh, namun berhasrat ingin mengerjakan Haji di Mekkah.
Sejujurnya antara karya teragung yang Biblio Press pernah terjemah dan terbit adalah 1984. Karya ini ada satu status lagenda di dunia perbukuan antarabangsa. Kami bernekad untuk membuat semua orang pernah membaca 1984 ini.
Beberapa fakta menarik yang kami ingin berkongsi,
Antara rancangan The Biblio Press dalam tiga tahun ini adalah untuk menjadi pilihan utama penerbit luar negara untuk menterjemahkan karya segar dalam pasaran ke Bahasa Melayu.
Kita bermula dahulu dengan The Archer , "Sang Pemanah" dalam busana pakaian Melayu di PBAKL nanti.
Antara karya dah siap cetak, dan sampai ke tangan kami.
Makin tak sabar nak berj pembaca semua tatap dan bawa pulang buku-buku ini minggu depan. Jemputlah ke reruai Biblio Press 👏🏻
Mitch Albom sendiri, ya penulis 'Tuesday with Morrie', 'Five People I Met in Heaven' dan pelbagai lagi suka sangat kulit buku terjemahan bukunya sehingga ingin buat poster sendiri.
Satu kemenangan untuk kita semua apabila kulit buku negara ini dipuji oleh penulis antarabangsa!
Berita Baik!
Karya Odisi Tanah Kencana telah dipilih oleh Kementerian Pendidikan untuk dijadikan bahan bacaan pusat sumber sekolah di seluruh Malaysia.
Odisi Tanah Kencana akan mengembara nanti ke hampir dua ribu sekolah rendah & menengah.
Terima kasih & tahniah Pn
@SriYusop
!
Projek PBAKL
@BiblioPress
nanti.
Jika Indonesia gunakan 'Jika Kucing Lenyap Dari Dunia', kita akan guna 'Andai Kucing Hilang Dari Dunia' untuk karya mahsyur ini.
Disebabkan persamaan oren antara kami, maka kami memilih kucing Oyen.
Boleh undi rekakulit kegemaran anda.
Dalam novel distopia ini, watak utama dalam novel "1984" ini hidup dalam keadaan susah yang tidak boleh digambarkan, masyarakat yang ingin lawan tidak ada tenaga dan ada masyarakat yang selesa dalam penguasaan pemerintah.
Akhirnya, 'Perihal Palestin', karya terjemahan 'On Palestine' dari Chomsky dan Ilan Pappe sudah pun siap!
Kami sedang cuba masukkan dalam Shopee, harap kami berjaya.
Sokongan RT anda amat diperlukan dan bolehlah anda DM kami untuk pembelian.
Iklan acah-acah (teaser) dahulu !
✅ Kulit keras
✅ Satu jilid 699ms
✅ Harga berpatutan
✅ Reka kulit klasik
✅ 300 set istimewa
Kumpul duit dahulu & nantikan Mukadimah dari
@BiblioPress
pada Pesta Buku Selangor nanti!
Pernahkah kalian lihat di kedai buku, judul-judul William Shakespeare dijual secara leluasa? Judul yang sama, tetapi versi berbeza, dan diterbitkan oleh penerbit berbeza.
Mengapa ini berlaku?
Ini semua dimungkinkan oleh domain awam atau 'public domain'.
#TriviaTBP
[RAJUTAN]
Putera Kecil, terjemahan bahasa Melayu The Little Prince karya Antoine de Saint-Exupéry.
Naskhah ini sudah boleh dipratempah, juga hadir dengan set kotak istimewa!
Semak lanjut di:
atau DM
@bibliobuku
Dalam peradaban Islam, pelbagai pemikir dan ahli filsuf yang telah mengubah dunia ini untuk selama-lamanya. Figura-figura hebat ini bukan sahaja dikagumi oleh tamadun Islam tetapi juga tamadun Barat. Avveroes, Avicenna, dan pelbagai lagi sudah dilatinkan nama mereka.
Membaca merupakan satu amalan yang wajar dipupuk sejak kecil lagi. Amalan membaca inilah yang dapat melahirkan generasi yang berfikiran kritis, kreativiti dan juga menyelesaikan masalah kompleks.
Namun, apakah manfaat membaca yang sebenarnya?
Berita Gembira!
Kami sudah boleh usahakan terjemahan karya seterusnya dalam siri 'Before The Coffee Gets Cold'.
Nantikan terjemahan karya 'Tales from the Cafe' bersama kami.
Agaknya tajuk nak letak apa ya?
Warga kerja
@bibliobuku
, Biblio Cafe dan The Biblio Press serta imprinnya ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham SN Dato' Dr Kemala atas pemergian beliau hari ini.
Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
Pernah banyak kali penterjemah diberitahu bahawa kerjaya mereka tergugat.
Namun begitu, melihat prestasi AI Facebook, jauh lagi untuk ia menggantikan mereka.
Hargailah penterjemah dan penterjemahan.
Sukacita diumumkan pemenang utama Sayembara Terjemahan Biblio dan penghargaan khas untuk 7 terjemahan yang baik.
Terima kasih dan tahniah kepada semua penterjemah yang menyertai.
Sayembara Terjemahan Biblio akan kembali pada Dec 2024!
Ayuh merakyatkan karya agung bersama.